1. Pokok di kawasan perumahan itu amat tinggi sekali. 2. Dia mengambil satu sudu jem lalu menyapu jem itu pada roti. 3. Nenek segera dibawa ke hospital kerana dia keracunan makanan. 4. Pelancong yang berkunjung ke negeri Sarawak terpikat dengan keunikan budaya masyarakatnya. A. 1 dan 3 B. 2 dan 4 C. 1,2 dan 3 D. 2,3, dan 4 Apakah pilihan jawapan yang tepat? | Jawapan: B. 2 dan 4, 2. Dia mengambil satu sudu jem lalu menyapu jem itu pada roti. 4. Pelancong yang berkunjung ke negeri Sarawak terpikat dengan keunikan budaya masyarakatnya. | Tatabahasa | 04.02.2009 |
Salam sejahtera, Apakah yang dimaksudkan dengan "berdarah putih bertulang tunggal" dalam ayat contoh ini. ( Maka tatkala itu lalu ia pun teringatlah ia anak orang tuha-tuha, lalu ia bersahut saksilah pada ketika itu, "Jikalau aku anak orang tuha-tuha, berdarah putih bertulang tunggal, minta terangkatlah kota paritku sekali dengan istana mahligaiku ini dan hamba sahaja pergi jatuh ke dalam hutan tempat orang tiada sampai.") | Petikan tersebut terdapat dalam teks sastera. Penggunaan bahasa klasik dalam ayat iaitu berdarah putih bertulang tunggal bermaksud mempunyai darah putih dan tulang yang satu. | Sastera | 20.08.2013 |
Salam sejahtera, Apakah yang dimaksudkan dengan "orang tuha-tuha" sila rujuk ayat contoh dalam kesusasteraan ini. ( Maka tatkala itu lalu ia pun teringatlah ia anak orang tuha-tuha, lalu ia bersahut saksilah pada ketika itu, "Jikalau aku anak orang tuha-tuha, berdarah putih bertulang tunggal, minta terangkatlah kota paritku sekali dengan istana mahligaiku ini dan hamba sahaja pergi jatuh ke dalam hutan tempat orang tiada sampai.") | Tuha ialah perkataan dalam teks satera lama yang bermaksud tua. Maka frasa "anak orang tuha-tuha" bermaksud anak orang tua-tua. | Makna | 17.06.2013 |
bagaimana perkataan ini dieja. perlu dieja dekat atau dijarakkan 1. sekaligus atau sekali gus 2. keretapi atau kereta api 3. penambahbaikan atau penambah baikan 4. lalu lintas atau lalulintas 5.kemas kini atau kemaskini 6.Projek Landasan Keretapi Berkembar atau dieja dengan huruf kecil 7. pempiawaian atau pemiawaian 8. Rangkaian Kereta api Ekspres atau dieja dengan huruf kecil rangkaian Kereta api ekspres 9. Sistem Transit Aliran Ringan dieja dengan huruf kecil sistem transit aliran ringan 10.adakah Projek Landasan Keretapi Berkembar sebagai nama khas 11.adakah Rangkaian Kereta api Ekspres (ERL) sebagai nama khas | 1. sekali gus. 2.kereta api. 3.penambahbaikan. 4. lalu lintas. 5. kemas kini. 6. Projek Kereta Api Berkembar. 7. pemiawaian. 8. Rangkaian Kereta APi Ekspres. 9. Sistem Transit Aliran Ringan. 10. Kata nama khas. 12. Kata nama khas. | Tatabahasa | 20.05.2010 |
1.Adik menyarungkan kasut dekat kakinya lalu keluar dari rumah. 2.Walaupun sudah berusia,namun datuk masih teguh ke hutan mencari akar kayu. 3.Amboi,murah sekali telefon bimbit di kedai ini! 4.Sebaik sahaja kami melalui jalan ini,bangunan itu belum terbakar. 5.Pendapatannya sudah mencecah RM 10 000 sebulan sejak berniaga. 6.Linie yang sedang demam panas itu sering mengacau dengan memanggil-manggil nama ayah. 7.Pokok-pokok yang tumbang itu menahan perjalanan kenderaan. Soalan-soalan tersebut mana salah? | Semua soalan tersebut tidak gramatis, contohnya ayat pertama: penggunaan frasa 'dekat pada kaki' dan 'keluar dari rumah' adalah tidak tepat. Sepatutnya ayat tersebut menjadi: Adik menyarungkan kasut lalu keluar daripada rumah. Untuk soalan kedua hingga ketujuh, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 18.02.2012 |
Tuan, saya sekali lagi menghantar tanyaan yang bertajuk Kebingungan = Berasa Bingung dalam WordPad kerana terdapat tambah dan pembetulan. Sila tuan tatap soal saya lalu mengiktiraf kupasan saya. | Tuan, tidak semua kata adjektif yang diberi apitan ke-..an boleh diletakkan pada ayat yang sama. Orang ramai kebingungan. (betul) Orang ramai keletihan (betul) Orang ramai kegembiraan (salah) Orang ramai melompat kegembiraan (betul) | Tatabahasa | 23.12.2016 |
1. Kajian lepas menggunakan skala pengukuran "amat sangat tidak setuju" oleh penyelidik lalu. Item dan skala pengukuran bagi instrumen yang digunakan telah disahkan oleh pakar penilai dalam pembinaan item dan pengukuran. Antara kajian lepas yang menggunakan skala pengukuran "amat sangat tidak setuju" ialah: i. Garis panduan pembangunan media pengajaran berkonsepkanpenceriataan digital untuk tablet skin sentuh. Tesis UUM. ii. Kebolehpercayaan dan korelasi elemen multimedia dan antara muka tablet dalam menilai penceriataan digital. Artikel berindeks. Pengkaji diminta oleh pemeriksa tesis untuk mendapatkan pengesahan dari pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk dimuatkan didalam tesis. 2. Mohon penerangan mengenai perbezaan antara: i. Jarang dengan sekali sekala ii. Sering dengan kerap Terima kasih. | Penggunaan frasa yang betul ialah "sangat tidak setuju" atau "amat tidak setuju". Perbezaan antara "jarang" dan "sekali-sekala" atau “sering” dengan “kerap”. Menurut Kamus Dewan Perdana makna perkataan "jarang" ialah tidak kerap atau tidak rapat kedudukannya antara satu sama lain, manakala “sekali-sekala” ialah ada masa atau ketika atau hanya sesekali sahaja. Perkataan “sering” dengan “kerap” juga tiada banyak perbezaannya. "Sering" ialah secara kerap atau selalu, manakala "kerap" pula bermaksud rapat sehingga tidak kelihatan sela antara satu sama lain atau rapat susunannya antara sama lain | Lain-lain | 06.01.2023 |
Tuan, adakah ayat-ayat di bawah gramatis? 11Pakaian itu dicuci dengan tangan oleh ibu kerana mesin basuh rosak. 12Adik begitu gembira sekali apabila ayah membelikannya basikal. 13Ketua kampung berharap agar yang menjadi penghuni kampung ini. 14Penjenayah itu telah dijatuhi hukuman yang berat oleh hakim 15Tragedi tsunami telah mengorbankan ramai nyawa. 16Hotel bertaraf lima bintang itu menawarkan pakej yang amat menarik kepada para pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia 17Kepulangan abang disambut dengan tangisan gembira oleh kami sekeluarga. 18Beg itu ringan dan mudah dibawa ke mana-mana. 19Usahlah dirisaukan dengan masalah yang ringan itu. 20Beberapa orang mendapat cedera ringan dalam kemalangan itu. 21Soalan-soalan dalam ujian itu ringan dan dapat diselesaikan sahaja. 22Farah tidak lalu hendak makan di gerai yang kotor itu | Ayat-ayat di atas betul kecuali ayat-ayat yang dinyatakan di bawah: 13) Ayat ini tergantung. Siapakah yang diharap untuk menjadi penghuni kampung tersebut? 19) Ayat yang lebih tepat ialah "Usahlah risau akan masalah yang ringan itu". 21) Buang perkataan sahaja. | Tatabahasa | 13.05.2020 |
Assalamualaikum. saya ingin bertanya tentang penggunaan bahasa indonesia dalam karangan bahasa melayu samada dalam artikel, rencana, cerpen dan sebagainya. Adakah penggunaan bahasa indonesia yang tidak/belum menjadi bahasa melayu rasmi dibenarkan? Contoh. Perkataan "hujat". Sekadar pencarian sepintas lalu, perkataan ini tiada dalam bahasa melayu. Dalam bahasa indonesia ia membawa maksud "cela, fitnah" Terima kasih atas maklum balas pihak tuan. | Bahasa Indonesia dan Bahasa Melayu (Malaysia) tidaklah persis seratus peratus. Ada perkataan mempunyai makna yang sama sekali berbeza, sebagai contoh perkataan kapan, dalam bahasa Indonesia bermaksud bila, manakala dalam bahasa Melayu (Malaysia) bermaksud kain yang membalut mayat. Begitu juga dengan perkataan butuh, dalam bahasa Indonesia bermaksud perlu, manakala dalam bahasa Melayu (Malaysia) berkenaan kemaluan lelaki. Sudah semestinya kata butuh di negara kita tidak diungkapkan secara terbuka lebih-lebih lagi dalam penulisan. Ditambah-tambah lagi dengan perkataan yang belum wujud dan diiktiraf dalam Kamus DBP. Oleh itu, penggunaan bahasa Indonesia tidak digalakkan, kepentingan mengetahui makna adalah sangat penting bagi mengikut kesesuaian dan keperluan, ini bertujuan bagi mengelakkan kekeliruan dan salah faham. | Lain-lain | 08.06.2017 |
Eng Lee SimView Profile Actions WED 10:46PM Eng Lee Sim Eng Kepada sesiapa shj yg sudi bantu, Saya ingin bertanya tentang penggunaan peribahasa yg membawa maksud jika kita ingin mengalahkan pihak lawan kita harus nemahami pihak tersebut dgn baik.Terima kasih | Pertama sekali pihak kami memohon maaf kerana mengambil masa yang lama untuk menjawab soalan tuan/puan. Hal ini kerana kami perlu merujuk kepada pakar, dan pakar pula begitu sibuk dan sukar dihubungi. Peribahasa yang sesuai dengan maksud "Jika ingin mengalahkan pihak lawan, kita harus memahami pihak tersebut dengan baik" ialah "Kalau pandai mencincang akar, Mati lalu ke pucuknya" | Lain-lain | 25.05.2016 |