| SAYA INGIN MENDAPATKAN KHIDMAT NASIHAT MENGENAI LETTERHEAD SYARIKAT SAYA INI SAMA ADA BETUL DARI SEGI FORMAT NYA. TERIMA KASIH | Untuk makluman, surat merupakan dokumen yang perlu disemak dan kadar penyemakan dokumen bahasa Melayu ialah RM8 untuk satu halaman (saiz huruf 12; Arial/Times New Roman; langkau 2 baris). Sila e-melkan dokumen tuan kepada aliah@dbp.gov.my untuk sebut harga dan maklumat lanjut. Terima kasih. | Lain-lain | 29.01.2021 |
| 1)apakah maksud amalan dari segi istilah dan bahasa ? 2)apakah maksud agama dari segi istilah dan bahasa? | Kamus Dewan Edisi Keempat mentakrifkan kata amalan ialah sesuatu yg dilakukan (dilaksanakan, dikerjakan, dsb) sbg suatu kebiasaan; pd ~nya yg sebenarnya berlaku atau terdapat, pd praktiknya, pd kebiasaannya: pd ~nya, hanya sebuah parti politik dan sebuah kesatuan sekerja sahaja yg dibenarkan bergerak dlm sesebuah ladang; 2. perbuatan baik, kebajikan. Manakala maksud agama ialah kepercayaan pd Tuhan dan sifat-sifat serta kekuasaan Tuhan dan penerimaan ajaran dan perintah-Nya, kepercayaan pd yg Maha Kuasa: ~ Islam, ~ Kristian; orang yg memeluk ~ Islam disebut juga orang Mukmin; ~ langit agama yg bukan ciptaan manusia; 2. kepercayaan pd sesuatu dewa dll (yg dipuja dsb dan dianggap sbg sesuatu yg amat berkuasa); | Istilah | 25.03.2009 |
| makna perkatan "MADANI" saperti ingin dibayangkan dengan perkataan 'Masyarakat madani' perbezaan dengan masyarakat modern ; -harmonis ; -aman ; -maju atau yang agak sama maksud nya. Terima kasih | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat kata madani bermaksud maju dari segi pemikiran, kerohanian dan kebendaan(berkenaan dengan masyarakat, generasi dsb.). Moden bermaksud dari masa sekarang, berkaitan dengan masa kini, yang terbaru,cara(kaedah)baru, mutakhir. Harmonis bermaksud selaras, seimbang, sepadan,sesuai atau bersesuaian(antara satu sama lain). Aman bermaksud bebas daripada keadaan kacau-bilau(seperti peperangan, pergaduhan, permusuhan,dsb.); bebas daripada gangguan atau sesuatu yang tidak menyenangkan ,damai, tenang,tenteram. Maju bermaksud bergerak ke muka, melangkah ke hadapan, mengasak ke hadapan; bertambah baik baik keadaannya(dalam pelajaran, perniagaan dll.);tinggi tamadunnya(peradabannya,taraf hidupnya, dll). Berdasarkan makna di atas , maka dapat dilihat perbezaan antara konsep-konsep tersebut.Masyarakat madani melibatkan kemajuan dari segi pemikiran dan kerohanian, masyarakat moden melibatkan kemajuan dari segi fizikal seperti pembangunan dsb., masyarakat harmonis dan aman melibatkan keadaan masyarakat yang stabil dan bebas daripada kacau-bilau, dan masyarakat maju pula melibatkan keadaan masyarakat yang bertambah baik dari segi ekonomi, pembangunan, industri dsb. | Makna | 30.05.2008 |
| 'penternak' madu lebah, burung waliit dan burung merpati. dari segi teknikalnya mereka tidak menternak. mereka memperoleh hasil dari haiwan yang berlepas bebas. mereka juga tidak pelihara haiwan itu sebab haiwan itu mencari makan sendiri di alam liar. Haiwan ini boleh berpindah tempat dan mendapat 'tuan' baru. haiwan ini boleh dianggap liar. bahasa inggerisnya yg hamper ialah 'ranching'. Ranch dalam kamus melayu ialah kawasan peternakan yang luas. beribu2 ekar. Jika di fahami dari segi peternakan. sebetulnya Haiwan dalam ranch dibiarkan lepas dan bebas tanpa kandang dan pagar, dan dibiarkan meragut sendirian dgn rumput yang tumbuh liar. saya cadangkan pemunya ternakan (sebetulnya bukan kepunyaan mereka dgn mutlak) utk sistem peternakan ini di beri istilah baru dan saya cadangkan dgn memahami konsep peternakan itu sendiri. sebagai contoh 'penyadap' nira anau adalah orang yg mengerat ,mengutip dan mengumpul nira. pokok anau itu bukan hak mutlaknya. saya ada lihat perkataan melayu nya 'ranco' adaptasi inggeris. jadi kalau digunakan ia menjadi "peranco lebah kelulut" (walit, atau merpati).. atau patut disemak lagi perbendaharaan kata melayu sebab budaya melayu sejak dulu ada sahaja aktiviti ranching khusus nya dalam mencari sumber makanan dari sumber alam, yg percuma dan tanpa input atau modal pelaburan. sekian terima kasih, | Istilah yang tuan cadangkan, iaitu "peranco" akan dikemukakan kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk diteliti dan dibincangkan. | Istilah | 06.10.2016 |
| Dalam kehangatan kisah perkahwinan Siti Nurhaliza, saya ingin bertanya... Apakah perbezaan (jika ada) dari segi maksud dan nahu: 1. Aku terimanya nikah... 2. Aku terima nikahnya... 3. Aku terima nikah...? | Lafaz lazim dalam hal ijab kabul ialah "Aku terima nikahnya ....". 'Nya' di sini merujuk pihak perempuan. Ini laras bahasa bidang agama Islam. | Makna | 22.08.2006 |
| Assalamualaikum dan hi, saya ingin mengajukan soalan berkenaan tatabahasa: Boleh saya tahu, adakah perkataan "ianya" dan "memperbaharui" betul daripada segi tatabahasa (sumber: Kamus Dewan Perdana)? Jika ya, apakah kaedah penggunaan kedua-dua perkataan ini? Ini kerana jika mengikut tatabahasa, "ia" dan "nya" tidak digunakan sebagai satu perkataan kerana kedua-duanya ialah kata ganti nama ketiga. Manakala, untuk perkataan "memperbaharui" pula, jika tidak silap, penggunaan imbuhan "memper" yang dipadankan dengan kata adjektif tidak boleh diletakkan imbuhan di belakang seperti "i", "kan". Mohon pencerahan daripada pihak DBP. Sekian, terima kasih. | Untuk makluman tuan, fungsi kamus ialah merakamkan perkataan yang lazim digunakan oleh masyarakat. Perkataan "ianya" banyak ditemukan penggunaannya dalam wacana/teks bahasa Melayu dan kamus menghuraikan maksudnya. Walau bagaimanapun, untuk penggunaan yang standard khususnya dalam penulisan rasmi, perlulah merujuk rumus tatabahasa. Kata "memperbaharui" pula terhasil daripada apitan memper- -i dan apitan ini tidak begitu produktif dalam bahasa Melayu. Kata "memperbaharui" sama maksud dengan "membaharui" dan kata ini wujud hasil daripada pengembangan bahasa. Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga menghuraikan apitan memper-...-kan dengan kata kerja dan kata nama, tiada rumus yang sedemikian untuk apitan memper-...-i. | Tatabahasa | 16.01.2024 |
| Sila tanya sama ada penggunaan ayat berikut betul dari segi frasa tatabahasa?? 1. Kebanyakan para ibu bapa ... | Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, kebanyakan bermaksud 1. jumlahnya, banyaknya: bukan ~ tetapi nilainya yg penting; 2. sebahagian besar, yg terbanyak: kerajaan mendapat sokongan drpd ~ ahli parlimen; 3. biasa: dia bukan kuli ~, tetapi seorang yg mempunyai cita-cita tinggi; orang ~ orang biasa; 4. biasanya, amnya: Raja Haji Yahya telah mencatatkan cerita rakyat Melayu yg ~nya kita istilahkan sbg cerita-cerita pelipur lara; 5. Jk sangat banyak, terlampau banyak; manakala para pula bermaksud kata (yg mendahului kata-kata lain) yg menyatakan ramai: ~ mahasiswa dan pelajar; ~ peserta. Kedua-duanya membawa maksud ramai dan banyak. Oleh itu, penggunaan frasa yang betul ialah Kebanyakan ibu bapa atau Para ibu bapa. | Lain-lain | 13.07.2010 |
| perbezaan antara sultan dan raja | Kata 'raja' biasanya lebih umum dari segi makna dan penggunaannya berbanding kata 'sultan'. Contoh: 'Raja bola'. Agak janggal kalau kita menyebut 'sultan bola'. Berikut dilampirkan makna sultan dan raja menurut Kamus Dewan Edisi ke-4 untuk rujukan saudara: Sultan: Ar raja (yg memerintah): S~ Pahang; S~ Perak; nafsu-nafsi raja di mata, ~ di hati = beraja di mata bersultan di hati prb melakukan sesuatu mengikut perhitungan sendiri (tidak mempedulikan teguran atau nasihat orang lain); Raja: 1. orang yg mengetuai dan memerintah sesuatu negara (bangsa), kepala negara (yg diwarisi): ~ Inggeris pd masa ini ialah seorang wanita; 2. kepala negeri, sultan: di Malaysia Barat lapan drpd ~-~nya bergelar sultan; 3. kepala suku (daerah): di Nusa Tenggara masih banyak ~; 4. gelaran orang bangsawan (keturunan sultan); 5. ark bp orang yg berkuasa, ketua, pemerintah: kompeni Inggeris akan kembali semula menjadi ~ di Melaka; di dlm kapalnya dialah ~, memerintah dr haluan ke buritan; kita boleh menjadi ~, boleh memerintah semua orang lelaki yg termakan budi kita; 6. orang yg besar kuasanya (pengaruhnya dll) dlm sesuatu lingkungan (spt dlm lingkungan perusahaan, kewangan, dll); ~ minyak orang yg berkuasa (berpengaruh) dlm perusahaan minyak; ~ getah orang yg berkuasa (berpengaruh) dlm perusahaan getah; 7. binatang (jin dll) yg menguasai binatang (jin dll); ~ jin; ~ laut; ~ rimba; ~ binatang singa; 8. nama buah catur yg terpenting; 9. nama kad (terup) besar yg bergambar raja; ~ agas gelaran seseorang yg berbadan kecil tetapi berani; ~ badar sj kain putih; ~ berpelembagaan raja yg pemerintahannya tertakluk pd peruntukan perlembagaan negara; ~ besar raja yg berkuasa (berpemerintahan) besar; ~ bola pemain bola yg pandai; ~ cacing orang yg sangat kurus; ~ jenang (jejenang) orang yg mengatur dlm penyabungan ayam; ~ kecil putera raja; ~ kecil besar putera mahkota; ~ kecil muda putera raja yg bongsu; ~ laut laksamana; ~ muda putera mahkota, tengku mahkota, pemangku raja yg memerintah (tanah jajahan dll); ~ penomah pemberian kpd bakal mentua; ~ permaisuri gelaran isteri raja yg memerintah sesebuah negeri (negara); ~ Permaisuri Agong gelaran utk permaisuri Yang di-Pertuan Agong; ~ putih penyakit keputihan; ~ sehari (sari) pengantin; ~ singa penyakit perempuan, sifilis; ~ wang orang yg sangat kaya; (si) ~ diraja usungan jenazah raja; ~ adil ~ disembah, ~ tak adil ~ disanggah prb raja yg adil disayangi, dan raja yg zalim dibenci; siapa pun menjadi ~ tanganku ke dahi juga prb siapa pun yg menjadi raja, dihormati juga; spt ~ dgn menteri prb bersetuju dlm segenap hal; tak ada (tiada) ~ menolak sembah prb tidak ada orang yg tidak suka dihormati; | Makna | 02.07.2009 |
| Tuan/Puan, Tolong beri nasihat sama ada PENGGUNAAN "DI" DAN "DI ATAS" dalam ayat-ayat berikut (saya cari dari korpus DBP) masih dikira betul dari segi tatabahasa sekarang? 1.Strategik merupakan satu daripada aspek yang penting dalam menentukan kejayaan usahawan untuk mengembangkan perniagaan tersebut di masa hadapan. 2.Kertas So'alan ini akan termasok: (a) so'alan2 di-atas buku2 yang di-tetapkan. (243) 3.Lampu2 letrik yang terpasang di-atas kepala-nya itu pun terasa bagiru malap sa-kali, sa-hingga tidak dapat menolong chahaya yang menerpa masok ... 4.hari sa-makin gelap bintang2 mulai timbul berkelip2 di-atas langit, udara sejok mulai menyelaputi rumah yang baharu sa-bentar di-alami oleh keganasan tentera facis-timor itu. 5. Dia berada di atas kapal/ Dia berada di dalam kapal? Sekian,terima kasih. | Untuk mendapatkan contoh penggunaan ayat yang tepat hendaklah merujuk buku Tatabahasa Dewan atau buku Tatabahasa Dewan (Edisi Sekolah Rendah). Korpus ialah rakaman data termasuk data lama dan mengekalkan bentuk kata dan ayat yang digunakan. Penggunaan ejaan, kata sendi nama "di" dan frasa "di atas" dalam contoh yang diberikan tidak tepat. Ejaan dan ayat dalam contoh yang diberi telah diperbaiki: 1. Strategik merupakan satu daripada aspek yang penting dalam menentukan kejayaan usahawan untuk mengembangkan perniagaan tersebut pada masa hadapan. 2. Kertas Soalan ini akan mengandungi: (a) soalan daripada buku-buku yang ditetapkan. 3. Lampu elektrik yang terpasang di atas kepalanya itu pun terasa begitu malap sekali, sehingga tidak dapat menolong chahaya yang menerpa masuk. 4. Hari semakin gelap bintang mulai berkelip-kelip di udara. Udara sejuk mulai menyelaputi rumah yang baharu sebentar diserang oleh tentera facis-timur itu. 5. Dia berada di dalam kapal. | Tatabahasa | 17.08.2015 |
| Tuan, Jabatan ini bercadang untuk menggunakan tema untuk hari inovasi dan kreativiti (ICT). Tema yang dicadangkan ialah : ICT Cagak Teknologi. Menurut rujukan Cagak= tiang, menyokong. Adakah tema ini sesuai dari segi Bahasa Melayu. Mohon pandangan Tuan. | Tema yang dicadangkan, ICT Cagak Teknologi. Dalam Kamus Dewan edisi keempat, cagak bermaksud: 1. cabang (kayu dll); cagak jalan - simpang jalan; 2. kayu (galah, tongkat, dll) yg hujungnya bercabang utk menyangga atau menopang sesuatu. Sekiranya keadaan tiang bercabang itu sesuai dengan maksud tema tersebut, kata cagak boleh digunakan. Tema jadi menarik jika ayatnya berima. Contohnya: ICT Tonggak Teknologi. Huruf t, o, n, k, g yang terdapat pada kedua-dua perkataan tonggak dan teknolgi menjadikan ayat ini berima. Dalam Kamus Dewan , tonggak bererti 1. tegak lurus: tiang tonggak, tiang yg tegak lurus. mencacak berdiri tegak lurus; 2 tertanam atau terpancang tegak lurus: Tiang-tiang belat kelihatan ~ berbaris. 3 terbenam atau tertanam pd sesuatu: Lembing yg dilontarkannya itu ~ mengenai sasarannya. | Makna | 25.04.2011 |