MENYEMAK EJAAN UNTUK TENGAHARI. ADAKAH EJAAN TENGAH HARI ATAU TENGAHARI? SILA BANTU SECEPATNYA. TERIMA KASIH | Ejaan tengah hari ditulis dua perkataan. | Tatabahasa | 10.07.2009 |
Nak minta tolong translate bahasa melayu kepada bahasa jawi dengan perkataan: "Sirap Ubat Batuk Madu dan Akar Kayu" Harap boleh tolong saya dengan secepatnya. Terima Kasih. | Soalan telah pun dijawab melalui faks. Sila hubungi talian KNB, sekiranya ada masalah berkenaan dengan perkara yang tersebut. Terima kasih. | Makna | 05.09.2007 |
Hai saya nak tanya suku kata untuk pembelajaran budak- budak untuk perkataan ( persiapan, kuali dan ialah ) dia macam mana ya sebab bila saya tengok kat google image dengan laman web rujukan bahasa melayu ni lain yang sebelah huruf jawi tu.. Saya amat berharap sangat pihak tuan dapat balas secepatnya tujuan QC saya .. Terima kasih | Pemenggalan suku kata bagi perkataan yang berikut: 1. per.si.ap.an 2. ku.a.li 3. ia.lah | Ejaan | 10.05.2021 |