Sejauh mana kepentingan warna dalam kehidupan seharian? atau Sejauh mana signifikasi warna dalam kehidupan seharian? | Sekiranya ada perkataan Melayu yang boleh digunakan lebih baik menggunakan bahasa Melayu dalam penulisan. Walau bagaimanapun signifikasi lebih membawa maksud "penandaan" atau "pemaknaan" dan bukan "kepentingan".
| Lain-lain | 08.03.2016 |
Salam Sejahtera dan Selamat Pagi, Terima kasih atas semua jawapan yang diberikan tadi. Saya ada satu lagi soalan tentang istilah "sejauh mana". Yang saya tahu, perkataan 'mana' hanya boleh digunakan untuk ayat pertanyaan. Bagaimana pula dengan "ketentuan-ketentuan yg menyatakan sejauh mana atau sebanyak mana kuasa yg ada pd atau yg boleh digunakan oleh seseorang" yang saya ambil dari http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=sejauh+mana&d=158212LIHATSINI. Adakah ini bermakna istilah "sejauh mana" boleh digunakan untuk ayat bukan pertanyaan? Terima kasih. | Perkataan sejauh mana bermaksud had mana atau hingga mana. Perkataan sejauh mana boleh digunakan untuk ayat seperti yang dinyatakan dalam soalan tersebut. | Tatabahasa | 08.10.2019 |
sejauh mana kejayaan 3m setakat ini dan apa perbezaan bahasa melayu dengan bahasa malaysia | Tidak ada maklumat tentang status kejayaan kemahiran asas 3M dalam pangkalan data kami. Sila rujuk kepada sumber yang sahih (Kementerian Pelajaran Malaysia) untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan. Kedua-duanya betul dan merujuk perkara yang sama. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu, maka nama rasmi bahasa kebangsaan negara Malaysia ialah bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, dalam konteks komunikasi sosial apabila merujuk kepada bahasa yang menjadi sistem komunikasi bersama rakyat Malaysia, istilah bahasa Malaysia boleh digunakan di samping istilah bahasa Melayu. | Lain-lain | 03.07.2011 |
sejauh mana bahasa melayu telah tersebar? | Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai badan pembina dan perancang bahasa, sastera dan penerbitan mempunyai peranan sebagai penggerak aktiviti kebahasaan, kesusasteraan dan penerbitan. Dalam usaha memperkembangkan bahasa Melayu DBP melaksanakan pelbagai program melalui fungsi pengukuhan dasar bahasa kebangsaan, pemantauan,pemupukan, penataran, pekhidmatan dan penyebaran. Pelbagai kegiatan dilaksanakan melalui fungsi ini bagi memastikan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa perpaduan negara Malaysia terus diperkasakan. Untuk maklumat lanjut, saudara boleh mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka untuk membuat penyelidikan. | Lain-lain | 18.10.2010 |
sejauh mana penggunaan bahasa melayu baku dalam media massa di malaysia? | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, baku bermaksud bukan sesuatu yg diterima umum sbg betul dan sah (bentuknya, sifatnya, dll) dan dapat dijadikan asas perbandingan bagi bentuk dsb yg lain (bkn bahasa, sebutan, ejaan, dsb), standard: bahasa Melayu ~; sebutan ~ bahasa Melayu. Dalam media elektronik seperti televisyen, bahasa Melayu aku aspek sebutan diberi penekanan. Media cetak pula memberi penekanan kepada aspek ejaan, tatabahasa, struktur ayat, tanda baca dan lain-lain. Untuk pengetahuan tuan/puan, kami di DBP memantau semua program di media elektronik dan juga media cetak bagi memastikan penggunaan bahasa Melayu yang betul dari semasa ke semasa. Pegawai yang menjalankan pemantauan akan membuat surat teguran atau surat pujian jika menggunakan bahasa Melayu yang betul. Untuk keterangan lanjut, tuan/puan boleh merujuk buku-buku atau laman sesawang yang berkaitan untuk merujuk tentang penggunaan bahasa Melayu baku dalam media massa. Harap maklum. | Lain-lain | 26.07.2008 |
bahasa iklan. sejauh mana keberkesanannya | Sebagai media komunikasi umum, iklan yang mengandungi bahasa (tulisan) perlulah menggunakan bahasa kebangsaan, iaitu bahasa Melayu. Bahasa Melayu sebagai bahasa iklan di tempat awam dan khalayak ramai hendaklah memiliki ciri-ciri bahasa Melayu yang berkualiti tinggi dari segi isi dan bentuknya. Untuk melihat keberkesanan penggunaan bahasa Melayu dalam iklan, rujukan dan kajian haruslah dilakukan. Antara kesan yang dapat dilihat melalui penggunaan bahasa Melayu dalam pengiklanan ialah dapat memancarkan citra dan jati diri Malaysia, menyampaikan mesej dan maklumat dengan lebih jelas dan berkesan, melahirkan penulis iklan yang lebih kreatif dalam menggunakan bahasa Melayu dan lain-lain. | Lain-lain | 14.01.2007 |
saya ingin mengetahui dengan lebih mendalam mengenai sejauh mana penggunaan dan perkembangan bahasa melayu dalam sektor korporat di negara kita. adakah ia kian terhapus dengan penggunaan bahasa inggeris yang lebih meluas? apakah usaha ke arah memartabatkan bahasa melayu dalam sektor korporat yang telah dan akan diambil? | Bahasa Melayu masih menjadi bahasa rasami dan yang utama yang digunakan dalam sektor korporat selain penggunaan bahasa-bahasa lain. Usaha memartabatkan bahasa Melayu dilaksanakan melalui pelbagai kegiatan terutamanya kegiatan yang dilaksanakan dan dirancang dilaksanakan melalui Jawatankuasa Kerja Penyelarasan Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan Sektor Swasta(JAKSA) yang urus setianya di DBP. | Lain-lain | 29.08.2008 |
Apa istilah Bahasa Malaysia untuk "mindset"? Contohnya, mindset individu menentukan sejauh mana kerja itu dilaksanakan. | Padanan bahasa Melayu bagi "mindset" ialah penetapan minda. | Istilah | 22.10.2013 |
saya nak perkataan yang terjemahan bahasa inggeris ke bahasa malaysia selain daripada sejauh mana. | Perkataan bahasa Inggeris yang diterjemahkan ke bahasa Melayu tidak terhitung senarainya. Sila rujuk Kamus Inggeris Melayu Dewan dan buat rujukan helaian demi helaian. | Lain-lain | 03.10.2014 |
Salam sejahtera, Saya ingin bertanya tentang penggunaan perkataan ´mana´ dalam perkataan-perkataan di bawah: i) sejauh mana ii) had mana iii) hingga mana Saya agak keliru dengan penggunaan perkataan ´mana´ yang membentuk perkataan-perkataan di atas. Mengapakah perkataan ´mana´ tersebut tidak dianggap sebagai kata tanya khasnya apabila digunakan dalam ayat? Contoh ayat: i) Alat itu digunakan untuk mengukur sejauh mana kekuatan gempa bumi. | Mana ialah kata tanya. Dalam contoh ayat yang diberikan, ayat yang gramatis ialah "Alat itu digunakan untuk mengukur kekuatan gempa bumi". | Tatabahasa | 18.07.2018 |