Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sediakan

Peribahasa

Mencencang berlandasan,
     melompat bersetumpu,
menjunjung bersenggulung.

Bermaksud :

Jika hendak mengerjakan sesuatu, sediakan alat syaratnya lebih dulu.

 

Lihat selanjutnya...(2)

161

Dig a well before it rains

Buat persediaan sebelum terlambat

Sediakan payung sebelum hujan

"Why do you have to bring an umbrella?" asked Dewi. "Dig the well before it rains," I replied. " But it's not going to rain today, and it's not the rainy season," said Dewi. "But we can use it as a weapon for out protection from wild dogs and suspicious man!" I reminded her.

''Kenapa awak bawa payung?” tanya Dewi. “ Sediakan payung sebelum hujan,'' jawabku. ''Tetapi hari ini tidak hujan, dan sekarang ini bukan musim tengkujuh,'' kata Dewi. ''Tetapi payung ini boleh kita gunakan sebagai senjata untuk melindungi kita daripada anjing liar dan orang yang mencurigakan!'' aku mengingatkannya.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(4)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bagaimana sediakan dwibahasa melayu dan cina untuk kekalkan bahasa cina dalam papan iklan perniagaan

Penggunaan dwibahasa (bahasa Melayu dan bahasa Mandarin) boleh dibuat dengan menyusun teks bahasa Melayu di atas teks bahasa Mandarin. Sekiranya hendak menyusun di kiri dan kanan, susun teks bahasa Melayu di sebelah kiri dan teks bahasa Mandarin di sebelah kanan. Saiz teks bahasa Melayu perlu lebih besar daripada saiz teks bahasa Mandarin.

Lain-lain05.01.2025
Mohon sediakan terjemahan untuk istilah sealing (tiada kaitan dengan singa laut) dalam Bahasa Malaysia. Penterjemah gunakan istilah 'pemertaian' yang tidak wujud dalam PRPM. Mohon penjelasan pihak DBP. Terima kasih.
Menurut data kami, padanan bagi 'sealing' ialah pematerian dan adangan. Penggunaan perkataan tersebut bergantung kepada konteks ayat yang ingin disampaikan. Untuk maklumat lanjut, tuan boleh melayari http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=sealing&d=129316&.
Lain-lain04.12.2017
MAKSUD BENCANA ALAM DAN SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJANBencana bermaksud 1. bahaya,kecelakaan. Bencana alam bermaksud bencana kerana air bah(gempa,angin ribut dll.).  Sediakan payung sebelum hujan bermaksud hendaklah bersiap sedia sebelum terjadi sesuatu yang kurang baik. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna20.08.2008
permohonan khidmat nasihat pembetulan ayat. saya sediakan lampiran di bawah.Tuan boleh mendapatkan pengesahan penggunaan bahasa Melayu dalam iklan melalui dbpsahbahasa.gov.my. Dalam lampiran tuan, terdapat kesalahan bahasa dan pembetulannya adalah seperti yang berikut:
1. JURU KIMPAL (pembetulan: JURUKIMPAL)
2. Tawaran gaji & elaun yang menarik disediakan (pembetulan: Tawaran gaji dan elaun yang menarik disediakan)
3. hp (pembetulan: TB)
4. OFFICE (Pembetulan: PEJABAT: ) 
Lain-lain06.07.2017
Tuan, saya ingin tanya adakah pihak Dewan Bahasa sediakan perkhidmatan menyemak tulisan Jawi seperti dalam lampiran? Sekian, terima kasih.Berdasarkan lampiran yang diberikan, ejaan Jawi yang perlu dibetulkan ialah: mengamalkan (مڠعملکن) / berperlembagaan ( برڤرلمباݢاءن) / undang-undang (اوندڠ٢) / merujuk (مروجوع)/ perlembagaan (ڤرلمباݢاءن)/pemerintahan (ڤمرينتهن) /pindaan ( ڤينداءن)Ejaan30.11.2020
Apakah perbezaan antara SINOPSIS dan ABSTRAK? Saya perlu sediakan satu format untuk penulisan ringkasan buku ilmiah yang telah dibaca. Saya keliru sama ada ingin menggunakan sinopsis atau abstak?Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, sinopsis bermaksud ringkasan yg memberikan gambaran umum tentang sesuatu perkara (novel, drama, filem, dsb), ikhtisar. Manakala abstrak pula ialah Satu bentuk bibliografi semasa yang memuatkan catatan ringkas tentang maklumat penting di dalam buku, risalah atau makalah yang tersiar di dalam majalah berjilid; disertai deskripsi bibliografi untuk memudahkan penerbitan atau makalah tersebut diperoleh kembali. Penyusunannya mengikut kelas atau subjek. Penggunaannya bergantung kepada konteks ayat. Oleh itu, penggunaan yang lebih sesuai ialah abstrak.Lain-lain08.10.2010
pohon contoh surat akujanji dalam bahasa malaysia untuk sediakan akujanji akan pindahkan rumah sebagai balasan pertolongan kewanganDalam konteks ini, surat yang sesuai ialah perjanjian antara kedua-dua pihak. Surat aku janji digunakan sebagai ikrar, misalnya dalam perkhidmatan awam.Lain-lain24.09.2009
TUAN/PUAN BOLEH BERI SAYA PANDUAN PENYENARIAN YANG PERLU SAYA SEDIAKAN UNTUK SAYA MENBUAT SATU PAPAN IKLAN SYARIKATUntuk mendapatkan pengesahan visual pada papan tanda premis, sila daftar akaun melalui laman web dbpsahbahasa.my dan rujuk Panduan Pelanggan atau Video Penggunaan DBP Sah Bahasa yang tertera.Lain-lain11.01.2023
Bagi penggunaan "Hari Ahad" atau "Ahad" sahaja, yang manakah yang betul? boleh sediakan contoh?Perkataan yang betul ialah “hari Ahad”. Contoh ayat: “Ayah bekerja setiap hari kecuali pada hari Ahad.” Ejaan10.01.2024
Saya ingin bertanya tentang spesifikasi untuk kelulusan papan tanda yang telah kami sediakan. Papan tanda ini mengandungi perkataan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.

Untuk hal berkenaan pengesahan iklan, sila layari http://dbpsahbahasa.my/

 

Terima kasih.

Lain-lain04.11.2017
1234567

Kembali ke atas