Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.fa.ham] | سفهم

Definisi : 1. sependapat, sekeyakinan: mereka sehaluan dan sefahaman; 2. setuju (dgn); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sefaham


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum & selamat pagi, Apa beza kata tunggal dan kata dasar? Sefaham saya, kata tunggal ialah kata yang tidak menerima sebarang imbuhan. Contohnya seperti: pergi, bendera, hinggap, singgah. Manakala kata dasar pula sefaham saya ialah kata yang dasar bagi perkataan yang menerima imbuhan. Namun, dalam buku teks SJK BM Tahun 2, ditulis contoh bagi kata dasar ialah masak, agama. Contoh bagi kata tunggal pula ialah cat, krim, ambil, suara dan suka. Boleh pihak tuan/puan jelaskan? Terima kasih.

1. Membezakan kata tunggal dengan kata dasar satu langkah yang menyulitkan kefahaman sebab kata tunggal ada juga bentuk dasarnya. 
2. Terdapat empat jenis/bentuk kata: kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk dan kata ganda. Keempat-empat jenis/bentuk kata ini ada kata atau bentuk dasarnya. 
3. Kata tunggal ialah bentuk kata yang mempunyai hanya satu bentuk dasar, iaitu tidak menerima apa-apa imbuhan, misalnya *yu, cat, buku*. 
4. Kata dasar ialah kata yang berpotensi menerima sebarang imbuhan. Kata tunggal *buku* boleh menerima imbuhan akhiran *-kan* lalu terbentuk *bukukan*. 
5. Jelas,  kata tunggal boleh berdiri sendiri tanpa imbuhan. Bentuknya sama ada satu suku kata (misalnya bab) atau lebih. 
6. Konsep kata dasar timbul apabila pengguna bahasa mahu menganalisis makna kata terbitan, misalnya *nyanyikan* dapat dicerakinkan kepada kata dasar *nyanyi* dengan  imbuhan akhiran kata kerja *-kan*.

Secara analoginya: Membandingkan kata tunggal dengan kata dasar seperti membandingkan  kereta dengan stereng. Sepatutnya kita membandingkan kereta A dengan kereta B dan sebagainya.
Tatabahasa16.01.2018
Assalamualaikum & selamat pagi, (Soalan saya pada 16/1/18 masih belum berjawab) Apa beza kata tunggal dan kata dasar? Sefaham saya, kata tunggal ialah kata yang tidak menerima sebarang imbuhan. Contohnya seperti: pergi, bendera, hinggap, singgah. Manakala kata dasar pula sefaham saya ialah kata yang dasar bagi perkataan yang menerima imbuhan. Namun, dalam buku teks SJK BM Tahun 2, ditulis contoh bagi kata dasar ialah masak, agama. Contoh bagi kata tunggal pula ialah cat, krim, ambil, suara dan suka. Boleh pihak tuan/puan jelaskan? Terima kasih.Kata dasar ialah kata akar atau kata terbitan yg dpt diberi imbuhan. Kata tunggal bermaksud bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk dasar, yakni yang tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar yang lain.Tatabahasa22.01.2018
Selamat sejahtera, Saya ingin bertanyakan kata ganti nama diri pertama,iaitu 'patik' dan 'hamba'. Bolehkah tuan@puan jelaskan perbezaan kedua-duanya? Sefaham saya, 'patik' digunakan untuk seorang rakyat biasa yang bercakap dengan raja/sultan manakala 'hamba' digunakan semasa perbualan dalam kalangan rakyat biasa sesama mereka. Maka, 'hamba' adalah tidak sama penggunaannya dengan 'patik'. Betulkah penerangan saya ini? Terima kasih.Penjelasan puan tentang perbezaan makna dan penggunaan kata patik dan hamba, betul.Tatabahasa26.04.2013
Selamat sejahtera, saya ingin bertanyakan penggunaan singkatan dalam istilah islamik. Mengapakah SAW dieja rapat tanpa titik tetapi R.A. dieja ada titik? Bukankah konsepnya sama, iaitu singkatan? Sefaham sy, jika akronim memang dieja tanpa titik dan menggunakan huruf besar. Namun, SAW, SWT, RA merupakan kata singkatan. Bolehkah pihak DBP terangkan? Sekian, terima kasih.Ejaan perkataan SWT dan SAW dikecualikan daripada dieja bertitik kerana perkataan ini merupakan kalimat khusus untuk mengagungkan dan memuliakan hanya untuk Allah (SWT) dan Nabi Muhammad (SAW). Perkataan lain seperti r.a. dan a.s. dieja bertitik.


Ejaan01.02.2021

Kembali ke atas