Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata segugus


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, yang manakah betul? (a)' Kedua-dua orang murid' ATAU ' kedua-dua murid'. (b) setangkai rambutan ATAU segugus rambutan. Adakah 'tamu' dan 'tetamu ' sama iaitu kata tunggal? Terima kasih.

(a) Frasa 'kedua-dua orang murid' dan 'kedua-dua murid' kedua-duanya adalah betul 

(b) 'Setangkai rambutan' dan 'segugus rambutan' kedua-duanya adalah betul bergantung pada keadaan fizikal buah rambutan tersebut.

(c) Tamu bermaksud orang yang datang mengunjungi orang lain (menghadiri jamuan dll), manakala tetamu bermaksud orang yang diundang (dijemput) untuk menghadiri jamuan dan lain-lain. Berdasarkan huraian tersebut terdapat perbezaan maksud antara tamu dengan tetamu; dan tamu bukan kata akar bagi tetamu.

Tatabahasa05.04.2011
APAKAH PENJODOH BILANGAN BAGI KUNCI?Penjodoh bilangan bagi kunci ialah segugus kunci.Lain-lain05.03.2010
Apa beza antara sesisir pisang, sesikat pisan dan setandan pisang?Sesisir bermaksud setangkai atau segugus pisang (sebahagian drpd tandan) atau sesikat. Setandan bermaksud tangkai pd buah-buahan yg bergugus (pisang, kelapa, pinang, dll).Tatabahasa01.09.2007
Apakah penjodoh bilangan bagi kunci (satu sahaja)?1 kunci - sebentuk kunci. lebih daripada 1 kunci - segugus kunciTatabahasa15.04.2008
Penjodoh bilangan untuk belon. Ayat:Se_______belon telah meletup. Apakah penjodoh bilangannya jika belon itu banyak dan talinya diikat? Adakah seikat belon atau segugus ? Terima kasih.Penjodoh bilangan yang betul ialah seikat belon.Lain-lain15.06.2009
apakah penjodoh bilangan bagi rumput?Tidak semua benda boleh diberikan penjodoh bilangan. Untuk makluman saudara rumput tidak boleh diberikan unit tertentu untuk digandingkan dengan mana-mana penjodoh bilangan sama ada sehelai, sekuntum, sejambak, segugus dan sebagainya.Tatabahasa09.03.2010
1.Saya ingin mendapat penjelasan bilakah masanya kita perlu menggunakan....ramai orang dan banyak orang? 2. perkataan baharu dan baru yang mana lebih tepat 3. tali leher seutas atau sehelai 4.kalau banyak kunci dipanggil segugus tapi kalau satu kunci kita panggil apa? Mohon penjelasan dari pihak tuan untuk mengelakkan kekeliruan.Terima kasih

1. Kedua-duanya boleh digunakan. Kebiasaanya ramai merujuk suasana orang yang ramai di sesuatu tempat manakala banyak orang merujuk bilangan orang yang terdapat di tempat berkenaan

2. Kedua-duanya betul. Baharu ialah new dalam bahasa Inggerisnya, manakala baru pula dalam bahasa Inggeris disebut sebagai just. Contoh penggunaan baharu  Tahun baharu, kereta baharu atau rumah baharu. Manakala baru pula bolehlah digunakan dalam ayat seperti, baru-baru ini Pak mat kemalangan jalan raya atau baru sekejap tadi dia datang dengan ibunya, dan lain-lain lagi.

3. Sehelai tali leher.

4. Sebatang kunci.

 

Tatabahasa21.07.2009
Adakah 'seberkas' kunci itu betul? Kerana selama ini, kita hanya belajar sejambak kunci atau sebatang kunci sahaja.Kata bilangan untuk kunci:
  • 1 kunci - sebentuk kunci
  • lebih daripada 1 kunci - segugus kunci
Tatabahasa23.03.2019
mohon penjelasan berkaitan penjodoh bilangan. soalan : Ali menjumpai ................. kunci dan .............. keronsang mutiara di dalam laci almari lama neneknya. adakah sebentuk kunci dan serawan keronsang sesuai digunakan. jika tidak apakah penjodoh bilangan yang sesuai.Kedua-dua penjodoh bilangan tersebut boleh digunakan berdasarkan bilangan dan bentuk benda tersebut. Penjodoh bilangan untuk kunci boleh juga sebatang (untuk satu) dan segugus sekiranya dalam bilangan yang banyak. Sebentuk juga boleh digunakan untuk kerongsang.Tatabahasa26.07.2011
Ingin bertanya penjodoh bilangan tergolong di bawah golongan kata yang mana satu? dan bagaimanakah saya boleh mengenal pasti golongan kata bagi perkataan-perkataan bahasa Melayu?Penjodoh bilangan tergolong dalam golongan kata nama yang berfungsi menjodohkan kata nama bilangan. Terdapat segolongan kata nama tunggal yang menjadi pasangan pada kata bilangan untuk menjadi sejenis penerang bentuk atau keadaan pada kata nama yang mengikutinya.  Contoh: segugus bintang, seutas tali, sekapir sirih, dll. Sila lihat buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 106.Tatabahasa09.03.2015
12

Kembali ke atas