Bidang matematik: Apakah kata berganda untuk segi empat tepat atau segi tiga? Adakah 'contoh, Luas segi empat tepat - segi empat tepat itu ' atau 'Luas segi-segi empat tepat itu '? Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah segi-segi empat dan segi-segi tiga. | Lain-lain | 07.08.2018 |
Mohon pengesahan bagi ayat yang betul: a) Tudung empat segi b) Tudung segi empat | Frasa yang betul ialah tudung segi empat. | Tatabahasa | 23.01.2014 |
Salam, Saya ingin bertanya tentang kata adjektif bentuk. Dalam tatabahasa dewan edisi keempat, kata adjektif bentuk seperti bulat, bujur, leper. Jadi, soalan saya, adakah piramid, kon, segi empat, segi tiga dikira sebagai kata adjektif ataupun kata nama? Terima kasih. | Dalam buku Tesaurus Bahasa Melayu, piramid, kon, segi empat dan segi tiga ialah kata nama. | Tatabahasa | 15.09.2016 |
Sila gunakan pembaris ketika melukis segi empat tepat supaya garisannya tidak __ (herot-berot /bengkang-bengkok) | Jawapan yang betul ialah: Sila gunakan pembaris ketika melukis segi empat tepat supaya garisannya tidak herot-berot. | Tatabahasa | 09.06.2012 |
Sekiranya gambar getah pemadam berbentuk segi empat, apakah penjodoh bilangan yang betul? se__________ getah pemadam | Penjodoh bilangannya ialah sebiji. | Tatabahasa | 08.05.2008 |
apakah permainan dam melayu | Menurut Kamus Dewan pemainan Dam merupakan sejenis permainan utk dua orang pemain, setiap pemain menggerakkan 12 buah dam mengikut peraturannya di atas papan yg berpetak-petak segi empat (spt papan catur); | Lain-lain | 05.08.2007 |
1. sila beritahu nama bahasa malaysia bagi bentuk Oval dan Oblong. Nama bujur sesuai digunakan untuk bentuk apa? 2. diamond shape- dipanggil sebagai apa? nama bentuk intan boleh digunakan? | Encik Logeswari, Oval diterjemahkan sebagai bujur. Oblong sebagai segi empat panjang. Diamond shaped ialah potong wajik bukan bentuk intan. | Istilah | 25.06.2010 |
Apakah deskripsi yang boleh diberikan kepada kanak-kanak tadika supaya mereka dapat membezakan "helai" dan "keping" kerana keduanya merupakan sesuatu yang nipis dan rata. roti juga lembut walaupun penjodoh bilangan untuk roti adalah "keping". Jadi deskripsi "lembut" mungkin sukar dijelaskan kepada mereka. Adakah "berbentuk segi empat" boleh digunakan sebagai deskripsi untuk membezakan "keping" daripada "helai"? | Tidak semua benda diberikan penjodoh bilangan. Penjodoh bilangan lazimnya mengikut bentuk atau konsep sesuatu benda. Setiap penjodoh bilangan tidak semestinya bergantung pada fizikal tetapi mengikut konteks atau kesesuaian dalam ayat. | Tatabahasa | 12.10.2017 |
Apakah perbezaan antara panji-panji dan bendera? | Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud panji-panji ialah kain yang biasanya berbentuk segi tiga sebagai tanda atau bendera (biasanya berbentuk segi tiga dan panjang). Manakala bendera pula bermaksud sepotong kain segi empat atau segi tiga dgn gambar atau warna tertentu yang digunakan sebagai lambang atau sebagai tanda. maka panji-panji dan bendera merupakan benda yang sama. | Makna | 30.07.2016 |
Kata nama am yang memerihalkan wadah memasak mi goreng, kuetiau goreng dan nasi goreng secara pukal yang selalu dijajakan di pasar malam, pasar pagi/tani, bazar ramadan dan seangkatan dengannya. Wadah memasak itu selalunya mempunyai buntut leper dan permukaan luas serta diperbuat sejenis logam berwarna hitam. | Dalam data kami terdapat istilah kuali leper yang merujuk maksud kuali bertangkai untuk menggoreng; kuali datar lekat yang bermaksud kuali yang datar berbentuk segi empat atau bulat untuk memasak burger, telur dan penkek; dan kawah yang bermaksud kuali besar tempat memasak nasi dan lain-lain. Yang manakalah tuan maksudkan? | Penyemakan dan penterjemahan | 08.10.2018 |