Yang mana satu betul? Berbuat sedemikian/demikian? | Perkataan demikian dan sedemikian mempunyai makna yang hampir sama, namun untuk ayat tersebut lebih sesuai digunakan perkataan demikian. Demikian Definisi : begitu; begini; spt itu (ini): Dgn yg ~, habislah timbunan kayu itu dimakan api. ~lah halnya. sedemikian spt itu; sbg itu: Kalau sudah ~ susahnya, mengapa tidak mencari kerja lain? (Kamus Pelajar Edisi Kedua) Sedemikian Definisi : spt itu; sbg itu: Kalau sudah ~ susahnya, mengapa tidak mencari kerja lain? (Kamus Pelajar Edisi Kedua) | Makna | 28.08.2017 |
Assalamualaikum. Berkaitan dengan penggunaan imbuhan. Hampir semua buku nahu yang telah saya telitikan, setiap imbuhan ditulis sedemikian: peR- meN- beR- Sebagai seorang penuntut Bahasa Melayu, saya ingin mengetahui hujah dan sebabnya. Terima kasih. Assalamualaikum | Awalan peN-, peR-, beR-, teR- dan sebagainya ditulis sedemikian menandakan bahawa bentu-bentuk awalan tersebut boleh berubah bergantung pada huruf pertama pada kata dasar yang akan bercantum dengan awalan tersebut; dan perkembangan serta perancangan bahasa menghasilkan menghasilkan bentuk-bentuk yang tidak mematuhi kelaziman peraturan fonologi bahasa Melayu. Contohnya: (i) peN- menjadi pem- apabila bergabung dengan kata dasar bermula dengan huruf b dan kata pinjaman yang bermula dengan huruf b, f dan v serta gugus konsonan yang bermula dengan huruf b dan p seperti peN + baca menjadi pembaca dan peN + fatwa menjadi pemfatwa. (ii) Awalan peN- menjadi peN- apabila bertemu dengan kata dasar yang bermula dengan huruf d, c, j, sy dan z dan kata pinjaman yang kata dasarnya bermula dengan huruf t dan s seperti peN + dapat menjadi pendapat dan peN + syarah menjadi pensyarah. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 108 dan 161. | Tatabahasa | 12.09.2011 |
Melaporkan Kesalahan Ejaan Dalam Akhbar Tempatan Hal sedemikian rupa tidak sepatutnya berlaku di dalam akhbar tempatan kerana ini akan menimbulkan kekeliruan masyarakat terhadap sistem ejaan bahasa Melayu terutamanya generasi muda serta bolah mendorong Bahasa Melayu untuk dilupakan generasi kini. Sebagai contoh Keratan akhbar The Star bertarikh 29 Jun 2016 (Rabu) Kesalahan pada ejaan martabak. Keratan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 11 Julai 2016 (Isnin) Kesalahan pada ejaan viral yang dieja sebagai virak Saya berharap agar pihak tuan akan segera mengambil tindakan bagi memastikan perkara sedemikian rupa tidak berulang lagi.Undang-undang harulah segera dikuatkuasakan, tiada lagi istilah tidak tahu dalam masyarakat perihal sistem ejaan Bahasa Melayu. Kerjasama dan tindakan selanjutnya daripada pihak tuan saya dahulukan dengan ucapan terima kasih. Sekian,terima kasih. “BAHASA JIWA BANGSA’’ | Pertama sekali, kami mengucapkan terima kasih kepada tuan/puan atas keprihatinan terhadap bahasa Melayu. Untuk makluman tuan/puan, pihak kami sentiasa melakukan pemantauan penggunaan bahasa Melayu di media cetak bagi memastikan penggunaan bahasa Melayu yang betul diamalkan. Berkenaan dengan kesalahan tersebut, kami akan panjangkan kepada pihak yang berkenaan untuk tindakan selanjutnya. Terima kasih. | Lain-lain | 03.08.2016 |
pada prpm "ditemukan" membawa maksud "dijumpai sesuatu yang dicari"tetapi apabila saya menonton berita RTM, pembaca berita ada menyebut "mayat lelaki itu ditemukan dalam keadaan...." adakah penggunaan "ditemukan" itu betul? Penggunaan sedemikian seolah-olah menggambarkan mayat itu dicari oleh orang ramai walaupun hakikatnya bukan sedemikian. | Ditemukan ialah bentuk pasif bagi perkataan menemukan yang bermaksud menemui sesuatu yang dicari. Manakala menemukan pula bermaksud mendapati atau menjumpai. | Tatabahasa | 28.06.2018 |
selamat pagi dan slam sejahtera. hari ini saya penjelasan berkenaan dengan kata ini "sHal ini bertujuan setelah teks diterjemahkan dan tafsiran harus diberikan penjelasan yang lanjut sebab-sebab teks diberi tafsiran sedemikian rupa" adakah perkataan ini sesuai atau tidak jika ikut contoh ayat ini. "Hal ini bertujuan setelah teks diterjemahkan dan tafsiran harus diberikan penjelasan yang lanjut sebab-sebab teks diberi tafsiran sedemikian rupa." | Ayat yang diberikan kurang gramatis dan sukar difahami maksudnya. Ayat yang boleh digunakan ialah "Setelah teks diterjemah, tafsiran harus diberikan penjelasan yang lanjut sebab-sebab teks tersebut diberi tafsiran sedemikian." | Penyemakan dan penterjemahan | 07.06.2016 |
Ejaan yang betul "bekerja" atau "bekerja". Kenapa sedemikian? | Ejaan yang betul ialah bekerja. Ejaan ini merupakan bentuk terkecuali dan mantap daripada ejaan perkataan lain yang menerima imbuhan beR seperti perkataan berserta. | Ejaan | 25.09.2007 |
Salam Dalam sisipan HitsMega Utusan Malaysia 30.12.2013, terdapat beberapa artikel yang menggunakan istilah 'Nota Lutut'. Ini pertama kali saya terjumpa istilah sedemikian. Bunyinya cukup janggal dan saya menyemak istilah tersebut di laman sesawang DBP. Istilah itu tidak wujud. Saya mohon pandangan DBP tentang penggunaan istilah 'Nota Lutut' ini. Bolehkah ia diguna pakai? Terima kasih. Aidah | Salam Dalam sisipan HitsMega Utusan Malaysia 30.12.2013, terdapat beberapa artikel yang menggunakan istilah 'Nota Lutut'. Ini pertama kali saya terjumpa istilah sedemikian. Bunyinya cukup janggal dan saya menyemak istilah tersebut di laman sesawang DBP. Istilah itu tidak wujud. Saya mohon pandangan DBP tentang penggunaan istilah 'Nota Lutut' ini. Bolehkah ia diguna pakai? Terima kasih. Aidah Frasa "Nota Lutut" tidak terdapat dalam pangkalan data DBP. Dalam bidang penerbitan DBP menggunakan istilah seperti nota kaki, nota sisi, nota teks, nota hujung dan anekdot. DBP berpendapat istilah "anekdot" yang sedia ada dalam penerbitan yang merujuk pada "kisah yang ringkas tentang sesuatu kejadian kebiasaannya agak lucu" boleh digunakan untuk merujuk konsep "nota lutut". Selain itu, "catatan" atau "nota" juga boleh digunakan. DBP akan mendapatkan maklumat lanjut tentang penggunaan istilah ini daripada pihak yang berkenaan dan akan menghubungi puan. | Makna | 31.12.2013 |
Saya ingin bertanya tentang definisi istilah moden klasik,kerana kini definisi sedemikian banyak diketengahkan dalam pelbagai aspek.Terima kasih | Dalam data kami, tiada istilah moden klasik. Hanya terdapat perkataan moden dan klasik. Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, moden ialah dari masa sekarang, berkaitan dengan masa kini, yang terbaru, cara (kaedah) baru, mutakhir. Manakala, klasik pula ialah serius dan abadi nilainya; dia tidak gemar kepada muzik klasik; 2. tertinggi mutunya dan menjadi standard kepada yang lain: sajak-sajak yang demikianlah suatu ciptaan seni yang sempurna, berhak disebut sebagai sesuatu yang klasik; 3. (pakaian, reka bentuk) yang mempunyai gaya yang sederhana dan tidak berubah mengikut masa: mereka mementingkan gaya baru tetapi klasik; 4. mempunyai ciri-ciri atau sifat-sifat yang lazim (tipikal): satu contoh klasik ialah Persidangan Undang-Undang Laut. | Tatabahasa | 02.04.2013 |
kenapa ejaan aiskrim dirapatkan | Berdasarkan data dalam Kamus Pelajar, "aiskrim" dieja sedemikian, dan tidak maklumat tentang bentuk ejaannya. | Ejaan | 04.03.2015 |
Kenapa ejaan aiskrim dirapatkan | Berdasarkan data dalam Kamus Pelajar, "aiskrim" dieja sedemikian, dan tidak maklumat tentang bentuk ejaannya. | Istilah | 04.03.2015 |