Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sejambak


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat sejahtera. Saya ingin tanya tentang perbezaan penjodoh bilangan bagi bunga. (sejambak, setangkai, sekuntum dan sejambangan) Sekian terima kasih.Lihat kepada keaadan bunga tersebut, sekuntum bunga bermaksud satu bahagian bunga, setangkai bunga bermaksud bunga dan tangkainya, sejambak bunga bermaksud satu karangan atau satu berkas bunga dan sejambangan bunga ialah bunga dan pasunya sekali.Tatabahasa15.08.2014
Mohon penjelasan daripada pihak tuan tentang jawapan yang paling tepat bagi soalan berikut: Imran menyiapkan _______bunga di dalam pasu untuk dihadiahkan kepada guru kelasnya A. sejambak B. sekuntum C. setangkai D. sekaranganJawapan yang paling tepat:

Imran menyiapkan sejambak bunga di dalam pasu untuk dihadiahkan kepada guru kelasnya.
Lain-lain14.07.2015
Adakah 'seberkas' kunci itu betul? Kerana selama ini, kita hanya belajar sejambak kunci atau sebatang kunci sahaja.Kata bilangan untuk kunci:
  • 1 kunci - sebentuk kunci
  • lebih daripada 1 kunci - segugus kunci
Tatabahasa23.03.2019
Assalamualaikum... Saya ingin bertanya tentang penjodoh bilangan untuk lada hitam. Jika keadaan lada hitam itu terpisah tidak sejambak atau satu sahaja lada hitam, apakah penjodoh bilangan yang sesuai sebutir atau sebiji? Terima kasihWaalaikumussalam,

Penjodoh bilangan bagi lada hitam ialah sebutir kerana ia merujuk biji yang kecil-kecil seperti  padi.

Tatabahasa25.06.2015
Saya guru buku teks SMK Taman Molek Johor Bahru. Saya ingin membuat aduan berkaitan buku yang diterima pada 1 Januari 2015 bertajuk SEJAMBAK BAKTI TINGKATAN 1(F051123) tidak cukup muka surat. Jumlah buku yang bermasalah ini sebanyak 46 buah. Saya berharap pihak tuan dapat mengambil tindakan segera memandangkan jumlah buku yang bermasalah ini melibatkan 46 orang pelajar. Sekian terima kasih.

Untuk maklumat yang berkaitan mohon hubungi Encik Abdul Khalid bin Mohd Diah, Bahagian Pengedaran dan Pemasaran, Dewan Bahasa dan Pustaka melalui talian 03-89611836, 012-3176678 atau e-mel pp@dbp.gov.my.

Lain-lain14.01.2015
Salam, Saya ada satu soalan dan ingin mengetahui apakah jawapan yang paling tepat untuk soalan tersebut. Soalan adalah seperti dilampirkan Terima KasihJawapan yang tepat ialah D setangkai. Sejambak merujuk bilangan bunga yang banyak, manakala sekuntum merujuk kuntuman bunga. Dalam gambar yang diberikan, ditunjukkan wanita itu sedang memegang setangkai bunga sahaja yang dimasukkan ke dalam pasu. Tatabahasa02.11.2010
apakah penjodoh bilangan bagi rumput?Tidak semua benda boleh diberikan penjodoh bilangan. Untuk makluman saudara rumput tidak boleh diberikan unit tertentu untuk digandingkan dengan mana-mana penjodoh bilangan sama ada sehelai, sekuntum, sejambak, segugus dan sebagainya.Tatabahasa09.03.2010
Mohon pencerahan penggunaan penjodoh bilangan berikut: Ayat 1:Syura menempah beberapa JAMBANGAN/JAMBAK bunga untuk majlis hari lahir adiknya. Penjodoh bilangan jambangan atau.jambak yang paling sesuai berdasarkan ayat di atas?Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, jambak bermaksud karangan (bunga, kunci, dan lain-lain), rangkai, berkas: sejambak bunga. Manakala jambangan bermaksud tempat mele­takkan bunga dan pasu bunga. Berdasarkan huraian di atas, perkataan yang paling betul ialah jambak.Tatabahasa10.01.2017
tuan/puan bagi saya 5 kata-kata aluan

Saudara, frasa yang betul ialah kata alu-aluan, bukan kata-kata aluan. Contoh kata alu-aluan yang biasa terdapat dalam teks ucapan yang dimuatkan dalam buku cenderamata / program sesuatu majlis ialah sekapur sirih, seulas pinang, setitis tinta, seuntai madah, sejambak bicara dsbnya. 

 

Lain-lain01.09.2009
Salam Saudara/Saudari, 1) Mohon tunjuk ajar cara pengunaan ke dan kepada. (Mohon tunjukkan contoh sekali) 2) Apakah sinonim yang profesional bagi "dihantar"? 2) Adakah yang berikut betul? "Harap maklum bahawa permohonan anda telah dihantar kepada Jabatan X" atau "Harap maklum bahawa permohonan anda telah dihantar ke Jabatan X"1. Kata sendi nama "ke" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju dan digunakan juga di hadapan kata nama yang menunjukkan waktu atau masa. Contoh:
i. Mereka akan ke Kuantan esok
ii. Mereka mengadakan pemeriksaan dari semasa ke semasa. 

Kata sendi nama "kepada" terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad, menyatakan pecahan dan menyatakan perubahan keadaan. Contoh:
i. Sila kembalikan borang ini kepada kerani pejabat itu
ii. Peserta bengkel dibahagikan kepada dua kumpulan
iii. Keadaan ekonomi berubah kepada tahap yang lebih baik.

3. Apa yang dimaksudkan sinonim yang professional bagi "dihantar", tidak jelas. Berikut makna bahgi "hantar"
1 menemani, mengawani, mengiringi orang berjalan: Dia ~ neneknya pulang ke Ipoh.
2 membawa; mengirim: Posmen ~ surat ke rumah Ali.
3 memasukkan ke (sekolah dsb); membiayai pelajaran dll: Banyak ibu bapa yg ~ anak mereka belajar di sekolah itu. Setiap tahun, kerajaan ~ para pelajar ke luar negara utk melanjutkan pelajaran.
4 mengirim (membawa) ke sesuatu tempat utk sesuatu tujuan: Negara kita telah ~ dua orang peserta dlm perlumbaan itu. ~ manusia ke bulan; ~ pasukan tentera ke perbatasan.
5 memberikan (menendang, memukul dsb) bola, bulu tangkis dll: Bulu tangkis itu dihantar betul-betul atas garisan tepi gelanggang. menghantari menghantar sesuatu kpd; mengirimi: Dia dihantari sejambak bunga. hantaran 1 sesuatu yg dihantar; kiriman. 2 = wang ~ wang yg dihantar oleh pihak pengantin lelaki kpd pihak pengantin perempuan. 3 barang-barang spt pa­kaian, makanan yg berupa hadiah yg dibawa bersama wang hantaran oleh pihak pengantin lelaki utk pengantin perempuan. penghantaran perbuatan atau proses menghantar: Saraf tunjang mempunyai tugas yg berkaitan dgn ~ rangsang ke otak. penghantar 1 orang yg menghantar: ~ surat khabar. 2 alat utk menghantar.

3. Ayat yang betul, "Harap maklum bahawa permohonan anda telah dihantar ke Jabatan X"

Tatabahasa19.08.2015

Kembali ke atas