Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
segi (kata nama)
1. Bersinonim dengan tepi: sisi, sanding, penjuru, sudut, bucu, hujung, juring, birai,

2. Bersinonim dengan sudut pandangan: aspek, dasar pandangan,

3. Bersinonim dengan lajur: kolum, jurai, petak, pias, garis lebar, ruang panjang,

Kata Terbitan : bersegi,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan antara sayur-sayuran dan sayur-mayur dari segi : 1-maksud 2-penggunaan. Terima kasih.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, sayur-sayuran dan sayur-mayur mempunyai maksud yang sama, iaitu bermacam-macam (berjenis-jenis) sayur. Makna10.09.2011
1. Segi tiga, ringan tulang, anak pungut, bilik mandi adakah tergolong dalam jenis kata majmuk bebas? 2. Air hujan , pita suara, batu kapur, garis pusat..yang mana satukah jenis kata majmuk istilah khusus? 3. Pukul curi, merah jambu, biru laut, buah hati . Antara berikut yang manakah jenis kata majmuk kiasan?1. Segi tiga dan bilik mandi.

2. Pita suara, batu kapur dan garis pusat.

3. Buah hati dan pukul curi.
Tatabahasa17.10.2013
Salam tuan, Saya ada beberapa kemusykilan tentang penggunaan ungkapan-ungkapan / perkataan-perkataan tertentu. 1. Dari segi atau daripada segi 2. dari aspek atau daripada aspek 3. dari sudut atau daripada sudut 4. kata alu-aluan atau kata-kata aluan Harap tuan dapat perjelaskan. Sekian, terima kasih.

Frasa yang betul ialah:

1. Dari segi

2. Dari aspek  

3. Dari sudut

4. Kata alu-aluan

Tatabahasa21.02.2010
soalan 1 1. Anizah _________ dinaikkan pangkat walaupun dia sudah berkhidmat selama 12 tahun A. belum pernah B. masih belum kenapa memilih jawapan tersebut soalan 2 Pilih jawapan yang betul A. Aziah tidak perempuan yang mementingkan harta B. Lawatan ke Sarawak itu tidak cadangannya. C.Ainah bukan mudah terpedaya akan pujuk rayu jurujual itu. D.Roti itu tidak buatan syarikat tempatan mana satu jawapanya?kenapa memilih jawapan tersebut1. Dari segi tatabahasa bahasa Melayu, kedua-dua jawapan yang diberikan, iaitu "belum pernah" dan "masih belum" adalah betul dan boleh digunakan.

2. Semua jawapan yang diberikan adalah salah kerana penggunaan perkataan "bukan" dan "tidak" adalah tidak betul. Soalan A, B dan D sepatutnya menggunakan perkataan "bukan", dan soalan C sepatutnya menggunakan "tidak".
Tatabahasa19.04.2012
Kementerian ini akan menggunapakai slogan tambahan iaitu "KUASA PENGGUNA : 1 PENGGUNA 1 SUARA" dalam semua surat rasmi. Persoalan saya ialah, slogan "1 PENGGUNA 1 SUARA", sama ada dirapatkan atau dijarakkan. Contoh: "1PENGGUNA 1SUARA" atau seperti di atas. Terima kasih.Dari segi tatabahasa, hendaklah dijauhkan menjadi 1 Pengguna 1 Suara.Tatabahasa19.11.2009
Salam. Mohon penjelasan daripada tuan. Soalan saya : 1. Ayat ialah dimensi yang kedua bagi makna. Dimensi pertama ialah perkataan. Demikian juga ayat betul dari segi tatabahasa tetapi salah dari segi makna :Contoh;” Hujan turun setiap hari di seluruh dunia.” Mengapa ayat ini salah dari segi maknanya? 2. Mohon penjelasan, makna ayat dan proposisi ayat serta contohnya. Sekian, Terima kasih1. Ayat tersebut tepat dari segi nahu tetapi salah dari segi semantik kerana tidak jelas atau tidak tepat maknanya. Contoh yang lain,  ayat Ali hamil, juga tepat dari aspek nahunya tetapi salah dari segi semantinya.
2. Serangkai perkataan yang merupakan kesatuan yang membawa sesuatu maksud. Maklumat proposisi ayat tidak ada dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun jika tajuk preposisi yang tuan maksudkan, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga, halaman 265.
Tatabahasa28.03.2012
1. Betulkah penggunaan " daripada segi / aspek " ?Jawapan yang betul ialah dari segi dan dari aspek.Lain-lain12.04.2010
1) Apakah beza dari segi maksud sebenar antara perkataan id, nafsu, dan naluri? 2)Apakah beza dari segi maksud sebenar antara perkataan norma, nilai, moral, dan etika? TERIMA KASIH...Id ialah bahagian minda yang berhubungan dengan naluri dan dorongan bawah sedar; nafsu ialah keinginan yang keras, kehendak atau kemahuan yang kuat; naluri ialah desakan hati untuk melaksanakan sesuatu, tabiaat semula jadi; norma ialah peraturan atau ketentuan yang menjadi kebiasaan yang dijangka dipatuhi oleh sertiap anggota masyarakat; nilai ialah darjat, kualiti, taraf; moral ialah ajaran atau pegangan tentang buruk baik sesuatu perbuatan; etika ialah prinsip moral atau akhlak atau nilai yang menjadi pegangan seseorang atau kumpulan.Makna09.02.2008
Salam 1Bahasa, 1. Frasa sendi yang manakah yang tepat: a)'dari segi', b)'daripada segi', c)'dari aspek', atau d)'daripada aspek' 2. Ayat yang manakah yang gramatis: a)"Aspek ketatabahasaan Bahasa Melayu akan diberikan penekanan oleh semua guru" ATAU b)"Aspek ketatabahasaan dalam bahasa Melayu akan diberikan penekanan oleh semua guru" 3. Terjemahan slogan 'Stability Above Chaos' dalam bahasa Melayu, apa? Terima kasih.1. Frasa sendi yang manakah yang tepat ialah dari segi dan'dari aspek.

2. Ayat yang lebih gramatis ialah  'Aspek ketatabahasaan bahasa Melayu akan diberikan penekanan oleh semua guru'. 

3.'Untuk makluman, tidak ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk 'Stability Above Chaos'  dalam pangkalan data kami. Kami mencadangkan Kestabilan Mengatasi Kekacauan. Jika tidak bersesuaian, sila nyatakan konsep slogan tersebut.
Tatabahasa17.02.2013
mana ayat yang betul dari segi bahasanya. 1) Putera Bongsu raja itu dilahirkan di ... 2) Putera bongsu raja itu diputerakan di ... adakah huruf 'b' pada perkataan bongsu itu huruf kecil atau huruf besar?Sekiranya Bongsu merupakan nama putera tersebut, huruf 'b' ditulis dengan huruf besar 'Bongsu'. Walau bagaimanapun, sekiranya bongsu merujuk kepada anak yang paling muda (kedudukan anak dalam keluarga) huruf 'b' ditulis dalam huruf kecil 'bongsu'.Ejaan30.03.2011
12345678910...

Kembali ke atas