Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sehari selembar benang

Peribahasa

Sedikit-sedikit tekun,
     lama-lama menjadi bukit.

Bermaksud :

Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Sehari selembar benang, lama-lama jadi sehelai kain).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam Sejahtera, Tuan; Apakah maksud bagi peribahasa yang berikut: "Biar kita mengambil masa yang lama, asalkan kita beroleh kejayaan" Terima kasih.

Salam Sejahtera. Untuk perhatian, saudara, peribahasa yang membawa maksud tersebut ialah 1) Sehari selembar benang, lama-lam menjadi kain 2)Sedikit-sedikit tekun, lama-lama menjadi bukit. Untuk mengetahui lagi peribahasa Melayu yang baik dan menarik, saudara boleh dapatkan buku 'Kamus Istimewa Peribahasa Melayu' yang disusun oleh Abdullah Hussain. Sekian, terima kasih.

Lain-lain31.03.2010
Salam sejahtera, adakah kata "benang" dari segi kiasan membawa maksud tidak terputus-putus & bersambung-sambung? Sekian, terima kasih.

Benang ialah objek yang lembut dan dikendalikan dengan tenang, tekun dan sabar dek kehalusan dan kelembutan fitrahnya. Disebabkan itulah, benang terjelma dalam kiasan seperti Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain atau contoh lain Jangan menegakkan benang basah dan banyak lagi.  Benang sukar diputuskan melainkan sengaja dipotong. Benang perlu dimasukkan ke lubang jarum untuk digunakan ketika menjahit. Fitrah benang yang lembut dan sukar putus itulah yang menyebabkan penggunaan dalam peribahasa mencapai maksud.

Makna14.05.2020
BIDALAN DAN PERUMPAMAAN Bidalan adalah sejenis ungkapan yang menekankan tentang teladan yang mengandungi unsur pengajaran. Bidalan biasanya disampaikan dalam bentuk bandingan.  Menurut Za’ba(2002:170) Bidalan lebih memberatkan tentang sifat melekatnya di mulut orang ramai dan tentang bandingan dan teladan yang ada di dalamnya. Jika pepatah dikenali juga sebagai peribahasa selapis, begitu juga dengan bidalan.  Terlajak perahu boleh diundur,Terlajak kata emas padahnya.

 

 

Perumpamaan ialah susunan bahasa yang ringkas dan padat yang membawa makna dua lapis. Ungkapan Melayu tradisional ini menyebutkan sesuatu maksud dengan memberikan perumpamaan kepada sesuatu perkara yang lain yang serupa dengannya.  Mengikut Za’ba (2002: 170) perumpamaan ialah sejenis peribahasa yang menyebut sesuatu maksud dengan diumpamakan kepada sesuatu perkara lain dan oleh sebab itu jadi ertinya dua lapis.   Contohnya “Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain”. Seperti bumi dengan langit          
  1. Seperti api dalam sekam
 
  1. Seperti anjing dengan kucing

 

Lain-lain16.03.2010

Kembali ke atas