| bagaimanakah penggunaan ayat sehubungan itu.? Adakah sehubungan dengan itu atau sehubungan itu ? | Jawapan yang betul ialah "Sehubungan dengan itu," | Lain-lain | 13.01.2023 |
| Bersama-sama dengan ini @ Bersama-sama ini... Sehubungan itu, @ Sehubungan dengan itu, Mohon dijelaskan dalam laras bahasa surat disebabkan berlaku kecelaruan dalam surat-menyurat. Tk. | Frasa yang betul ialah "Bersama-sama... ini" dan "Sehubungan dengan itu," | Tatabahasa | 30.05.2012 |
| Salam sejahtera. Dengan segala hormatnya saya ingin memohon pencerahan berkaitan ayat yang betul sama ada " Sehubungan itu, kerjasama daripada YBhg. Datin/ tuan/ puan, dimohon untuk memberi pelepasan kepada peserta" atau ayat " Sehubungan itu, kerjasama YBhg. Datin/ tuan/ puan, dimohon untuk memberi pelepasan kepada peserta". Adakah perkataan "daripada" antara perkataan kerjasama dan YBhg. Datin itu betul dari segi tatabahasa. Terima kasih. | Kata sendi “daripada” perlu digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama. Oleh yang demikian ayat yang betul ialah "Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama daripada YBhg. Datin/tuan/puan untuk memberikan pelepasan kepada peserta.". Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014), halaman 269 – 272. | Tatabahasa | 02.02.2024 |
| manakah yang tepat, pertama, sehubungan itu atau sehubungan dengan itu, sekaligus atau sekali gus, sejak kebelakangan ini atau sejak belakangan ini. | 1. Sehubungan dengan itu 2. sekali gus 3. sejak kebelakangan ini | Tatabahasa | 14.10.2014 |
| Penggunaan dalam ayat: Sehubungan dengan itu, atau Sehubungan itu, yang mana satu betul penggunaannya. terima kasih | Frasa yang paling tepat ialah Sehubungan dengan itu. | Tatabahasa | 21.11.2019 |
| Tuan, mohon penjelasan antara penggunaan: sehubungan itu atau sehubungan dengan itu Mana yang lebih tepat. Terima kasih | Frasa yang lebih tepat ialah "sehubungan dengan itu" kerana merujuk perkataan "berhubung dengan..." perlu ada perkataan dengan. | Tatabahasa | 22.01.2014 |
| Dalam Penulisan Surat Rasmi, adakah perkataan "Tuan" di dalam perenggan surat perlu ditulis huruf besar pada 'T' atau huruf kecil 't' contoh : (Sehubungan itu tuan diminta untuk mengemukakan laporan lengkap berkaitan acara di atas.) * Perkataan ditulis Tuan atau tuan | Sekiranya penggunaan perkataan "Tuan" pada permulaan ayat, huruf "T" perlu ditulis menggunakan huruf besar. Sekiranya perkataan "Tuan" tersebut digunakan secara umum dalam ayat, seperti ayat yang dinyatakan "Sehubungan itu tuan diminta untuk mengemukakan laporan lengkap berkaitan acara di atas.", makan huruf "T" untuk "Tuan" perlu menggunakan huruf kecil menjadi "tuan". | Tatabahasa | 26.02.2015 |
| Pihak FAMA akan mengadakan program berkaitan durian. Sehubungan itu, kami ingin meminta cadangan dari pihak DBP tentang penggunaan perkataan Fiesta Durian atau Pesta Durian. Mohon tindakan segera dari pihak tuan. Terima kasih. | Istilah yang betul ialah Pesta Durian. | Karya | 28.04.2016 |
| Untuk makluman, tahun 2026 adalah 70 tahun FELDA. Sehubungan itu, sempena 70 tahun FELDA, kami akan mencipta logo dan tagline. Cadangan kami adalah " 70 Tahun Memperkasakan Masa Hadapan" Mohon bantuan DBP untuk semakan | Slogan yang dikemukakan tidak sesuai kerana perkataan memperkasakan membawa maksud menjadikan sesuatu hebat, kuat, gagah dan sebagainya. Cadangan pihak kami ialah 70 Tahun yang Gemilang. Untuk maklumat yang lebih terperinci, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (terbitan 2021), halaman 1690. | Tatabahasa | 16.01.2026 |
| adakah dan juga bole digunakan dalam satu ayat? Contohnya "Sehubungan itu, satu sesi libat urus yang terdiri daripada Perbincangan Kumpulan Fokus "dan juga" Dialog Perundangan 3R mengenai isu tersebut telah diadakan bagi mengkaji keberkesanan perundangan sedia ada. | Perkataan dan juga boleh digunakan dalam satu ayat. Kamus Dewan Perdana memberikan takrifan dan juga sebagai serta. Sila rujuk Kamus Dewan Perdana hlmn. 475. | Tatabahasa | 21.11.2023 |