| Saya dari Segamat, Johor. Bagaimana buat bayaran? | Kami tidak dapat menghubungi tuan kerana tiada maklumat yang dilampirkan. Untuk bantuan teknikal, sila hubungi kami melalui talian 03-21479400/9691. | Lain-lain | 13.06.2017 |
| Pertanyaan berhubung penggunaan tanda "-" sama ada dijarakkan atau dirapatkan dengan contoh-contoh seperti berikut: (i) Lebuh Raya Kuantan-Segamat atau Lebuh Raya Kuantan - Segamat? (ii) "...laluan penerbangan Kuala Lumpur-Singapura" atau ...laluan penerbangan Kuala Lumpur - Singapura"? (iii) perkhidmatan bas ekspres Kuala Lumpur-Johor Bahru atau perkhidmatan bas ekspres Kuala Lumpur - Johor Bahru? | Pengunaan tanda pisah (–) dalam ketiga-tiga contoh ayat yang diberikan perlu dijarakkan. | Tatabahasa | 30.11.2020 |
| saya ada kekeliruan berhubung beberapa perkataan. cth spt di bwh :- 1) Pengerusi mengucapkan terima kasih ke atas kehadiran semua ... Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua ... 2) Kemalangan berlaku di Km 4 - Km 5 antara segamat - labis Kemalangan berlaku di Km 4 - Km 5 di antara segamat - labis 1) kontraktor mstilah mematuhi arahan sepertimana yang telah diperuntukkan di bawah sebutharga ini. 1) kontraktor mstilah mematuhi arahan sepertimana yang telah diperuntukkan di dalam sebutharga ini. kekeliruan - ke atas & di atas, antara & di antara dan di bawah & di dalam. mana yang betul? Tk. | Penggunaan beberapa perkataan dalam contoh ayat yang diberi telah di buat pembetulan, iaitu: 1) Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua (di atas dan ke atas menunjukkan tempat/arah) 2) Kemalangan berlaku di Km 4 - Km 5 di antara Segamat dengan Labis (penggunaan di antara melibatkan konsep ruang, manakala penggunaan antara tidak melibatkan konsep ruang) 1) Kontraktor mestilah mematuhi arahan sepertimana yang telah diperuntukkan dalam sebut harga ini (penggunaan di dalam melibatkan konsep ruang) | Tatabahasa | 09.03.2011 |
| Assalamualaikum, saya Ainul Izzah Bte Bahrol, pelajar semester lima Ijazah Sarjana Muda Sains Maklumat (Pengurusan Rekord) Universiti Teknologi Mara Segamat ingin memohon jasa baik dari puan untuk saya mendapatkan No talefon atau email Datuk Dr Mohd Anuar Rethwan, ia bertujuan untuk saya membuat penyelidikan dari karya pihak Datuk Dr Mohd Anuar Rethwan. Ia bertujuan untuk Assignment semester akhir saya. Di harap pihak puan dapat memberi tindak balas terhadap email saya secepat mungkin. Disini saya sertakan maklumat peribadi saya Nama : Ainul Izzah Bte Bahrol Matriks Number :2013256662 Campus :UITM Cawangan Segamat Semester :5 Mata Pelajaran :IMR 504 (ORAL HISTORY) No Talefon :017-6898227 | Puan boleh menghubungi YBhg. Dato' Anuar melalui ASWARA kerana Dato' masih berkhidmat di sana. Alamat rumah Dato': YBhg. SN Dato' Dr. Mohd Anuar bin Haji Rethwan, No. 13, Jalan Pekaka 8/10, Kota Damansara, 47830 Petaling Jaya. | Lain-lain | 27.09.2014 |
| Papan iklan saya yang akan dibuat bernama " Tadika Alam Bestari Ceria" ingin mendapat pengesahan daripada pihak tuan atas permintaan Majlis Daerah Segamat. | Untuk pengesahan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui portal "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". | Lain-lain | 17.12.2015 |
| Assalamualakum tuan..saya memerlukan salinan surat pengesahan penggunaan bahasa iklan daripada Dewan Bahasa dan pustaka, bagi permohonan pemasangan banner dari majlis daerah Segamat. disini saya sertakan gambaranbanner yang hendak di pasang.terima kasih atas pemerhatian tuan...saya ada 2 banner yang hendak dipasang | Permohonan pengesahan bahasa dalam iklan boleh dikemukakan secara dalam talian melalui portal DBP Sah Bahasa (http://dbpsahbahasa.my) | Lain-lain | 30.10.2017 |
| Assalamualakum tuan..saya memerlukan salinan surat pengesahan penggunaan bahasa iklan daripada Dewan Bahasa dan pustaka, bagi permohonan pemasangan banner dari majlis daerah Segamat. disini saya sertakan gambaranbanner yang hendak di pasang.terima kasih atas pemerhatian tuan. | Permohonan pengesahan bahasa dalam iklan boleh dikemukakan secara dalam talian melalui portal DBP Sah Bahasa (http://dbpsahbahasa.my) | Lain-lain | 30.10.2017 |
| Salam Tn/Pn, Saya Pn Norfazilah, daripada AZ Empayar Unggul Enterprise ingin memohon maklumbalas pengesahan penggunaan bahasa iklan untuk restoren kami "WARUNG KAPAL TERBANG" untuk tujuan pendaftaran Papan Iklan dengan Unit Pelesenan, Majlis Daerah Segamat. Kerjasama daripada pihak tuan amatlah pihak saya hargai. Sekian, terima kasih Yang Benar, NORFAZILAH BINTI TOMPANG @ MOHD ZAIN | Salam sejahtera, Puan, WARUNG KAPAL TERBANG boleh digunakan. Untuk pengesahan penggunaan bahasa Melayu, sila layari http://dbpsahbahasa.my/. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 14.10.2017 |
| 'Saya suka bermain bola' , saya biasanya nampak ayat ini dalam buku, adakah 'saya suka main bola' betul? Adakah sesetengah kata dasar boleh digunakan tanpa imbuhan, manakala ada kata dasar memerlukan imbuhan untuk menjadikan kata kerja yang bermakna misalnya main, renang? Bagaimana saya bilakah imbulan perlu digunakan? terima kasih. | Ayat yang betul ialah "Saya suka bermain bola". Kata kerja yang terbentuk tanpa imbuhan ialah kata kerja tunggal. Kata kerja ini boleh hadir sebagai predikat tanpa imbuhan dan kebanyakan kata kerja ini bersifat tak transitif. Contohnya ialah balik, pulang, datang, terbang, gagal, hancur, ikut, jaga, keluar, lahir, Contoh penggunaan kata kerja tunggal dalam ayat adalah seperti yang berikut: 1. Murid-murid itu balik ke rumah. 2. Burung helang terbang di angkasa. 3. Dia lahir di Segamat, Johor. Untuk mendapatkan lanjut tentang perkara ini, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (muka surat 150). | Tatabahasa | 05.08.2013 |