Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.dia.an] | سدياءن

Definisi : sesuatu yg telah disediakan (ada), cadangan; buku ~ mengajar buku yg mengandungi butir-butir pelajaran yg akan diajarkan kpd murid sehari-hari (disediakan oleh guru); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.dia.an] | سدياءن

Definisi : bahan atau sesuatu yg disediakan khas, terutamanya ubat atau makanan: Wanita hamil tidak digalakkan menggunakan sebarang ~ nikotin kerana boleh memberikan kesan pd janin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sediaan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah maksud Page Setup di dalam bahasa melayu bagi penggunaannya dalam bidang komputer.

Kami cadangkan sediaan halaman atau penyusunan halaman. Harap mkalum.

Istilah31.12.2007
1. Perkataan 'koko' adakah satu istilah bagi nama warna? 2. Apakah beza warna koko dan coklat?

Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, koko bermaksud 1. sj tumbuhan (pokok) yg bijinya dijadikan serbuk utk dibuat minuman (coklat dll), coklat, Theobroma cacao; 2. serbuk yg diperoleh drpd biji koko setelah dipanggang dan dikisar, digunakan utk membuat coklat; 3. sj minuman (panas atau sejuk) yg dibuat drpd serbuk koko dan susu atau air. Manakala coklat bermaksud 1. sediaan makanan yg dibuat drpd biji koko panggang yg dikisar, biasanya dimaniskan dan dibubuh perisa; 2. minuman yg dibuat dgn membancuh coklat dgn air panas atau susu; 3. gula-gula yg dibuat drpd, atau disalut dgn, coklat; 4. = warna ~ warna perang tua; warna ~ tua warna coklat yg sangat gelap. Kebiasaannya dalam konteks nama warna, istilah coklat lebih tepat.

Lain-lain08.06.2010

Kembali ke atas