Adakah terjemahan di bawah sejadi dan difahami? Sasaran pembaca: orang awam. Cadangan penambahbaikan amat dihargai. Teks sumber: If the patient has fallen from greater than their own height, suffered a sudden deceleration, significant trauma above the shoulders, or other concerning mechanism of injury (MOI), instruct them not to move, or get a bystander or assistant to provide manual in-line stabilisation (MILS) of their C-Spine. Teks sasaran: Jika pesakit telah jatuh dari ketinggian yang lebih tinggi dari diri sendiri, mengalami hentaman mengejut, trauma yang kuat di bahagian atas bahu, atau mekanisme-mekanisme kecederaan yang lain, pastikan mereka tidak bergerak, ataupun dapatkan pembantu atau seseorang yang berada di tempat kejadian untuk membantu menstabilkan kepala agar leher (C-spine) dapat kekal lurus. | Puan perlu menghubungi Persatuan Penterjemah Malaysia dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia bagi tujuan ini. | Penyemakan dan penterjemahan | 17.02.2023 |
Salam sejahtera. Apakah terjemahan yang sejadi untuk perkataan 'endcap'? Perkataan ini merujuk kepada satu unit rak pameran barang jualan yang terletak di permulaan atau hujung rak utama (memanjang). Untuk tujuan pemasaran, barang jualan diletakkan di rak ini kerana lebih mudah dilihat pelanggan. Adakah sesuai untuk saya gunakan perkataan tukup hujung ( banyak digunakan dalam bidang kejuruteraan)? Pilihan terjemahan yang dapat saya fikirkan: -rak hujung -unit hujung rak - rak apit hujung atau terjemahan lain yang lebih sesuai; mohon bantuan. Terima kasih. | Setakat ini istilah yang ada bagai terjemahkan "end cap" ialah tukup hujung. Boleh juga menggunakan istilah ini. | Penyemakan dan penterjemahan | 17.06.2014 |
Assalamualaikum. Mohon berikan cadangan terjemahan bagi istilah "spoken word artist". Saya sudah membuat kajian tetapi masih gagal mencari padanan sejadi bagi istilah ini. Harap tuan/puan dapat membantu. Terima kasih. | Sila berikan konsep "spoken word artist" dan contoh penggunaannya untuk kami membuat semakan dan mencadangkan terjemahan yang sesuai.
| Penyemakan dan penterjemahan | 18.09.2015 |
Yang mana satu lebih tepat dari segi tatabahasa? (1) Rumah yang saya akan beli. (2) Rumah yang akan saya beli. Pada saya, kedua-duanya sejadi, tetapi saya tak pasti mana satu lebih tepat. Terima kasih. | Kedua-dua frasa "Rumah yang saya akan beli" dan "Rumah yang akan saya beli" betul dan boleh digunakan. | Tatabahasa | 04.09.2022 |
1)seorang murid lelaki menyusun meja dengan kemas 2) seorang murid lelaki mengelap cermin tingkap dengan baik. adakah kedua-dua ayat ini betul? | Kedua-dua ayat tersebut betul tetapi tidak sejadi (natural) kerana frasa kerjanya membayangkan ada pelaku tertentu yang telah melaksanakan perbuatan menyusun dan mengelap. Ayat yang sesuai ialah 1) Murid lelaki itu menyusun meja dengan kemas. 2) Murid lelaki itu mengelap cermin tingkap dengan baik. | Makna | 11.05.2011 |
Salam, Saya ingin bertanya padanan bahasa Melayu yang paling sesuai untuk ungkapan bahasa Inggeris berikut, "Open Water Race". Untuk makluman, ungkapan tersebut merujuk pertandingan renang yang diadakan di tempat selain kolam renang. Contohnya laut, tasik, sungai dll. Mengikut PRPM, open water swimming competition diterjemahkan sebagai pertandingan renang sejadi. Adakah perkara ini betul, kerana saya musykil akan kesahihannya. Sekian, terima kasih. | Untuk makluman, terdapat istilah "open water swimming competition" dalam bidang Sukan dan padanan bahasa Melayu untuk istilah ini ialah pertandingan renang sejadi. Huraian untuk istilah ini ialah: Kejohanan renang yang diadakan di luar kolam renang seperti laut, sungai, selat, tasik dan sebagainya. Oleh itu, istilah tersebut boleh digunakan. | Istilah | 24.09.2013 |
Salam sejahtera, Adakah struktur ayat yang berikut betul? "Defendan tidak mempunyai pengetahuan mengenai perenggan A dan meletakkan Plaintif di atas dasar beban bukti yang kukuh" Terima kasih kerana sudi membantu. | Ayat ini berkaitan bidang undang-undang. Dari segi struktur ayat ini betul, tetapi tidak gamatis atau sejadi kerana terjemahan langsung daripada bahasa Inggeris. Mohon berikan ayat dalam bahasa Inggeris supaya kami boleh mencadangkan perkataan yang lebih sesuai. Terima kasih. | Lain-lain | 23.04.2018 |
bolehkah perkataan KEMENJADIAN digunakan dalam bentuk penulisan ataupun secara lisan sedangkan entri ini belum dimuatkan lagi dalam mana-mana kamus dewan yang terkini. perkataan ini semakin meluas digunapakai sejak kebelakangan ini sama ada digunakan secara lisan atau penulisan. | Perkataan "kemenjadian" boleh dibentuk yang bermaksud perihal menjadi tetapi perkataan ini jarang - jarang atau tidak digunakan dalam mana-mana wacana. Kata terbitan daripada 'jadi' ialah : sejadi-jadinya')">sejadi-jadinya, menjadi, menjadi-jadi, menjadikan, terjadi, jadian, jadi-jadian, kejadian, | Ejaan | 20.05.2010 |
Apakah terjemahan paling tepat untuk perkataan ini? Terima kasih. 1) Likeability Contoh ayat: In the same vein, attitude towards organ donation registration was found to mediate the relationship between likeability and authenticity towards intention to register as organ donors. 2) Admirability Contoh ayat: Altruism was also found to moderate significantly on the relationships of admirability, charisma, celebrity-cause congruence on attitude. 3) Celebrity-Cause Congruence Contoh ayat: Altruism was also found to moderate significantly on the relationships of admirability, charisma, celebrity-cause congruence on attitude. | Cadangan padanan bahasa Melayu adalah seperti yang berikut: 1) Likeability = kesesuaian 2) Admirability = kekaguman 3) Celebrity-Cause Congruence = sikap yang menyerupai selebriti. Namun begitu, terjemahan yang sejadi (natural) perlu dilihat juga pada ayat sebelum dan ayat selepas ketiga-tiga perkataan tersebut. Sekian, terima kasih. | Penyemakan dan penterjemahan | 06.06.2017 |
Perhatikan ayat di bawah: "Tuhan, aku sungguh menuji-Mu!" Soalan: Bolehkah "sungguh" dipadankan dengan "menuji"? Jika tidak boleh, apakah jawapan yang sepatutnya... Terima Kasih. | Dalam Kamus Dewan edisi keempat, sungguh bererti 1. tidak bohong, benar, betul; 2. sungguh hati = sungguh-sungguh, tidak main-main, dengan segenap hati, dengan tekun; 3. amat sangat, terlalu; 4. memang, sebenarnya, sebetulnya. Dalam buku Nahu Melayu Mutakhir, halaman 368, dinyatakan bahawa adverba kesungguhan “mempersungguhkan” sesuatu perbuatan atau peristiwa. Contoh ayat: Dia betul-betul menafikan hal itu. Berdasarkan keterangan di atas, ayat “Tuhanku, aku sungguh memuji-Mu.” tidak salah. Namun, ayat “ Tuhanku, aku benar-benar memuji-Mu.” lebih sejadi. | Tatabahasa | 28.04.2011 |