| Bolehkah saya terjemahkan "Scripless Securities Depository System (SSDS)" kepada "Sistem Depositori Sekuriti Tanpa Dokumen" atau "Sistem Depositori Sekuriti Elektronik"? Penggunaan: Debt securities held in RENTAS are within a sub-system called Scripless Securities Depository System (SSDS). | Cadangan terjemahan yang sesuai bagi Scripless Securities Depository System (SSDS) ialah Sistem Depositori Sekuriti Tanpa Skrip | Makna | 02.05.2020 |
| makna "recall loan securities" | Padanan recall loan security dalam bahasa Melayu ialah perolehan kembali cagaran pinjaman. | Penyemakan dan penterjemahan | 24.11.2010 |
| Salam sejahtera, Bolehkah "gun-jumping" diterjemahkan sebagai "urus niaga terburu-buru". Jika tidak, sila berikan pendapat dan cadangan anda. Maksud: 1. The illegal practice of soliciting orders to buy a new issue before registration of the initial public offering (IPO) has been approved by the Securities and Exchange Commission (SEC). 2. Trading securities on the basis of information that has not yet been disclosed to the public. Sumber: www.investopedia.com/terms/g/gunjumping.asp Mohon pendapat dan cadangan pihak DBP. Terima kasih. | Assalamualaikum, Tiada istilah “gun-jumping" dalam pangkalan data DBP. Namun begitu, kami dalam proses mencari padanan kata yang sesuai untuk istilah ini. Kami sedang berbincang dan akan menghubungi tuan setelah mendapat jawapan yang bersesuaian. Maaf atas kelewatan. Terima kasih. | Istilah | 30.12.2017 |
| Perkataan "Conveyancing" dalam industri Guaman merupakan istilah "Common Law" yang digunapakai sehingga hari ini. Ia merangkumi semua transaksi pindahmilik Hartanah, Saham, Dokumentasi Pinjaman Bank dan semua khidmat nasihat berkaitan pindakmilik harta, hak atau pun kepentingan bagi sesuatu milikan harta tidak alih & sekuriti (Immovable Properties & Securities). Perkataan asal nya ia lah "Convey" yang bermakna memindahmilik. Majlis Peguam Malaysia mempunyai beberapa Jawatankuasa dan salah satu dari nya ialah "Conveyancing Practice Committee" (CPC). Jawatankuasa ini merupakan badan yang membuat dasar, memberi panduan kepada peguam dan menyelesaikan pertikaian berkaitan dengan amalan Conveyancing. Memandangkan perkataan ini adalah Common Law term maka agak sukar bagi menterjemahkan kedalam Bahasa Malaysia. Terjemahan yang paling hampir boleh didapati dalam penerbitan "ISTILAH UNDANG-UNDANG (Sweet & Maxwell, THIRD EDITION-2001) m/surat 47 :- convey - pindah-hak; memberi conveyance - pemindahhakkan conveyancing - pemindahhakkan; konveyansing Kami memohon nasihat & pandangan tuan sama ada boleh kami gunakan istilah;- "JAWATANKUASA AMALAN KONVEYANSING" sebagai terjemahan kepada Conveyancing Practice Committee. Sekian, pandangan dan nasihat DBP amat dihargai. Wasalam Hj Abd Murad Chairman Conveyancing Practice Committee Bar Council Malaysia | Untuik makluman istilah bahasa Melayu untuk conveyancing ialah pemindahhakan. Oleh itu, cadangan padanan bahasa Melayu untuk Conveyancing Practice Committee ialah Jawatankuasa Amalan Pemindahhakan | Istilah | 01.03.2012 |
| Puan/tuan, Soalan: Apakah padanan terjemahan yang sesuai bagi perkataan "subscription" . Sama ada boleh menggunakan perkataan "langganan" atau "pelangganan". Teks Bahasa Inggeris adalah seperti berikut: "(1)(c), the Minister may make such arrangements as he sees fit for the underwriting of any offer for subscription or sale of the securities". Adakah perkataan "pelangganan" betul dari segi tatabahasa. Sekian, terima kasih. | Berdasarkan konteks ayat yang diberikan, perkataan pelangganan lebih sesuai digunakan sebagai padanan istilah subscription yang membawa maksud hal atau perbuatan melanggan atau melanggani. | Lain-lain | 30.06.2021 |
| Salam sejahtera, Soalan ini pernah saya ajukan pada bulan Januari 2018 tetapi belum mendapat jawapan yang pasti dari pihak DBP. Oleh itu, saya ajukan soalan ini semula. Bolehkah "gun-jumping" diterjemahkan sebagai "urus niaga terburu-buru". Jika tidak, sila berikan pendapat dan cadangan anda. Maksud: 1. The illegal practice of soliciting orders to buy a new issue before registration of the initial public offering (IPO) has been approved by the Securities and Exchange Commission (SEC). 2. Trading securities on the basis of information that has not yet been disclosed to the public. Sumber: www.investopedia.com/terms/g/gunjumping.asp Mohon pendapat dan cadangan pihak DBP. Terima kasih. | Berdasarkan Kamus Inggeris terbitan DBP, jump the gun membawa maksud bertindak sebelum masanya. | Penyemakan dan penterjemahan | 22.11.2018 |