MAJLIS PERASMIAN HARI PERANCANGAN BANDAR SEDUNIA 2017 & HARI HABITAT SEDUNIA 2017 ATAU MAJLIS PERASMIAN HARI PERANCANGAN BANDAR & HABITAT SEDUNIA 2017 atau MAJLIS PERASMIAN HARI PERANCANGAN BANDAR SEDUNIA & HARI HABITAT SEDUNIA 2017 | Cara penulisan dan atur letak yang betul untuk majlis ini adalah seperti yang berikut: MAJLIS PERASMIAN HARI PERANCANGAN BANDAR SEDUNIA 2017 DAN HARI HABITAT SEDUNIA 2017 | Lain-lain | 31.10.2017 |
Mohon terjemahan dalam Bahasa Malaysia bagi World Refrigeration Day Hari Penyejukan Sedunia atau Hari Pendinginan Sedunia? | Maksud Refrigeration menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan ialah penyejukan yang bermaksud perbuatan atau hal penyejukan. Cadangan daripada pihak kami, terjemahan yang sesuai bagi World Refrigeration Day ialah Hari Penyejukan Dunia. | Makna | 09.03.2020 |
Apakah terjemahan yang tepat untuk 'World Confederation of Businesses' sama ada, 'Gabungan Perniagaan Sedunia' atau 'Gabungan Dunia Perniagaan' atau terjemahan lain yang lebih tepat. Juga, tepatkah 'World Business Leader Award' diterjemahkan sebagai 'Anugerah Pemimpin Perniagaan Sedunia/Dunia' dan 'World Leader Businessperson Award' sebagai 'Anugerah Ahli Perniagaan Pemimpin Sedunia/Dunia'. Kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih. | 1. Terjemahan yang tepat untuk "World Confederation of Businesses" ialah Gabungan Perniagaan Sedunia. 2. "World Business Leader Award" diterjemahkan sebagai Anugerah Tokoh Perniagaan Sedunia. 3. "World Leader Businessperson Award" diterjemah sebagai Anugerah Tokoh Ahli Perniagaan Pemimpin Sedunia. | Penyemakan dan penterjemahan | 14.03.2018 |
JABATAN KASTAM SABAN TAHUN MENYAMBUT HARI KASTAM SEDUNIA.TAHUN-TAHUN SEBELUMNYA KAMI MENGGUNAKAN PERKATAAN " SAMBUTAN" NAMUN TAHUN DEPAN PIHAK PENGURUSAN BERCADANG MENGGUNAKAN PERKATAAN " PERAYAAN HARI KASTAM SEDUNIA".ADAKAH PENGGUNAAN ISTILAH BAHASA "PERAYAAN" ITU BETUL MENGIKUT PANDANGAN DBP.MOHON DIPERJELASKAN KEDUA-DUA ISTILAH BAHASA DI ATAS. TERIMA KASIH | Sambutan bermaksud penerimaan atau cara-cara meraikan atau menyambut sesuatu (hari raya, tetamu, dan lain-lain), manakala perayaan bermaksud pesta utk merayakan sesuatu peristiwa, keramaian, perjamuan, seperti perayaan hari kemerdekaan. Berdasarkan makna tersebut, kata perayaan itu betul dan begitu juga dengan sambutan, oleh itu saudara boleh memilih mana satu yang hendak digunakan. | Makna | 03.12.2008 |
Adakan DBP akan mengadakan program sempena sambutan Hari Buku Sedunia pada 23 April depan?Jika ya, saya ingin berkongsi maklumat bagi menjalankan program di sekolah. | DBP akan mengadakan program sempena sambutan Hari Buku Sedunia ini pada bulan Ogos sempena Bulan Bahasa dan Sastera Negara. Puan boleh menghubungi Puan Filzah Ibrahim di Pusat Penyelidikan dan Pengembangan Sastera Kanak-kanak dan Remaja (PURNAMA), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. | Lain-lain | 14.04.2009 |
Memohon terjemahan tema hari meteorologi sedunia jabatan meteorologi malaysia | kami telah menyemak cadangan terjemahan yang dikemukakan. pada pandangan kami pandanan yang diberikan betul dengan sedikit pembetulan, iaitu Climate Knowledge for Climate Action - Pengetahuan iklim Menanagni Impak dan Keragaman Iklim | Tatabahasa | 03.12.2014 |
World Youth Foundation | Yayasan Belia Sedunia | Lain-lain | 11.11.2008 |
World Health Day 2007: .... in health, build a safer future | hari kesihatan sedunia 2007: melebur dalam kesihatan, membina masa depan yang lebih selamat | Makna | 07.05.2007 |
Terima kasih di atas response yang begitu cepat dari pihak tuan. Tema Hari Kastam Sedunia adalah " Kastam Dan Alam Sekitar : Melindungi Warisan Semula Jadi " Sekiranya pihak kami ingin mengunakan huruf besar di setiap awalan perkataan iaitu " Kastam Dan Alam Sekitar : Melindungi Warisan Semula Jadi" di mana pihak tuan menyarankan " semula jadi " dieja sebagai dua perkataan. Adakah ejaan dan penggunaan huruf besar seperti yang di nyatakan di sini adalah betul. Mohon pandangan dan ulasan pihak tuan.Terima kasih. | Tema tersebut ditulis seperti yang berkut : Kastam dan Alam Sekitar : Melindungi Warisan Semula Jadi. | Tatabahasa | 03.12.2008 |
Noor Aishikin Daud Shikin SUN 17:54 asalamualaikum, saya ingin bertanya apakah tema hari buku sedunia pada tahun ini... | Kami cadangkan puan bertanya kepada Perpustakaan Negara berkenaan hal tersebut kerana tidak terdapat dalam pangkalan data kami. | Lain-lain | 16.04.2017 |