Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata seekor

Puisi
 

Dapat seekor ikan tenggalan,
     Lalu ditaruh di atas peti;
Saudara-mara dapat berkenalan,
     Bertambah mesra kasih di hati.


Lihat selanjutnya...(59)
Peribahasa

Seekor kerbau berkubang,
     sekandang kena luluknya.

Bermaksud :

Seorang yang berbuat salah, semuanya terbawa-bawa.

 

Lihat selanjutnya...(28)

510

One bad apple spoils the lot

Disebabkan angkara seorang anggota maka yang lain beroleh nama buruk dan dituduh terbabit sama.

Seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit

Just because this one Muslim group attacked the Western interests, all of the Muslims were being labelled as terrorists - one bad apple spoils the lot .

Hanya kerana sebuah kumpulan orang Islam menyerang kepentingan Barat, maka semua umat islam dicap sebagai pengganas. Seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(17)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Dari/daripada seekor unta ke seekor unta yang lain, dia mengagihkan muatan yang dipikul di atas bahunya.Dari seekor unta ke seekor unta yang lain, dia mengagihkan muatan yang dipikul di atas bahunya.Tatabahasa29.11.2011
Seekor ular menyusur di_____akar pokok itu. A. celah B. pangkal C. pinggir d. hujung Apakah jawapan bagi soalan ini? Adakah pangkal boleh diterima sebagai jawapan?Perkataan "pangkal" kurang tepat untuk ayat ini.  Jawapan yang lebih sesuai ialah  A. "celah"Lain-lain25.02.2014
seekor ular yang menyelak di celah-celah akar telah berjaya ditangkap. adakah "menyelak" betul digunakan dalam ayat ini? kamus dewan tidak ada rujukan. terima kasih.Lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=menyelak, tuan akan temukan maksud dan contoh penggunaan perkataan menyelak dalam pangkalan data kami termasuklah Kamus Dewan. Untuk makluman tuan perkataan menyelak tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut.Tatabahasa29.07.2013
Seekor penyu sedang...........naik keatas pantai untuk mencari tempat bertelur yang sesuai A) menyusur B) mengesot C) merangkak D) melompat Apakah jawapan paling tepat sekali bagi tempat kosong tersebut. Sekian terima kasih
Jawapan yang sesuai ialah mengengsot.
(éngsot); berengsot, berengsot-engsot 1. bergerak (beralih) sedikit-sedikit (perlahan-lahan), berkesot; 2. memulakan satu barisan cetakan atau tulisan lebih jauh dr garis tepi, inden; tidak ~ drpd bibir prb selalu disebut-sebut; mengengsot 1. berengsot: ia ~ menuju ke meja itu; 2. = mengengsotkan menggeserkan, mengesotkan perlahan-lahan.

Lihat pula definisi mengesot kerana berbeza walaupun hampir sama. 
menegsot = bergerak (beralih) dgn menggeserkan atau mengeng­sotkan punggung, berengsot: anaknya belum boleh berjalan, baru pandai mengesot; dgn mengesot sedikit anak muda Inggeris itu menghampiri Doris;
Tatabahasa25.10.2012
1.seekor Sang Kancil Betulkah penggunaan penjodoh bilangan 'seekor' dalam frasa di atas?Penggunaan perkataan seekor adalah betul dalam ayat.Tatabahasa11.07.2013
Salam, adakah atau bolehkah penjodoh bilangan 'ekor' digunakan untuk objek yang berbentuk haiwan? Sebagai contoh: seekor anak patung beruang, seekor itik getah dan sebagainya. Terima kasih.

‘Ekor’ ialah penjodoh bilangan bagi binatang. Untuk makluman, tidak semua perkataan mempunyai penjodoh bilangan. Oleh itu, anak patung, itik getah tidak mempunyai penjodoh bilangan, memadai dua anak patung, dua itik getah.

Tatabahasa18.04.2014
Apakah penjodoh bilangan bagi nyamuk? adakah seekor nyamuk sesuai? (tidak ada data dalam kamus dewan edisi keempat, tetapi data seekor nyamuk dijumpai dalam kamus pelajar)Penjodoh bilangan yang sesuai ialah ekor, seekor nyamuk.Tatabahasa22.04.2014
saya ingin tanya tentang penggunaan ialah dan adalah bagi ayat berikut. mimi ialah seekor ikan. atau mimi adalah seekor ikan. ayat yang manakah betul?Ayat yang betul ialah Mimi ialah seekor ikan. Kata pemeri 'ialah' digunakan di hadapan perkataan atau rangkai kata yang berupa kata nama atau frasa nama sesuatu benda, keadaan, pekerjaan, konsep dsbnya.Tatabahasa30.04.2010
Salam... Pertanya mengenai TANDA BACA Tuan, Manakah yang betul: Tulis sebuah karangan bertajuk 'Aku Seekor Burung'. ATAU Tulis sebuah karangan bertajuk 'Aku Seekor Burung.'Ayat yang betul ialah Tulis sebuah karangan bertajuk "Aku Seekor Burung."Tatabahasa05.08.2010
Kucing itu melarikan seekor ikan,Kucing itu melarikan seekor ikan - ayat ini betul.Tatabahasa09.08.2011
1234567

Kembali ke atas