Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sederhana (adjektif)
Bersinonim dengan biasa, tidak lebih tidak kurang, ugahari, bersahaja, sedang, pertengahan, tidak keterlaluan, berpatutan;,
Kata Terbitan : menyederhanakan, kesederhanaan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Kemampuan di tahap sederhana (above average). Soalan: Ayat dalam kurungan mesti huruf besar ataupun huruf kecil? a) Kemampuan di tahap sederhana (above average). b) Kemampuan di tahap sederhana (Above average).Ejaan yang betul ialah "Kemampuan pada tahap sederhana (above average)".Ejaan04.10.2011
1. Bilakah 'dari' dan 'daripada' digunakan? Sila beri contoh. 2. Bolehkah tanda koma digunakan sebelum perkataan 'tetapi', terutamanya jika ayat itu panjang? Contoh: Makanan aku tidak lazat dan kehidupan aku sederhana, tetapi aku hidup dalam aman dan selamat." Sekian. Terima kasih.

1. Kata sendi nama DARI digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yg menyatakan arah, tempat atau masa. Contoh: Saya datang DARI kampung, Keadaannya semakin tenat DARI sehari ke sehari. Kata sendi nama DARIPADA pula hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yg. menyatakan punca bagi manusia atau institusi, haiwan, benda dan unsur abstrak, sumber atau asal kejadian sesuatu benda, sebahagian daripada semua dan perbezaan atau perbandingan. Contoh, Ali menerima surat DARIPADA ibunya, benang berasal DARIPADA kapas

2. Tanda koma tidak perlu diletakkan sebelum tetapi, contohnya Makanan aku tidak lazat dan kehidupan aku sederhana tetapi aku hidup dalam aman dan selamat.

Tatabahasa08.08.2011
1) Murid di sekolah itu rajin-rajin belaka. 2) Kehidupan Encik Chong amat sederhana. 3) Para pekerja di Mesra Rasa Restoran rajin belaka. 4) Barang keperluan harian yang dijual di kedai itu agak mahal sekali. Pilih ayat-ayat yang betul.Ayat yang betul ialah ayat pertama, kedua dan keempat.Tatabahasa19.08.2013
salam. sya ingin bertanyakan mengenai bahasa melayu dalam bidang sains dan teknologi. 1.sumbangan bahasa melayu dalam bidang sains dan teknologi adakah masih di tahap yang sederhana atau sebaliknya? 2. sumbangan tersebut dapat dilihat dari sudut apa dan contoh-contoh yang sesuai bagi menyokong sumbangan tersebut? 3. apakan kekengan dalam memperjuangkan bahasa melayu dalam bidang sains dan teknologi? 4. apakah langkah untuk memertabatkan bahasa melayu dalam bidang S&T? 5. saya ingin mendapatkan karya NIK SAFIAH KARIM yang berjudul BAHASA MELYU DALAM BIDANG SAINS DAN TEKNOLOGI yang diterbitkan pada tahun 1995 dalam pelita bahasa. bolehkah pihak DBP emailkannya kepada saya?Untuk makluman tuan, Khidmat Nasihat DBP tidak menangani pertanyaan yang berbentuk tugasan kerana pertanyaan ini memerlukan kajian, bacaan dan rujukan yang banyak. Oleh itu, kami cadangkan tuan kunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, DBP untuk mencari bahan rujukan yang berkaitan dan tuan juga boleh melihat artikel yang pernah diterbitkan dalam majalah terbitan DBP termasuklah artikel Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim yang tersebut.Lain-lain09.11.2012
1. Adakah terma Communities of Practice yang diperkenalkan oleh Lave & Wenger (1991) boleh diterjemahkan ke bahasa Malaysia? Kalau boleh, apakah terjemahan yang terbaik? 2. Apakah terjemahan terbaik untuk moderator variable dan mediator variable? Terima kasih.Untuk makluman istilah "communities of practice" dan "mediator variable" tidak ada dalam pangkalan data kami. Istilah "moderator variable" terdapat dalam bidang pendidikan, dan istilah bahasa Melayunya ialah pemboleh ubah sederhana.Istilah23.04.2013
(1) Kata ganti nama encik masih boleh digunakan untuk wanita seperti yang terdapat dalam filem Melayu hitam putih. (2) Kata ganti nama cik pula boleh digunakan untuk lelaki seperti Cik Abu, Cik Bakar dan Cik Harun. (3) Adakah sumber rujukan berwibawa terbitan DBP yang mengatakan kata ganti nama cik itu khusus untuk wanita yang sudah berkahwin? Mohon penjelasan.Dalam Kamus Dewan encik ialah panggilan kepada orang lelaki yang sederhana kedudukannya atau gelaran yang digunakan sebelum nama orang lelaki yang tidak mempunyai sebarang gelaran seperti Datuk, Tengku, dan sebagainya, manakala cik biasanya digunakan sebelum nama perempuan yang belum berkahwin atau sewaktu bercakap dengan perempuan atau lelaki yang tidak begitu dikenali.Makna19.09.2009
selamat sejahtera, saya mohon bantuan tuan menterjemahkan perkataan berikut: 1. antecedent factor 2. moderating variable 3. mediating variable 4. stakeholder theory 5. strategic capabilities terima kasih1. antecedent factor - faktor sebelumnya/faktor luar jangka/faktor antesedan
2. moderating variable - pemboleh ubah sederhana
3. mediating variable - pemboleh ubah perantaraan 
4. stakeholder theory - teori pelbagai kepentingan
5. strategic capabilities - kemampuan strategi
Untuk makluman, istilah nombor 1. dan 2. ialah cadangan pihak kami kerana belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk kedua-dua istilah tersebut.
Istilah21.02.2013
Apakah perbezaan maksud bagi istilah 'rumah pangsa' (flats), 'pangsapuri' (apartment), dan 'kondominium'?1.kondominium - bangunan pangsapuri yang setiap pangsapurinya dimiliki secara perseorangan dan bahagian-bahagian tertentu dimiliki bersama. (selalu dikaitkan dengan kos mewah) 2.pangsapuri - rumah pangsa moden yang lazimnya besar dan luas, dengan disediakan beberapa kelengkapan dan kemudahan. (selalu dikaitkan dengan kos sederhana) 3.flat - sama konsep dengan rumah pangsa tetapi dalam kos yang rendah.(selalu dikaitkan dengan kos rendah)Tatabahasa30.07.2007
a. Adakah ayat di bawah betil? 1. Dapat menguasai semua huruf. 2. Masih perlu berusaha. 3. Masih ada huruf-huruf yang perlu dikuasai. 4. Sangat memuaskan. 5. Pembentukan suku kata sangat memuaskan. 6. Masih belum menguasai suku kata yang dipelajari. 7. Sederhana dalam pembentukan suku kata. 8. Ada kemajuan dalam mengenali suku kata. 9. Sebutan suku kata yang lancar. 10. Pencapaian yang bagus dalam ejaan. 11. Masih ada ruang untuk kemajuan. 12. Masih belum boleh bercerita tetapi kopmunikasi yang mudah dapat difahami. 13. Masih dalam proses untuk kemajuan. 14. Pencaipaian yang memuaskan dalam segi cerita dan komunikasi. 15. Dapat menyusun semula ayat dengan penuh keyakinan. 16. Penyusunan semula ayat masih perlu diperhatikan. 17. Dapat membaca ayat dengan penuh keyakinan. 18. Pembacaan ayat tidak lancar. 19. Bacaan kurang lancar. 20. Masih belum boleh membaca ayat. 21. Perlu bimbingan yang lebih dari guru. 22. Tulisan yang kemas. 23. Masih perlu latihan yang lebih dalam teknik menulis.1. Dapat menguasai semua huruf. - Ayat ini tidak lengkap kerana tidak ada subjeknya. 
2. Masih perlu berusaha. - Tidak lengkap kerana tiada subjek.
3. Masih ada huruf-huruf yang perlu dikuasai. - Ayat tidak lengkap.
Untuk soalan 4 - 23, sila rujuk kamus dan buku Tatabahasa Dewan. Sebahagian besar daripada contoh yang diberikan bukan ayat lengkap, tidak ada subjek atau pelaku dalam ayat tersebut. Untuk membina ayat dengan lengkap, rujuk buku Tatabahasa Dewan, di bawah tajuk Pembentukan Kata dan Pembentukan Ayat.
Tatabahasa14.05.2012
definisi perkataan "kemuliaan", "kesederhanaan", "nilai", "etika" dan "tonggak"Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kemualiaan bermaksud perihal mulia, kebesaran, kehormatan, keluhuran. Makna kesederhanaan pula ialah perihal sederhana (sedang, pertengahan). Nilai pula bermaksud taksiran, kadar, nisbah. Etika bermakna ilmu berkenaan prinsip-prinsip akhlak atau moral, manakala makna tonggak ialah 1. kayu yang panjang dan dipasang tegak, 2. tiang rumah, 3. ukuran jauh yang bersamaa dengan 4901 kaki atau 1500 meter. Untuk keterangan lanjut dan mengetahui makna perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna04.09.2008
12

Kembali ke atas