Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.hing.ga] | سهيڠݢ

Definisi : sampai ke (bkn masa dll); sampai menjadi: Mengkuang itu dijemur di atas padang atau di tempat-tempat yg lapang ~ kering. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hingga
1. Bersinonim dengan batas
( had, takat, sempadan, )
(kata nama:)

2. Dalam konteks waktu
bersinonim dengan sampai, lajak, takat,
(kata nama:)

3. Bersinonim dengan menyebabkan
( membawa ke, mengakibatkan, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : sehingga, hinggakan, sehinggakan, berhingga, menghinggakan, terhingga, perhinggaan,

Peribahasa

Barang tergenggam jatuh terlepas.

Bermaksud :

Menderita kemalangan sehingga barang yang sudah dimiliki hilang.

 

Lihat selanjutnya...(35)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah perbezaan antara penggunaan "hingga" dan " sehingga"?...adakah 'sehingga" merupakan kata sendi nama?Kata sendi nama hingga digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud perihal peringkat dan had masa , waktu atau tempat.

Contoh : Pegawai itu berjaga hingga pagi.
            Anak-anaknya belajar hingga peringkat universiti.


Manakala sehingga digunakan sama dengan hingga tetapi had masa tidak tentu/ditetapkan.

Contoh : Kami akan bersama-sama sehingga akhir hayat.
               Pasangan itu berjanji akan setia sehingga hujung nyawa.
Tatabahasa18.07.2013
Kami menonton televisyen sehingga larut malam. sehingga atau hingga- mana yang betul'Sehingga' dan 'hingga' dalam contoh ayat tersebut boleh digunakan kerana kedua-duanya menunjukkan sampai ke atau had.Tatabahasa30.04.2008
Saya ingin tahu tentang: 1. Perbezaan perkataan a. mengandung denagan mengandungi b. boleh dengan dapat c. banyak dengan ramai 2. Sama ada betul atau salah frasa a. ....sehingga kepada anak cucu b.......sehingga ke malam c....sehingga anak cucu d. .....sehingga malam. Terima kasih

Encik Ishak,

Jawapan soalan tuan adalah seperti yang berikut:

1  (a).  Untuk makluman tuan, kata mengandung dan mengandungi mempunyai perbezaan makna dan fungsi. Kata mengandung membawa maksud, iaitu hamil. Contohnya, Halimah sudah mengandung kira-kira dua bulan. Manakala mengandungi membawa maksud berisi, memuat, atau membawa sesuatu dalam bekas dan sebagainya. Contohnya; Dokumen yang dibawa oleh Ali  itu mengandungi maklumat yang rahsia. 

1  (b) Kata boleh dan dapat merupakan golongan kata bantu yang menyatakan atau menerangkan yang berkait dengan perbuatan yang dilakukan. Walau bagaimanapun, kedua-kedua kata bantu ini mempunyai makna dan tugas yang berbeza.  Kata dapat membawa maksud kemampuan atau keupayaan apabila  kata dapat  digunakan sebelum kata kerja, seperti dapat datang, dapat berlari  dan dapat menendang. Oleh itu, kata dapat bermaksud perbuatan tertentu dan berupaya dilakukan atau berjaya dilaksanakan. Manakala boleh membawa maksud keizinan digunakan sebelum kata kerja, seperti boleh dimakan, boleh dipegang, boleh dibawa. Hal ini bermakna, dapat ialah kemampuan melakukan sesuatu, manakala boleh ialah diizinkan melakukan sesuatu.

1  (c) Ramai merujuk suasana orang yang ramai di sesuatu tempat manakala banyak orang  merujuk bilangan orang yang terdapat di tempat berkenaan. 

2.   C. sehingga anak cucu

     D. sehingga malam

 

Tatabahasa13.05.2009
Salam Sejahtera, Mohon pencerahan mengenai penggunaan 'hingga' dan 'sehingga' bagi ayat berikut: Bilangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) hingga/sehingga 31 Mac 2015 - perkataan mana yang sesuai ? Hingga/Sehingga. Terima Kasih.Kata sendi nama hingga digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud perihal peringkat dan had masa , waktu atau tempat. Contoh: Kelas tambahan akan diadakan pada setiap hari Sabtu dari pukul 9.00 pagi hingga pukul 12.00 tengah hari. Manakala sehingga digunakan sama dengan hingga tetapi had masa tidak tentu/ditetapkan. Contoh: Kami akan bersama-sama sehingga akhir hayat. Namun adakalanya hingga juga membawa maksud sehingga, iaitu sampai pada keadaan atau masa. Berdasarkan contoh yang diberikan, hingga dan sehingga boleh digunakan dalam konteks yang tersebut.
               
Tatabahasa21.07.2015
sehingga setakat ini, saya belum menerima maklum balas daripada pihak dbp tentang pertanyaan saya, kata 'sanggup' tergolong kata apa?Perkataan sanggup tergolong dalam golongan kata kerja.Tatabahasa30.09.2013
sehingga beberapa lamanya tiada dapat kalah sebelah jemelah. ( munsyi, inilah petikan daripada Hikayat Seri Kelantan, apakah maksud jemelah mengikut sastera lama? TK)Tidak ada makna perkataan jemelah dalam sumber rujukan kami.Makna02.04.2012
sehingga kedewasaansehingga kedewasaanTatabahasa28.07.2008
1. Ibu mengisar cili ( sehingga / hingga ) lumat. 2. Olahragawan ( jatuh pada tangan / jatuh pada ) Ali.1. Jawapan yang tepat: Ibu mengisar cili sehingga lumat.

'Hingga' bermaksud garis terakhir, batas; sampai ke (had tempat, waktu, dll). Contoh : percakapan terhenti hingga itu; hingga kini. 'Sehingga' bermaksud sampai pada keadaan (masa,dll); sampai menjadi; setelah (sudah). Contoh : sehingga matahari telah condong ke barat, barulah Si Tanggang berkayuh balik.

2.  Soalan kedua sukar difahami.  Minta maaf.
Lain-lain21.09.2014
Dia terus menabur bakti kepada masyarakat sehingga ke akhir hayatnya. Ungkapan “sehingga ke akhir hayat” betul atau salah? Jika salah, mohon cadangkan ungkapan yang betul. Terima kasih.

Saudara,

Ungkapan yang betul adalah ' Dia terus menabur bakti kepada masyarakat sehingga akhir hayatnya'.

Tatabahasa27.11.2009
Mohon pencerahan berkenaan dengan penggunaan kata setakat dan sehingga, yang manakah betul? "Bilangan penerima bantuan setakat 30 April 2015" atau "bilangan penerima bantuan sehingga 30 April 2015?" Terima kasih.Setakat dan sehingga membawa maksud yang sama, iaitu sampai ke had.Tatabahasa13.05.2015
12345678910...

Kembali ke atas