Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : seberapa cepat yg dapat, selekas mungkin; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
mungkin (kata tugas)
Bersinonim dengan barangkali, boleh jadi, harus, tidak mustahil, agak-agaknya, mudah-mudahan, mentak;,
Kata Terbitan : memungkinkan, kemungkinan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Sila jawab secepat mungkin . Terima Kasih.Berdasarkan makna kata dalam kamus catatan harian bermaksud tulisan/rakaman tentang sesuatu peristiwa pada setiap hari. Walau bagaimanpun jika pertanyaan ini berkaitan dengan soalan peperiksaan kami sarankan saudara merujuk kepada guru sekolah atau penyedia soalan yang berkaitan dengan tajuk berkenaan.Lain-lain26.09.2011
agar lesen banner kami dapat dipasang secepat mungkin.Sila kemukakan pertanyaan tuan dengan jelas.Lain-lain10.09.2014
sila menyemak bahasa jawi dalam draft signboard kami, secepat mungkinBetulkan ejaan Jawi bagi perkataan RAMBUT iaitu رامبوت dan ejaan BOS kepada بوس (perkataan bahasa Inggeris dieja dalam Jawi berdasarkan bunyi)Ejaan11.06.2020
Saya harap boleh tolong terjemah dan daftarkan perkataan ini secepat mungkin: "Bariatric". Dalam bahasa Inggeris ia membawa maksud: "Bariatrics is the branch of medicine that deals with the causes, prevention, and treatment of obesity". Ia masih belum ada dalam carian kata kamus PRPM lagi. Terima kasih.Terjemahan bagi istilah Bariatric masih belum ada dalam data kami kendatipun begitu terjemahan yang sesuai bagi istilah tersebut ialah bariatrik. Untuk cadangan istilah baharu, tuan/puan boleh kemukan melalui http://ekamus.dbp.gov.my/DaftarKata.aspxMakna12.11.2020
Salam sejahtera, adakah terjemahan di bawah betul? Harap boleh membalas secepat mungkin. 1. Leave of absence = cuti berpanjangan 2. If the plan is NON-CONTRIBUTORY = tidak menyumbang atau tidak bersumbang? 3. Take-over certificate = Sijil Diambil Alih 4. Disorderly conduct = Kelakuan tidak terkawal 5. The money is used to help all Covered Employee in times of MISFORTUNE = kesusahan 6. SICKNESS & illness = Kesakitan & penyakit Sekian, terima kasihSoalan berkenaan terjemahkan ini, tuan/puan boleh kemukakan kepada Persatuan Penterjemahan Negara untuk mendapat jawapan yang lebih tepat. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan:
1. cuti
2. tanpa caruman
3. Pengambilalihan sijil
4. perbuatan tidak senonoh
5. kemalangan, kecelakaan
6. sakit dan penyakit
Penyemakan dan penterjemahan03.07.2014
Mohon pihak DBP memutuskan tentang penggunaan kata ganti nama "ia" secepat mungkin. Banyak pihak sedang "berkelahi" tentang kata ini. Ketepikan soal politik, perasaan "lebih pandai daripada yang lain" dan sebagainya. Buatlah suatu ketetapan dan minta semua orang (yang menyokong atau tidak menyokong) menghormati keputusan itu. Barulah Bahasa kita dipandang mulia dan dihormati orang.Apakah isu yang dikaitkan dengan kata "ia", adakah isu kata ganti diri atau isu penggunaan "ia" kepada bukan manusia. Dalam hal ini buku Tatabahasa Dewan telah menjelaskan pada halaman 104, kata ganti nama diri orang ketiga termasuklah ia, dia, beliau mereka dan nya. Dari aspek makna, Kamus Dewan menakrifkan "ia" sebagai kata ganti nama diri orang ketiga dan kata ganti benda yang dibicarakan.Tatabahasa13.07.2012
Salam Sejahtera. Harap boleh dapat jawapan untuk soalan bertarikh 26 June 2024 secepat mungkin. Sekian, terima kasih.Sila maklumkan No. ID dan soalan yang dikemukakan pada tarikh tersebut untuk rujukan kami. Lain-lain05.07.2024
Tukar ayat aktif ke ayat pasif 1. kami berjanji akan menyiapkan tugasan yang diberi oleh Cikgu Mokhtar secepat yang mungkin. Jawapn Diberi: Tugasan yang diberi oleh Cikgu Mokhtar kepada kami berjanji akan disiapkan secepat mungkin. soalan saya adakah jawapan itu betul, "kami "merupakan kGD pertama, bolehkah "disiapkan " digunakan ? Terima kasih.

Jawapan yang diberikan tidak tepat.

Ya, 'kami' merupakan KGD pertama.

Cadangan jawapan:

Tugasan yang diberikan oleh cikgu Mokhtar akan kami siapkan secepat mungkin

Lain-lain31.08.2009
saya cuma mahu salinan sijil pngesahan bahasa dan tidak mendapat jawapan yg sepatutnya secepat mungkin.Hubungi kami melalui talian 03-21479691/9692/9112 dan kemukakan nombor pendaftaran iklan untuk semakan kami.Lain-lain23.03.2017
saya perlukan maksud untuk perkataan adjunctive dalam bidang perubatan.. harap dapat di maklumkan secepat mungkinMaksud adjunctive dalam bidang perubatan ialah terapi penunjang, iaitu rawatan sokongan yang diberi bersama rawatan primer untuk membantu dalam perawatan pesakit. Ia terdiri daripada pelbagai bentuk seperti ubat, vitamin, makanan dan aktiviti sosial.Lain-lain19.05.2010
12345678910...

Kembali ke atas