Dalam percakapan seharian, terdapat ungkapan " saya tak kesah" (e taring), yang bermaksud "saya tak ambil hati". tetapi saya tidak dapat mencari ejaan yang betul bagi "kesah" dalam kamus. Saya telah merujuk kepada entri "kisah" dan "kesah" tetapi kedua-dua entri tidak menunjukkan maksud berkenaan. Apakah ejaan sebenar bagi perkataan ini? | Ejaan yang betul bagi bahasa percakapan tersebut ialah "saya tidak kisah" (tetapi disebut kesah). Walau bagaimanapun tidak ada data dalam sumber rujukan kami tentang ungkapan berkenaan. | Tatabahasa | 01.09.2012 |
perbezaan bahasa biasa yang digunakan seharian dengan bahasa sastera? | Bahasa biasa ialah bahasa pengucapan yang digunakan sehari-hari, manakala bahasa sastera atau laras sastera banyak digunakan dalam karya kreatif. Saudara digalakkan mengunjungi perpustakaan atau mana-mana pusat sumber untuk mendapatkan lanjut. Terima kasih. | Lain-lain | 05.02.2009 |
Berikan keterangan tentang kata larangan taboo dalam bahasa melayu termasuk definisi dan contoh penggunaan seharian? | Taboo dalam bahasa Melayu disebut larangan atau pantang larang seperti dalam contoh ayat, Banyak pantang larang mengenai wanita daripada mengenai lelaki dalam masyarakat itu. | Makna | 02.07.2010 |
ADAKAH PERKATAAN 'TIM' DALAM BAHASA INGGERIS 'TEAM' DIDAFTARKAN SEBAGAI BAHASA MELAYU DAN BOLEH DIGUNAPAKAI DALAM PENGGUNAAN SEHARIAN | Padanan team dalam bahasa Melayu ialah pasukan atau kumpulan. | Istilah | 08.11.2009 |
APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN HUKUM D-M? MENGAPAKAH BANYAK KESALAHAN YANG BERKAITAN DENGAN HUKUM D-M DALAM PENGGUNAAN KITA SEHARIAN. | Hukum D-M ialah yang diterangkan dan yang menerangkan. Dalam peraturan ini unsur yang diterangkan itu merupakan unsur inti yang hadir pada kedudukan pertama dan unsur yang menerangkan merupakan unsur penerang yang hadir pada kedudukan yang kedua. Dalam penggunaan harian terdapat penerang yang mendahului unsur yang diterangkan. Hal ini boleh berlaku akibat kebiasaan dalam penggunaan dan diterima sebagai kekecualian dalam bahasa Melayu. | Tatabahasa | 03.07.2011 |
Salam. Adakah sebutan baku masih diguna pakai pada zaman sekarang atau sudah beransur dingin? | Sebutan baku merupakan penggunaan bahasa Melayu yang betul, yang digunakan oleh rakyat Malaysia dalam komunikasi seharian. DBP bersama-sama rakyat Malaysia berusaha untuk memartabatkan penggunaan bahasa Kebangsaan yang betul dan berkesan. | Lain-lain | 25.07.2013 |
Dalam ayat, penggunaan nombor satu (1) hingga sembilan (9) dieja penuh,iaitu satu, dua hingga sembilan. bagaiman pula dalam ayat matematik? contoh: Situasi berikut menunjukkan satu contoh kegunaan pecahan dalam kehidupan seharian. 3 orang sahabat berkongsi secara adil 1 biji kek. ‘Satu pertiga’ ditulis sebagai, 1 mewakili bahagian yang diberi kepada setiap orang. 3 mewakili bahagian yang sama rata daripada keseluruhan kek. tq | Dalam ayat nombor satu hingga sembilan dieja sepenuhnya. Walau bagaimanapun peraturan ini ditekankan dalam ayat matematik. Ayat matematik ditulis unitnya (1, 2 dan seterusnya) agar tidak mengelirukan pembaca/pelajar. | Tatabahasa | 26.01.2011 |
adakah perkataan spesial atau perkataan yang diubah suai guna daripada perkataan inggeris 'special' didalan kamus bahasa melayu? | Spesial (daripada kata special-bahasa Inggeris) seperti yg terdapat dalam kamus Dewan adalah bahasa percakapan seharian yg membawa makna istimewa, khas dan khusus. | Makna | 24.12.2006 |
apakah yang di maksudkan dengan pencemaran bahasa? adakah penggunaan bahasa dialek/loghat juga merupakan salah satu pencemaran bahasa? | Pencemaran bahasa ialah menggunakan atau mencampurkan bahasa asing dengan bahasa asli dalam percakapan dan penggunaan seharian atau rasmi. Penggunaan dialek/loghat bukan termasuk dalam pencemaran bahasa. | Lain-lain | 27.02.2007 |
Assalamualaikum, saya ingin mendapatkan penjelasan dari DBP tentang tiga perkara yang bersangkutan dengan sebutan / bahasa baku. Pertama, apakah yang dimaksudkan dengan baku sebenarnya dalam kontek bahasa? Kedua, sejauh manakah penggunaan sebutan / bahasa baku dalam kehidupan seharian masyarakat Malaysia? Ketiga, apakah pendirian rasmi Kerajaan Malaysia dalam isu baku ini kerana terdapat banyak keputusan / tindakan yang bercanggah dan tidak konsisten yang mengelirukan pengguna / rakyat dewasa ini. Justeru, pandangan muktamad serta pendirian DBP amat diharapkan dan sekiranya terdapat langkah atau usaha ke arah menguatkuasakannya semula, pohon diberi penjelasan juga. Terima kasih. | Bahasa baku bermaksud sistem bahasa yang digunakan seragam dan mengikut rumus-rumus dan peraturan bahasa yang ditetapkan dan digunakan dalam suasana rasmi. Komponen yang terdapat dalam bahasa baku ialah ejaan, tatabahasa, peristilahan, perbendaharaan kata, gaya atau laras bahasa dan sebutan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang sejauh manakah penggunaan bahasa baku dalam kehidupan rakyat Malaysia dan pendirian kerajaan Malaysia berhubung hal ini, sila rujuk buku-buku berkenaan, makalah atau pusat rujukan berkaitan. | Lain-lain | 29.07.2010 |