Tuan, saya ingin memyemak ejaan perkataan berikut: (1) buku Sejarah atau buku sejarah (2) ahli Sejarah atau ahli sejarah (3) cikgu Sejarah atau cikgu sejarah (4) mata pelajaran Sejarah atau mata pelajaran sejarah (5) pelajaran Sejarah atau pelajaran sejarah (6) latihan Sejarah atau latihan sejarah | Untuk makluman, perkataan "sejarah" dieja dengan huruf kecil. Huruf besar "S" digunakan sekiranya perkataan ini merujuk kepada nama mata pelajaran yang merupakan nama khas. 1. buku Sejarah (sekiranya merujuk kepada nama mata pelajaran), buku sejarah sekiranya tidak merujuk kepada nama mata pelajaran 2. ahli sejarah 3. cikgu Sejarah (sekiranya merujuk kepada nama mata pelajaran Sejarah) 4. mata pelajaran Sejarah 5. pelajaran Sejarah (sekiranya merujuk kepada nama mata pelajaran), pelajaran sejarah sekiranya tidak merujuk kepada nama mata pelajaran 6. latihan Sejarah ((sekiranya merujuk kepada nama mata pelajaran), latihan sejarah sekiranya tidak merujuk kepada nama mata pelajaran
| Ejaan | 10.05.2012 |
Tuan, saya ingin memyemak ejaan perkataan berikut: (1) buku Sejarah atau buku sejarah (2) ahli Sejarah atau ahli sejarah (3) cikgu Sejarah atau cikgu sejarah (4) mata pelajaran Sejarah atau mata pelajaran sejarah (5) pelajaran Sejarah atau pelajaran sejarah (6) latihan Sejarah atau latihan sejarah Terima kasih. | Untuk makluman, perkataan "sejarah" dieja dengan huruf kecil. Huruf besar "S" digunakan sekiranya perkataan ini merujuk kepada nama mata pelajaran yang merupakan nama khas. 1. buku Sejarah (sekiranya merujuk kepada nama mata pelajaran), buku sejarah sekiranya tidak merujuk kepada nama mata pelajaran 2. ahli sejarah 3. cikgu Sejarah (sekiranya merujuk kepada nama mata pelajaran Sejarah) 4. mata pelajaran Sejarah 5. pelajaran Sejarah (sekiranya merujuk kepada nama mata pelajaran), pelajaran sejarah sekiranya tidak merujuk kepada nama mata pelajaran 6. latihan Sejarah ((sekiranya merujuk kepada nama mata pelajaran), latihan sejarah sekiranya tidak merujuk kepada nama mata pelajaran
| Ejaan | 10.05.2012 |
sejarah pembinaan bahasa melayu | Bahasa Melayu tergolong dalam rumpun Austronesia. Sejarah bahasa Melayu mempunyai sejarah yang panjang. Pakar-pakar LInguistik percaya sejarah bahasa Melayu bermula pada abad ke-7. Bahasa Melayu telah menjadi bahasa kerajaan semasa pemerintahan kerajaan Srivijaya. Perkembangan bahasa Melayu berterusan dan pada abad ke-16, bahasa Melayu telah menjadi bahasa ilmu, bahasa agama, bahasa undang-undang, bahasa ketatanegaraan, bahasa diplomasi, dan bahasa peredagangan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku bertajuk Malay : World Language oleh James T. Collin, Perancangan Bahasa di Asia Tenggara oleh Prof Abdullah Hassan, Parancangan Bahasa dengan Rujukan Khas kepada Perancangan bahasa Melayu oleh Prof Asmah Hj Omar, dan Ceritera Bahasa oleh Prof Awang Sariyan. | Lain-lain | 01.09.2007 |
definisi sejarah sastera | Sastera sejarah adalah suatu cabang daripada kesusasteraan Melayu tradisional yang membicarakan sejarah sesebuah kerajaan. Secara umum sastera sejarah sering kali memakai judul permulaan sebagai hikayat, silsilah, salasilah, misa dan tawarikh seperti Hikayat Raja-raja Pasai, Hikayat Acheh, Silsilah Melayu dan Bugis, Misa Melayu dan Tawarikh Salasilah Negeri Kedah. Bentuk sastera sejarah boleh dibahagikan kepada dua, iaitu dalam bentuk prosa dan bentuk puisi. Karya yang berbentuk prosa merupakan sejarah sesebuah kerajaan atau negeri tentang bangun dan jatuhnya sebuah kerajaan itu dengan menyenaraikan susur galur pemerintahnya. Manakala bentuk puisi pula, lazimnya ditulis dalam bentuk syair yang menceritakan sesuatu peristiwa bersejarah yang berlaku dalam sesuatu tempoh waktu tertentu seperti Syair Perang Johor, Syair Kampung Gelam Terbakar, Syair Perang Siak dan sebagainya. Karya sastera sejarah, umumnya terbahagi kepada tiga jenis. Pertama karya sejarah yang meriwayatkan jurai keluarga diraja. Misalnya Sulalatus Salatin yang cukup terkenal dalam kalangan kita. Di dalam Sulalatus Salatin, pengarangnya, Tun Seri Lanang menjurai asal usul keturunan raja Melayu dari awal hingga kejatuhan kerajaan Melayu Melaka. Jenis sastera sejarah yang kedua pula hanya memfokuskan kisah seseorang tokoh seperti dalam Hikayat Acheh yang menceritakan tentang ketokohan Raja Iskandar Muda. Sastera sejarah yang menekankan pada sesuatu peristiwa seperti Syiar Kampung Gelam Terbakar dan Perang Makasar adalah jenis karya sastera yang ketiga. Salah satu ciri yang menyebabkan sastera sejarah tidak dianggap sepenuhnya sejarah kerana ada unsur-unsur mitos dan legenda serta unsur-unsur fiksyen-fantasi yang turut dimuatkan oleh para pengarang sastera sejarah. Unsur-unsur ini dimuat adalah dengan tujuan-tujuan tertentu seperti untuk menambahkan faktor kekaguman rakyat kepada kebesaran sesebuah kerajaan atau jurai keturunannya. | Lain-lain | 06.08.2008 |
minat terhadap sejarah dan minat akan sejarah. Kata sendi nama yang mana betul? | Minat terhadap Sejarah. Untuk keterangan lanjut berkaitan dengan Tatabahasa, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 07.04.2009 |
Ejaan; buku teks sejarah @ Buku Teks Sejarah? | Salam sejahtera, Buku Teks Sejarah | Ejaan | 07.01.2013 |
setiap budaya mempunyai sejarah perkembangannya sendiri. Berikan sejarah perkembangan Kebudayaan Melayu dan huraikan bagaimana ciri-ciri kebudayaan mempengaruhi perkembangan kebudayaan Melayu. | Saudari boleh merujuk pada bahan seperti dibawah : 1. Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan MElayu terbitan DBP tahun 1999 | Lain-lain | 20.04.2008 |
MAKSUD HISTORIOGRAFI? | Maksudnya ialah atau kaedah pengajian sejarah; penulisan sejarah; karya atau hasil penulisan berkaitan dgn sejarah. Harap maklum. | Makna | 26.08.2008 |
sejarah dialek negeri sembilan, perbezaan dialek negeri sembilan dengan bahasa baku? | Sejarah dialek Negeri Sembilan (NS) semestinya sama dengan sejarah NS. Sila rujuk buku Sejarah Negeri Sembilan. Perbezaan dialek NS dengan bahasa baku ialah, dialek NS dituturkan oleh orang Negeri Sembilan dan dialek ini tidak digunakan dalam situasi rasmi. Bahasa baku ialah bahasa standard yang dituturkan dalam situasi rasmi, di seluruh negara. Bahasa Melayu baku juga ialah bahasa pengantar yang digunakan di sekolah-sekolah dan pusat pengajian tinggi. | Lain-lain | 24.01.2007 |
Sejarah memberikan teladan dan iktibar kepada masyarakat kita agar dapat terus ____ ke hadapan tanpa mengulangi kesilapan yang telah dilakukan oleh masyarakat terdahulu. Perkataan "melangkah" sesuai ?? | Antara maksud langkah ialah perbuatan/pekerjaan yang baru bermula. Jika ayat tersebut merujuk asas kepada perbuatan/perkara tersebut, maka perkataan melangkah boleh digunakan. | Tatabahasa | 17.08.2013 |