Ayat-ayat berikut yang mana betul a) Kemampuan negara untuk bersaing di peringkat antarabangsa bergantung kepada sejumlah faktor tertentu. b) Kemampuan negara untuk bersaing di peringkat antarabangsa bergantung pada sejumlah faktor tertentu. | Pada. | Lain-lain | 27.04.2014 |
-kata nama -kata kerja -kata adjektif -kata tugas | Kata nama merankumi sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti dalam binaan frasa nama, dan lazimnya kata ini menamakan orang, haiwan, tempat, benda atau konnsep (lihat Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga halaman 83). Kata kerja ialah perkataan yang menjadi inti bagi binaan atau konsruksi frasa kerja. Frasa kerja terdiri daripada kata kerja yang boleh disertai beberapa unsur lain seperti kata bantu, objek, pelengkap, ayat komplemen, dan keterangan. Dua kumpulan utama golongan kata ialah kata kerja tak transitif dan kata kerja transitif. (rujuk Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga halaman 385). Kata adjektif atau kata sifat ialah perkataan yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif. Frasa adjektif boleh terdiri daripada hanya satu kata adjektif dan unsur-unsur keterangan yang lain seperti kata bantu atau kata penguat (sila rujuk Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga halaman 225). Kata tugasialah perkataan yang hadir dalam ayat, klausa,atau frasa untuk mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu sama ada sebagai penghubung, penerang, penguat, dan sebagainya. Berdasarkan tugas-tugas yang disebutkan di atas, maka kata tugas dapat dijeniskan kepada jenis-jenis yang berikut, antaranya: kata hubung, kata seru, kata tanya, kata perintah, kata bantu, kata penguat, kata nafi, kata pemeri, kata bilangan dan kata adverba. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga halaman 149. | Tatabahasa | 12.02.2010 |
erkataan memberi dan memberikan merupakan kata kerja transitif aktif. Perkataan memberi hendaklah diikuti oleh kata nama objek bernyawa, manakala memberikan hendaklah diikuti oleh kata nama objek tidak bernyawa. Diberi dan diberikan adalah bentuk pasif memberi dan memberikan. Oleh itu ayat "Sejumlah RM50000 diberi kepada pesakit jantung yang akan menjalani pembedahan secepat mungkin" adalah betul. terima kasih, tuan.. tetapi kalau memberikan diikuti dengan kata nama tidak bernyawa. maka, jawapan sepatutnya sejumlah wang diberikan kepada pesakit dan bukannya diberi kepada pesakit. ) terima kasih kerana kekeliruan semakin kurang. | Perkataan 'memberi' dan 'memberikan' merupakan kata kerja transitif aktif. Perkataan 'memberi' hendaklah diikuti oleh kata nama objek bernyawa, manakala 'memberikan' hendaklah diikuti oleh kata nama objek tidak bernyawa. Dan begitulah juga dalam bentuk pasif. Oleh itu, ayat "Sejumlah wang diberikan kepada pesakit" adalah gramatis. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul. | Tatabahasa | 23.07.2011 |
Tidak bolehkah meletakkan kata hubung di hadapan ayat? | Kata penyambung ayat ialah kata hubung, iaitu sejumlah perkataan yang bertugas menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi satu bentuk ayat yang berlapis, yang dikenali sebagai ayat majmuk. Berdasarkan yang tersebut kata hubung tidak boleh berada di depan ayat. | Tatabahasa | 27.10.2015 |
maksud wacana? | Wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat yang boleh terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian,dialog,bab,buku,siri buku dan sebagainya yang memperlihatkan hubungan dan perkembangan fikiran yang berurutan dan lengkap. | Tatabahasa | 12.03.2013 |
Apakah kata hubung bagi rangka ayam? Adakah 1 ekor rangka ayam? | Untuk makluman kata hubung ialah sejumlah perkataan yang bertugas menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi satu bentuk ayat yang berlapis, yang dikenali sebagai ayat majmuk. Contoh kata hubung ialah dan, atau, tetapi dan sambil. "Ekor" ialah penjodoh bilangan. Dalam konteks ini, penjodoh bilangan tidak perlu kerana bukan semua benda boleh diberi penjodoh bilangan. Oleh itu, gunakan "1 rangka ayam" sahaja. | Tatabahasa | 31.05.2012 |
apakah wacana dan penanda wacana? | Wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat yang boleh terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian,dialog,bab,buku,siri buku dan sebagainya yang memperlihatkan hubungan dan perkembangan fikiran yang berurutan dan lengkap. Bagi mewujudkan kesinambungan antara ayat dengan frasa dalam sesuatu wacana, penanda wacana digunakan. Terdapat lima jenis penanda wacana: penanda penghubung, rujukan,penggantian,leksikal dan elipsis atau pengguguran. Rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 28.03.2008 |
Salam dan selamat Sejahtera.Saya ingin membuat semakan mengenai penggunaan bahasa berhubung Piagam Pelanggan JPWPKL iaitu:- (i) membuat pindaan kepada sejumlah lapan (8) perkataan 'dari tarikh' kepada 'daripada tarikh' yang terdapat dalam Pernyataan Piagam Pelanggan No. 2 (1 perkataan); No. 5 ( 2 perkataan); No. 7 (1 perkataan); No. 8 (1 perkataan); No. 9 (1 perkataan); No. 10 (1 perkataan) dan No. 11 (1 perkataan) | Frasa yang betul ialah dari tarikh penerimaan bukannya daripada tarikh penerimaan. Kata sendi nama dari digunakan di hadapan kata nama auat frasa nama yang menyatakan arah, tempat, atau waktu. Tuan boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk maklumat lebih lanjut. | Tatabahasa | 03.09.2013 |
1. Tolong senaraikan jenis kata bilangan. 2. Adakah kata bilangan tingkat merupakan satu jenis kata bilangan? | Kata bilangan ialah sejumlah perkataan yang menjadi penerang jumlah frasa nama dan hadir sebelum frasa terebut. Kata bilangan dapat dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu a) kata bilangan menunjukkan jumlah yang tentu sifatnya disebut bilangan kardinal. Contohnya dua, dua puluh, sejuta dan sebagainya. b) kata bilangan yang menunjukkan bilangan tak tentu. Contohnya segala, semua beberapa, sedikit dan sebagainya. c) kata bilangan yang membawa maksud himpunan. Contohnya, ketiga-tiga, berabad-abad, berguni-guni dan sebagainya. d) kata bilangan yang membawa maksud pisahan. Contohnya maisng-masing, tiap-tiap dan sebagainya. e) kata bilangan yang membawa maksud pecahan. Contohnya setengah, sepertiga, dua pertiga dan sebagainya. Tidak ada kata bilangan tingkat, termasuk dalam kata bilangan yang menunjukkan jumlah yang tentu sifatnya disebut bilangan kardinal.
| Tatabahasa | 03.04.2013 |
apa yang dimaksudkan dengan WACANA | Wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat yang boleh terdiri daripada ayat,sejumlah ayat,ceraian,dialog,bab,buku,siri bukudan sebagainya yang memperlihatkan hubungan dan perkembangan fikiranyang berurutan dan lengkap. Dalam sesebuah wacana perkaitan antara unit bahasa yang terlibat melahirkan kesatuan yang utuh. Rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 523. | Makna | 02.04.2008 |