Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.du.tan] | سدوتن

Definisi : 1. yg telah disedut, hasil menyedut: ~ pertamanya pd rokok itu panjang sekali; 2. sebahagian kecil drpd sesuatu filem, tulisan, ceramah, wawancara dsb yg dipetik dan disiarkan secara berasingan, cabutan, petikan: sekarang ikutilah ~ wawancara tersebut; tayangan ~ filem yg berkenaan menjadi sebahagian drpd atur cara majlis; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.du.tan] | سدوتن

Definisi : hal atau hasil drpd menyedut: ~nya kuat sekali. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sedut
Kata Terbitan : menyedut, penyedut, penyedutan, tersedut, sedutan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
maksud perkataan citation dalam bahasa melayuPadanan bahasa Melayu bagi citation ialah pemetikan, penyedutan, petikan, sedutan. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna02.03.2010
Mohon pihak DBP cadangkan istilah bagi Citation dalam Bahasa Melayu. Adakah istilah 'sitasi' diterima?Padanan bahasa Melayu bagi "citation" ialah pemetikan, penyedutan, petikan, sedutan. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Istilah10.11.2014
apakah terjemahan bagi suction hooks dalam bahasa melayu?adakah pencangkuk hisapan?terima kasihUntuk makluman tidak ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk suction hook dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat istilah bahasa Melayu untuk suction, iaitu sedut, sedutan, hisap, dan hisapan. Istilah bahasa Melayu untuk hook pula ialah cangkuk atau pencangkuk. Oleh itu, istilah pencangkuk hisapan boleh digunakan sekiranya sesuai dan bertepatan dengan konsep istilah tersebut.Istilah15.02.2012
WIRA BUKIT? ADAKAH IANYA NOVEL ATAU TAK? BAGAIMANA PULA DENGAN KARYA ADIK DATANG? SEBENARNYA SAYA DIBERI TUGASAN YANG BERTAJUK RUMUSAN WIRA BUKIT. JADI SAYA INGIN TAHU ADAKAH WIRA BUKIT ITU TAJUK SEBUAH NOVEL?

Selamat pagi. Wira Bukit karya Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said ialah judul buku drama yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, 1986. Sedutan drama ini pernah dipentaskan dalam majlis penganugerahan Sasterawan Negara tersebut.

Adik Datang pula merupakan judul novel yang diterbitkan oleh Penerbitan Adabi Sdn. Bhd pada tahun 1980.

Terima kasih.

Lain-lain09.03.2010

Kembali ke atas