Bidang matematik: Apakah kata berganda untuk segi empat tepat atau segi tiga? Adakah 'contoh, Luas segi empat tepat - segi empat tepat itu ' atau 'Luas segi-segi empat tepat itu '? Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah segi-segi empat dan segi-segi tiga. | Lain-lain | 07.08.2018 |
Adakah ayat berikut ini baku? Jika tidak baku, mohon cadangan tuan untuk menyuntingnya. 'Dari segi segi tahap pengajian pula, kadar kebolehpasaran graduat pemegang diploma lebih tinggi daripada pemegang sijil, iaitu 53.0 peratus dan 38.3 peratus masing-masing.' Terima kasih. DZULHIJAH SOKARNO | Dari segi tahap pengajian pula, kadar kebolehpasaran pemegang diploma lebih tinggi daripada pemegang sijil, iaitu 53.0 peratus dan 38.3 peratus masing-masing. | Tatabahasa | 13.05.2008 |
Tajuk: "Dari segi" atau "daripada segi"? Tuan DBP, izinkan saya tanyakan bahawa "dari segi" atau "daripada segi" bentuk frasa yang betul menurut logika bahasa? Kemusykilan saya tentang hal ini timbul kerana dalam buku Tertib Mengarang, pejuang bahasa yang ulung yang juga mantan Dewan Bahasa dan Pustaka, Dato' Dr. Awang Sariyan menggunakan bentuk "daripada segi", "daripada sudut". Saya menerima frasa ini kerana saya menganalisis bahawa "daripada segi" bermaksud meninjau satu punca. Sendi "daripada" membawa maksud sumber, melainkan kekeliruan saya bangkit sekali lagi kerana bentuk "dari segi" atau "dari sudut" juga tepat kerana "segi" dan "sudut" arah. Sendi "dari" memang digunakan untuk tempat dan arah, tetapi saya lebih merasakan bahawa "dari segi" betul kerana menunjukkan arah. Apakah ulasan tuan? | Untuk makluman tuan, kami menyedari adanya pandangan lain yang menerima "daripada sudut" sebagai bentuk yang gramatis. Walau bagaimanapun kami berpegang pada Tatabahasa Dewan, dan menerima frasa "dari sudut". | Tatabahasa | 05.08.2016 |
Salam Lebaran... Apakah perbezaan segi tiga dengan tiga segi? | Menurut data kami, segi tiga ialah rajah yang mempunyai tiga sempadan dan tiga sudut yang berjumlah 180o. ~ bersudut cakah segi tiga yang salah satu sudutnya melebihi 90o. ~ bersudut tirus segi tiga yang setiap sudutnya bernilai kurang daripada 90o tetapi jumlah keseluruhannya ialah 180o. ~ dua sama segi tiga yang mempunyai dua sempadan yg sama panjang. ~ sama segi tiga yang ketiga-tiga sempadannya sama panjang. ~ serba sama dua segi tiga atau lebih yang sama ukuran sempadan dan sudutnya. ~ tak sama segi tiga yang ketiga-tiga sempadannya tidak sama panjang. ~ tepat segi tiga yang mempunyai satu sudut tepat, iaitu yang bernilai 90o. Manakala contoh ayat bagi tiga segi ialah rumahnya dihiasi rumput tiga segi. | Makna | 10.07.2016 |
Di tempat pertama, "di" rapat atau jauh? Atau salah daripada segi tatabahasa? Dari segi atau daripada segi? | 1. Tempat pertama 2. Dari segi
| Tatabahasa | 07.11.2017 |
Salam, Saya ingin bertanya tentang kata adjektif bentuk. Dalam tatabahasa dewan edisi keempat, kata adjektif bentuk seperti bulat, bujur, leper. Jadi, soalan saya, adakah piramid, kon, segi empat, segi tiga dikira sebagai kata adjektif ataupun kata nama? Terima kasih. | Dalam buku Tesaurus Bahasa Melayu, piramid, kon, segi empat dan segi tiga ialah kata nama. | Tatabahasa | 15.09.2016 |
Encik, Antara "dari segi kewangan" dengan "daripada segi kewangan" yang manakah betul? Mengapakah? Terima kasih. | Frasa yang betul ialah "dari segi kewangan" kerana kata sendi nama dari digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu. Kata sendi nama daripada hanya digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan atau benda, asal kejadian dan sumber atau unsur perbandingan artau perbezaaan. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 268 untuk keterangan lanjut. | Tatabahasa | 10.03.2009 |
Salam, ingin ambil tau, nama bangunan and nama fakulti yang dapat dalam lokasi syarikat kami SEGi College Subang Jaya, kena mohon pengesahan bahasa daripada Dewan Bahasa? Contoh macam, SEGi College, SEGi College of Graduate Studies. Majlis Perbandaran sini minta kami dapatkan sah bahasa daripada Dewan Bahasa, tapi pindaan/komen menunjuk Tidak ada keterangan iklan atau teks bahasa Melayu untuk disahkan. Bangunan dan fakulti kami mestilah dalam bahasa ingeris. Apa tuan/puan cadangkan kami boleh pinda? | Wassalam, Tuan, apakah nama rasmi bagi kolej ini? Sekiranya hanya SEGi College sahaja yang didaftarkan, tuan perlu tambah keterangan aktiviti di atas nama khas. Contoh: KOLEJ atau UNIVERSITI.
| Lain-lain | 08.03.2017 |
Mohon pengesahan bagi ayat yang betul: a) Tudung empat segi b) Tudung segi empat | Frasa yang betul ialah tudung segi empat. | Tatabahasa | 23.01.2014 |
As salam, yang manakah yang betul, dari segi atau daripada segi, dari perspektif atau daripada perspektif ? Pesaka atau pusaka ? | Frasa yang betul ialah dari segi dan dari perspektif. Ejaan yang betul ialah pusaka. | Tatabahasa | 20.09.2013 |