Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sedulang


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah jenis kata kerja bagi apitan meN-...-i dan meN-...-kan? sila pasifkan ayat di bawah ini. 1) Ahmad menghadiahi Hanafiah sebuah kereta. 2) Ahmad menghadiahkan sebuah kereta kepada Hanafiah. 3) Pelayan itu menghidangai kami sedulang makanan. 4) Pelayan itu menghidangkan sedulang makanan kepada kami.1. Perbezaan penggunaan meN-... -kan dan meN-...-i adalah dari segi jenis objek tepat yang boleh mengikutinya, iaitu apitan meN-...-kan lazimnya menerima objek yang tidak bernyawa dan apitan meN-...-i menerima objek bernyawa. Contohnya: a) Ali memberikan nasihat kepada Ahmad. b) Ali memberi Ahmad nasihat. Perkataan memberi dalam ayat 1(b) sebenarnya terdiri daripada kata dasar beri yang menerima aptan meN-...-i tetapi telah digugurkan i. 2. kata kerja yang menerima apitan meN-...-kan dan meN-...-i, penggunaannya saling berganti tanpa membezakan makna. Contohnya: a) Ali menasihati Ahmad yang nakal itu. b) Ali menasihatkan Ahmad yang nakal itu. Sila rujuk buku tatabahasa Dewan terbitan DBP. Harap maklum. 1) Hanafiah dihadiahi sebuah kereta oleh Ahmad. 2) Sebuah kereta dihadiahkan oleh Ahmad kepada Hanafiah. 3) Kami dihidangi sedulang makanan oleh pelayan itu. 4) Sedulang makanan dihidangkan oleh pelayan itu kepada kami.Tatabahasa15.03.2013
Adakah ayat ini betul? 1. Leela dan Siti masing-masing menatang sedulang air minuman.Leela dan Siti masing-masing menatang dulang air minuman.Tatabahasa02.03.2013
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya tentang ayat-ayat berikut: 1. Ibu menatang sedulang minuman dengan berhati-hati. 2. Ali mengikat surat khabar lama dengan rajin. Adakah kata adjektif yang digunakan dalam ayat (1) dan (2) betul? Apakah cadangan tuan/puan tentang kata adjektif yang sesuai untuk digunakan dalam ayat-ayat tersebut? Terima kasih.Ayat pertama betul, namun ayat kedua dibetulkan menjadi Ali mengikat surat khabar lama dengan kemas.Tatabahasa18.02.2015
Adakah ayat ini betul? Kakak sedang menatang sepinggan sate untuk tetamu yang datang.Ayat tersebut betul kerana menatang bermaksud membawa sesuatu di atas tapak tangan seperti frasa "menatang sedulang kopi".Tatabahasa30.08.2014

Kembali ke atas