Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : 9. st given as guarantee, cagaran, sandaran: he deposited the deeds of the house as ~ for the loan, dia meletakkan surat ikatan hak milik rumah itu sbg sandaran utk pinjaman. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 8. (usu in pl) bond, debenture or other evidence of ownership, sekuriti: government securities, sekuriti kerajaan; he keeps all his securities at the bank, dia menyimpan semua sekuritinya di bank; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 7. measures taken to guard against st, langkah-langkah keselamatan: strict ~ has to be maintained at the bank, langkah-langkah keselamatan yg ketat harus dipastikan di bank itu; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 3. (person, thing that protects or safeguards) pelindung; she kept a dog as ~ against intruders, dia memelihara anjing sbg pelindung drpd penceroboh; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : the ~ that a permanent job offers one, jaminan hidup yg diperoleh sso drpd pekerjaan tetap; all he ever wanted was the ~ of a good home, yg diidamkannya ialah ketenangan hidup dlm rumah tangga yg bahagia; ~ of mind, ketenangan fikiran; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 2. (freedom from want) jaminan hidup; (freedom from anxiety, uncertainty) ketenangan: she married for ~ rather than for love, dia berkahwin utk mendapat jaminan hidup dan bukan krn cinta; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : the man’s identity was withheld for ~ reasons, identiti lelaki itu dirahsiakan krn sebab-sebab keselamatan; the presence of a man in the house gave her a feeling of ~, adanya seorang lelaki di rumah itu membuat dia rasa selamat; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : for ~, the gate was chained as well as locked, utk keselamatan, pintu pagar itu dirantai dan dikunci; ~ checks at the airport, pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. safety, keselamatan; (rel to feeling) selamat: events that are seen as a threat to the ~ of the region, peristiwa-peristiwa yg dianggap mengancam keselamatan rantau ini; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 6. body of persons charged with ensuring security, pihak keselamatan; (of country) pasukan keselamatan: S~ knew of the plot and was able to foil it, Pasukan Keselamatan telah mengetahui ttg komplot itu dan berjaya menggagalkannya; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 4. (protection) perlindungan: such locks are no ~ against professional housebreakers, kunci spt itu tdk dapat memberi perlindungan drpd pemecah rumah yg profesional; 5. st that gives so. security, jaminan: the money she inherited was her only ~ against bad times, wang yg diwarisinya merupakan satu-satunya jaminan dlm waktu kesempitan; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata security


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya menhadapi kesukaran untuk menterjemah ayat ini, "Kami menilainya dari segi "health, safety, security, Environment". "Safety" dan "Security" sentiasanya dipadankan dengan "keselamatan". "Kawalan Keselamatan" boleh bermaksud "safety control" dan "security". Penyelesaian saya ialah "pengawasan", kerana "awas" boleh diasiosiasi dengan "berjaga-jaga untuk menghadapi ancaman penjenayah". Tetapi malangnya dalam kamus ia tidak bermaksud demikian. Saya sebenarnya serba salah dalam menjalani tugas sebagai penterjemah kerana banyak perkataan asing masih belum ada padanannya dalam bahasa Melayu. Dengan itu, saya rasa saya perlu melaporkan sebarang "penciptaan perkataan baru" kepada DBP untuk disemak supaya diriku tidak dituduh "mencipta perkataan tanpa hak". Saya sanggup menerima teguran jika padanan perkataan saya ini tidak tepat.Untuk makluman istilah bahasa Melayu untuk safety dan security ialah "keselamatan." Istilah security boleh juga diterjemahkan kepada sekuriti. "Pengawasan" ialah istilah bahasa Melayu untuk monitoring. Walau bagaimanapun, sekiranya belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus, tuan boleh mencadangkan istilah yang sesuai. Tuan boleh menghubungi Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, DBP untuk mendapat cadangan padanan istilah yang sesuai atau istilah tersebut boleh dibawa kepada Jawatankuasa Istilah Semasa untuk dibincangkan.Istilah01.09.2012
SECURITYSEKURITIIstilah25.02.2011
Security DepositDeposit KeselamatanLain-lain11.07.2008
apakah BM untuk 'safety' dan 'security' ?Padanan untuk safety dan security dalam bahasa Melayu ialah keselamatan tetapi security boleh juga diterjemahkan sebagai cagaran/jaminan dan sekuriti.Istilah08.05.2009
Definisi terma 'food security' dinyatakan dalam carian di laman ini sebagai 'keselamatan makanan'. Sedangkan keselamatan makanan adalah merujuk kepada istilah 'food safety'. Saya mencadangkan/ingin mohon semakan, bolehkah istilah 'food security' tersebut digantikan dengan 'kecukupan makanan'? Mohon maklum balas pihak tuan/puan. Terima kasih.Berdasarkan konsep dan maksud " food security", terdapat tiga teras utama, iaitu kebolehdapatan/ketersediaan, capaian dan penggunaan. Maka dicadangkan "food security" diterjemahkan sebagai "jaminan makanan" yang dapat merujuk kepada jaminan kebolehdapatan/ketersediaan, jaminan capaian dan jaminan penggunaan.Makna10.11.2014
Salam sejahtera DBP, adakah pihak anda akan mengemas kini pangkalan data padanan kata bagi istilah 'food safety', 'food sovereignty' dan 'food security'? Penggunaan istilah keselamatan makanan (food safety), keterjaminan makanan (food security) dan kedaulatan makanan (food sovereignty) saya kira sudah mantap kerana boleh dicari penggunanya secara meluas di Internet oleh orang awam dan juga jabatan-jabatan kerajaan. Data DBP tidak membezakan food security dan food safety (yakni kedua-duanya dipadankan dengan keselamatan makanan) dan tiada entri untuk food sovereignty.

Untuk makluman istilah bahasa Melayu untuk safety dan security ialah "keselamatan". Istilah security boleh juga diterjemahkan kepada sekuriti. Dalam data kami, terdapat istilah “food security policy" yang diterjemahkan kepada "dasar keselamatan makanan" yang digunakan dalam bidang sains politik. Manakala "food safety assessment” yang diterjemahkan kepada "Penilaian keselamatan Makanan" yang digunakan dalam bidang perubatan. Kedua-dua istilah tersebut boleh digunakan mengikut konteks ayat dan bidang.

Penetapan ini telah diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Istilah Semasa pada suatu ketika dahulu dengan mengambil kira pelbagai aspek yang melibatkan pakar bidang berkenaan. Sehingga kini belum ada usaha untuk meminda penetapan yang telah dibuat.

Tiada maklumat tentang perkataan food sovereignty dalam pangkalan data kami. Pihak kami akan mengemukakan perkataan tersebut dalam jawatankuasa yang berkenaan dan akan memaklumkan kepada pihak tuan selanjutnya.

Istilah19.11.2018
'Security' dan 'Safety' adalah dua perkataan yang membawa erti yang berbeza di dalam behasa Inggeris. Apabila diterjemahkan dalam bahasa Melayu hanya satu perkataan sahaja yang muncul iaitu 'Keselamatan'. Apakah perkataan yang tepat membezakan 'security' dan 'safety'?Dalam pangkalan data istilah DBP, padanan bahasa Melayu untuk "safety" ialah keselamatan. Walau bagaimanapun, untuk perkataan "security" terdapat beberapa padanan bahasa Melayu, iaitu keselamatan, jaminan, sekuriti dan cagaran. Oleh itu, tuan boleh memilih istilah bahasa Melayu yang sesuai berdasarkan konteks penggunaan.Istilah16.02.2016
Maksud dematerialized securityTuan/Puan,

Untuk makluman, dematerialized security tidak terdapat dalam pangkalan data DBP. Walau bagaimanapun, kami akan membincangkan perkataan tersebut dalam Mesyuarat Jawatankuasa Istilah yang akan diadakan dalam masa terdekat. Kami akan memaklumkan kepada tuan/puan melalui e-mel sebaik sahaja keputusan diperoleh.
Istilah01.07.2019
Istilah Bahasa Melayu untuk Security IntelligencePadanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "security intelligence" ialah perisikan keselamatan.Istilah01.09.2016
Apakah terjemahan untuk (1) 'Safety and Security Manager' (2) Health and Fitness, (3) exercise (4) drill (5) practice ?

(1) Safety and Security Manager - Pengurus Keselamatan

(2) Health and Fitness - kesihatan dan kecergasan

(3) exercise - senaman/latihan

(4) drill - latihan/latih tubi

(5) practice - amalan/latihan

Makna13.10.2009
1234

Kembali ke atas