Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata secured


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Secured Transaction Order - Perintah Transaksi Bersekuriti Pohon pandangan tuan tentang terjemahan ini. Terima kasih.Terjemahan yang baik dan tepat memerlukan pemahaman yang menyeluruh berkaitan konsep dan konteks penggunaan teks dalam sesebuah bidang. Padanan yang diberikan juga perlu selaras untuk keseluruhan teks, khususnya teks ilmiah. Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.comLain-lain30.10.2022
Mohon dapatkan cadangan nama Seksyen Government Secured Private Cloud ke dalam Bahasa Melayu. t/kasihIstilah "Secured Private Cloud" tidak ada dalam pangkalan data istilah DBP. Sila berikan konsep atau maksud istilah ini agar kami dapat berikan cadangan bahasa Melayu yang sesuai.Istilah07.03.2016
Salam Sejahtera Apakah pengertian terbaik bagi perkataan berikut dalam bahasa Melayu : 1- Secured Area, authorized personnel only 2- Clean Your Hands before entering and leaving ICU Kenyataan diatas akan digunakan sebagai papan tanda, du unit rawatan rapi hospital (ICU), terima kasihTerjemahan yang sesuai bagi

1. Secured area authorized personel only ialah Kawasan Larangan, hanya pihak bertanggungjawab dibenarkan masuk.
2.  Clean your hands before entering and leaving ICU ialah Cuci tangan anda sebelum masuk dan keluar dari Unit Rawatan Rapi (ICU)
Penyemakan dan penterjemahan19.06.2019
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin mendapatkan kepastian adakah terjemahan yang betul untuk "the website is safe and secured" ialah "laman sesawang itu adalah selamat dan terlindung"? Terima kasih.

Kami mencadangkan terjemahan untuk "the website is safe and secured" ialah "laman sesawang itu selamat dan terjamin"

Lain-lain22.07.2022
Unified Secured Transaction Legal Framework - Kerangka Undang-undang Transaksi Bersekuriti Disatukan Movable Assets Collateral Registry - Daftar Cagaran Aset Alih Pohon pandangan tuan tentang terjemahan ini. Terima kasih.

Sekiranya bersesuaian dengan konteks penggunaan tuan, kami mencadangkan padanan bahasa Melayu adalah seperti yang berikut: 

1. Unified Secured Transaction Legal Framework – Kerangka Undang-undang Urus Niaga Bersekuriti Disatukan

2. Movable Assets Collateral Registry - Daftar Cagaran Aset Alih 


Penyemakan dan penterjemahan30.10.2022
Kami telah membuat carian berkenaan perkataan “open-end” di PRPM dan mendapati padanan yang dibuat adalah “hujung terbuka”. Walau bagaimanapun, dalam konteks peruntukan di bawah ini kami berpandangan bahawa padanan “bahagian terbuka” adalah lebih tepat. Bolehkah padanan “bahagian terbuka” digunakan bagi maksud ini? “16. (3) For the purposes of paragraph (1)(a), a package shall be deemed to have been sealed if— (a) …;and (b) in the case of paper package, the open end of such package has been folded over and such fold is secured in position by an adhesive tape or other effective means. (3) Bagi maksud perenggan (1)(a), sesuatu bungkusan hendaklah disifatkan telah tertutup jika— (a) …; dan (b) dalam hal bungkusan kertas, bahagian terbuka bungkusan itu telah dilipatkan dan lipatan itu dilekatkan pada tempatnya dengan kertas pelekat atau dengan apa-apa cara lain yang berkesan.”.
Berdasarkan semakan PRPM, padanan istilah "open-end" dalam bahasa Melayu ialah "hujung terbuka; terbuka".

Bagi terjemahan ayat mengikut konteks, cadangan sesuai bagi frasa "open end of such package" ialah "hujung terbuka pada bungkusan tersebut". Terjemahan bergantung kepada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.


Lain-lain28.05.2021

Kembali ke atas