bagaimanakah penggunaan ayat sehubungan itu.? Adakah sehubungan dengan itu atau sehubungan itu ? | Jawapan yang betul ialah "Sehubungan dengan itu," | Lain-lain | 13.01.2023 |
Bersama-sama dengan ini @ Bersama-sama ini... Sehubungan itu, @ Sehubungan dengan itu, Mohon dijelaskan dalam laras bahasa surat disebabkan berlaku kecelaruan dalam surat-menyurat. Tk. | Frasa yang betul ialah "Bersama-sama... ini" dan "Sehubungan dengan itu," | Tatabahasa | 30.05.2012 |
Penggunaan dalam ayat: Sehubungan dengan itu, atau Sehubungan itu, yang mana satu betul penggunaannya. terima kasih | Frasa yang paling tepat ialah Sehubungan dengan itu. | Tatabahasa | 21.11.2019 |
manakah yang tepat, pertama, sehubungan itu atau sehubungan dengan itu, sekaligus atau sekali gus, sejak kebelakangan ini atau sejak belakangan ini. | 1. Sehubungan dengan itu 2. sekali gus 3. sejak kebelakangan ini | Tatabahasa | 14.10.2014 |
sehubungan dengan itu | Tiada soalan dinyatakan. Jika berkenaan frasa "sehubungan dengan itu", frasa tersebut adalah betul. | Tatabahasa | 13.06.2013 |
Tuan, mohon penjelasan antara penggunaan: sehubungan itu atau sehubungan dengan itu Mana yang lebih tepat. Terima kasih | Frasa yang lebih tepat ialah "sehubungan dengan itu" kerana merujuk perkataan "berhubung dengan..." perlu ada perkataan dengan. | Tatabahasa | 22.01.2014 |
Penggunaan frasa "Sehubungan dengan itu..." dalam surat rasmi sebagai penghubung wacana adakah tepat? | Jika berkenaan frasa "sehubungan dengan itu", frasa tersebut adalah betul sebagai penghubung wacana. | Tatabahasa | 27.05.2015 |
Pertanyaan : Penggunaan bahasa seperti dijemput dan dipelawa ada perbezaankah maksudnya? cth: untuk surat rasmi kerajaan: Sehubungan dengan itu, tuan/npuan adalah dijemput untuk mengemukakan pencalonan atau pun Sehubungan dengan itu tuan/puan adalah dipelawa untuk mengemukakan pencalonan. Yang manakah sesuai untuk digunapakai dalam surat rasmi? terima kasih | Maksud: 1. Jemput: menyambut, mengalu-alu (kedatangan seseorang) 2. Pelawa: mengajak, mempersilakan, ajakan undangan Oleh itu, jawapan yang tepat ialah "Sehubungan dengan itu tuan/puan adalah dipelawa untuk mengemukakan pencalonan. | Istilah | 19.06.2014 |
bagaimanakah membina ayat berikut dengan betul? Sehubungan dengan itu, dapat disimpulkan bahawa ketiga-tiga kumpulan ikhtisas responden mempunyai reaksi yang pelbagai terhadap pernyataan cadangan untuk penambahbaikan dasar, latihan dan perkhidmatan keguruan | Sehubungan dengan itu, dapat disimpulkan bahawa ketiga-tiga kumpulan ikhtisas responden mempunyai reaksi yang pelbagai terhadap pernyataan cadangan untuk penambahbaikan dasar, latihan dan perkhidmatan keguruan. Ayat ini betul. | Tatabahasa | 02.02.2015 |
Selamat sejahtera tuan/puan, 1. Ini disebabkan oleh kecuaiannya. 2.Hal ini disebabkan oleh kecuaiannya. 3 sehubungan itu atau sehubungan dengan itu ayat 1 atau ayat 2 ,mana yang betul, atau kedua-dua ayat betul? untuk ayat 3, mana satu frasa dikira betul? Terima kasih didahulukan | Frasa yang gramatis adalah seperti berikut: 1. Hal ini disebabkan oleh kecuaiannya. 2. Sehubungan dengan itu,.. | Tatabahasa | 01.07.2014 |