Ayat: Kamu harus melakukan segala-gala yang saya perintahkan. Bolehkah ayat di atas diubah bentuk menjadi sedemikian: (1) Segala-gala yang saya perintahan harus kamu lakukan. (2) Segala-gala yang saya perintahkan, kamu harus melakukan. (3) Segala-gala yang saya perintahkan, kamu harus melakukannya. (1) berupa ayat pasif, tetapi saya kurang pasti dengan (2) dan (3). Terima kasih | Ayat pasif yang betul ialah Segala-gala yang saya perintahkan harus kamu lakukan. Frasa kerja pasif diri pertama dan kedua, iaitu kedudukan ruang di antara kata ganti nama diri pertama dan kedua dengan kata kerja pasif tanpa awalan tidak boleh diselitkan sebarang kata. | Tatabahasa | 23.07.2013 |
Saya ingin bantuan untuk memperbetulkan dari segi susun bahasa contoh seperti di bawah:- untuk maklum balas 1) Dengan segala hormatnya saya menarik perhatian tuan/puan mengenai perkara tersebut di atas. untuk jawab maklum balas 2) Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada minit bebas @ surat no. rujukan ....., bertarikh ...... seperti perkara di atas. 3) Dukacita dimaklumkan bahawa bahagian ini tiada wakil untuk sertai jemputan tersebut. 4) Saya ini memahami maksud penggunaan "Minit bebas", "Minit ceraian" dan "minit curaian". 5) Saya amat lemah dari segi penggunaan tatabahasa untuk mengarang sesuatu surat atau apa2 dalam bentuk ayat. Jadi, adakah buku yang sesuai untuk dijadikan bahan rujukan saya. Saya harap mohon bantuan dari tuan/puan. terima kasih | i. Dengan segala hormatnya saya ingin menarik perhatian tuan/puan mengenai perkara di atas atau Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas. ii. Dengan segala hormatnya saya merujuk surat tuan bertarikh ... yang berkaitan perkara di atas. iii. Dimaklumkan bahawa bahagian kami tiada menghantar wakil untuk menyertai majlis ini. iv. Minit ceraian ialah cabutan minit daripada minit induk; minit curai ialah laporan ringkas yang disediakan oleh pegawai yang kembali menghadiri seminar atau kursus untuk dikemukakan kepada ketua jabatan sebelum minit lengkap atau laporan lengkap diterima daripada penganjur. | Lain-lain | 19.05.2010 |
(1) Dengan segala hormatnya Kami merujuk Tuan kepada perkara tersebut di atas. (2) Dengan hormatnya Kami merujuk Tuan kepada perkara di atas. Soalannya; Yang mana satu Ayat yan betul atau yang lebih baik? | (1) Dengan segala hormatnya Kami merujuk Tuan kepada perkara tersebut di atas. (2) Dengan hormatnya Kami merujuk Tuan kepada perkara di atas. Kedua-dua ayat ini kurang tepat, ayat yang tepat ialah 'Dengan hormatnya kami merujuk perkara yang tersebut di atas'. | Tatabahasa | 30.01.2011 |
1.Apakah beza antara 'segala' dan 'semua'? 2.Apakah penjodoh bilangan yang sesuai untuk 'peluru berpandu'? | Saudara Shevir, 1. Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat makna semua ialah: sekalian, segala: kalau ada wang, ~ boleh dibuat; 2. = semuanya, kesemuanya sekaliannya: ~ memuji dia; 3. = kesemua segenap, setiap, seluruh: bunga itu merah ~; Makna segala ialah: semua (tiada kecuali), sekalian, seluruh: ~ negeri yg bertamadun mempunyai perkhidmatan perubatan; 2. seluruh, segenap: ~ badannya berlumuran darah; 3. semuanya, serba; ~ salah serba salah; 4. Jk, bk memangnya, sungguh (utk memaki); Berdasarkan keterangan yang diberikan, tiada perbezaan makna antara kedu-dua perkataan ini. 2. Penjodoh bilangan yang sesuai bagi peluru berpandu ialah sebuah. | Makna | 29.08.2009 |
1. Bolehkah saya mendapatkan secara softcopy/hardcopy mengenai perkataan2 rumi didalam ejaan Jawi daripada DBP? 1.1 Jika boleh, dalam bentuk apa yang wujud ( softcopy/hardcopy) ? 1.2 Bagaimanakah caranya boleh saya dapatkan bahan2 tersebut? 1.3 Adakah terdapat apa-apa bayaran yang terlibat? 2. Adakah DBP berfungsi sebagai badan yang memantau ejaan jawi dalam format yang betul dan terkini? Jika tidak, dimana/siapa perlu saya hubungi untuk mendapatkan format ejaan jawi terkini? Jasa baik pihak tuan amatlah saya hargai. | Anda boleh mendapatkan Daftar Kata Bahasa Melayu (Rumi-Ejaan-Jawi) Edisi Kedua dengan harga RM80.00. Segala persoalan puan akan terjawab. | Lain-lain | 10.04.2009 |
Kemusykilan 1: MANA SATU YANG BETUL. a. Kami akan HADAPI segala rintangan yang mendatang. ATAU b. Kami akan MENGHADAPI segala rintangan yang mendatang. Kemusykilan 2: Mana satu betul. Apakah maksud makanan seimbang? a. Makanan yang SESUAI untuk keperluan tubuh. ATAU b. Makanan yang PENTING untuk keperluan tubuh. | 1. Kami akan MENGHADAPI segala rintangan yang mendatang. 2. Makanan seimbang ialah makanan yang SESUAI untuk keperluan tubuh. Antara maksud seimbang ialah sesuai. | Tatabahasa | 18.10.2011 |
1. apakah perbezaan antara semua dengan segala? bolehkah tuan menerangkan perbezaan antara kedua-dua perkataan ini dengan ayat contoh? terima kasih | Saudara Lau, Makna perkataan 'semua' ialah segala, sekalian. Makna perkataan 'segala' ialah semua, sekalian. Berdasarkan makna iyang diberikan kedua-dua perkataan boleh saling bertukar penggunaannya. | Makna | 16.03.2010 |
Apakah perbezaan antara kata bilangan' semua' 'seluruh' dan 'segala' dari penggunaannya. minta tuan berikan contoh ayat bagi setiap kata bilangan tersebut. Terima kasih. | Menurut Kamus Dewan, semua bermaksud sekalian, segala, segenap, setiap, seluruh. Seluruh bermaksud segenap, seantero, semuanya. Segala bermaksud semua (tiada kecuali), sekalian, seluruh. Walaupun ketiga-tiga kata bilangan ini mempuyai maksud yang sama, kesesuaian penggunaannya bergantung pada konteks ayat. Contoh ayat adalah seperti yang berikut: 1. Semua pegawai tidak dibenarkan bercuti esok. 2. Pekeliling itu sudah diedarkan kepada Pegawai Pendidikan Daerah di seluruh negara. 3. Segala persiapan telah dibuat untuk majlis itu. | Makna | 06.04.2011 |
Salam sejahtera.. Sekiranya merujuk kepada kamus, memang jelas bahawa perkataan-perkataan ini wujud dan mempunyai maksud yang tersendiri. Namun malangnya, apabila latihan tatabahasa dikemukakan. lain pula jawapan yang diterima: 1) memperakui - tidak wujud? 2) memperakukan - mengesahkah / certify 3) memperhamba - menjadikan seseorang sebagai hamba 4) memperhambakan - mengabdikan diri sebagai hamba 5) menghambakan (diri) - mengabdikan diri sebagai hamba 6) menghambai (??) - "tidak wujud"?? 7) mempersenjatai - memberikan/membekalkan senjata kepada 8) mempersenjatakan - tidak wujud 9) menghujani - mencurahkan/"bertanya" dengan banyak 10) menghujankan - melepaskan sesuatu Saya dimaklumkan bahawa perkataan "segala" adalah salah manakala perkataan "segala-galanya" adalah betul. Namun bukankah: 1) segala - semua 2) segala-galanya = semua-muanya (????) | 1) Memperakui = mengesahkan 2) Memperakukan = menyetujui serta menyokong 3) Memperhamba = memperlakukan sebagai hamba 4) Memperhambakan = menjadikan diri sendiri atau seseorang lain sebagai hamba kepada 5) Menghambakan (diri) = menjadikan hamba 6) Menghambai = mengabdi (kepada) 7) Mempersenjatai = melengkapi dengan senjata 8) Mempersenjatakan = tidak wujud, perkataan yang betul ialah bersenjatakan 9) Menghujani = 1. mendatangkan (melepaskan) dengan banyak-banyak (peluru dan lain-lain) dan 2. mendatangi sesuatu dengan banyak-banyak 10) Menghujankan = 1. menurunkan hujan pada, membasahkan seseorang atau sesuatu dalam hujan dan 2. (maksud kiasan) menjatuhkan atau melepaskan (bom, soalan, dll) banyak-banyak 11) Segala sama maksudnya dengan semua, sekelian, seluruh dan segenap. | Tatabahasa | 28.09.2012 |
apakah maksud pengetahuan dalam erti kata ilmiah | Saudara, Maksud pengetahuan ialah 1 = ilmu ~ segala yg diketahui atau yg dipelajari ttg sesuatu ilmu: ~ sains. 2 keadaan mengetahui; apa-apa yg diketahui: Sepanjang ~ku, mereka belum pulang lagi. 3 hal mengetahui; kebijakan; kepandaian: ~nya dlm lapangan politik tanah air sungguh luas. | Makna | 04.09.2010 |