sekaligus atau sekali gus? | Salam sejahtera, Sekali gus dieja secara terpisah. Bagi memudahkan saudara untuk menyemak perkataan yang ejaannya meragukan, saudara bolehlah menggunakan Pusat Rujukan Persuratan Melayu. DBP satu-satunya badan bahasa di Malaysia yang diiktiraf untuk menentukan perkara yang berkaitan dengan bahasa Melayu. | Tatabahasa | 01.11.2012 |
Salam, Saya ingin meminta pencerahan mengenai perkataan, sekaligus, adakah ianya sekali gus atau sekaligus? Kalau jarak, boleh minta pencerahan tentang mengapa ia dijarakkan? Jika tengok maksud yang diberikan oleh dbp mengenai lumpsum tax - cukai sekaligus, ianya rapat. Maaf, sebab terdapat kekeliruan di sini. | Ejaan yang betul ialah "sekali gus" kerana perkataan sekali dan gus mempunyai makna dan boleh berdiri sendiri. Walau bagaimanapun, sebelum ini ejaan tersebut dieja rapat. Oleh itu, istilah yang telah lama dikeluarkan mengekalkan ejaan lama, iaitu sekaligus. Kami memohon maaf atas kekeliruan ini. | Ejaan | 11.01.2022 |
1. Perkataan 'sekaligus' dan 'sekali gus', yang mana adalah betul. 2. Bagaimana untuk membezakan penggunaan 'ialah' dan 'adalah'. Harap dapat beri penjelasan beserta beberapa contoh ayat... | 1. Ejaan yang betul ialah sekali gus. 2. Kata pemeri ialah hadir di hadapan Frasa nama contohnya; Antara perkara yang dibincangkan dalam buku itu ialah pentingnya penterjemahan dari segi..., manakala penggunaan kata pemeri adalah hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama, contohnya sumbangan besar beliau adalah dari segi pembicaraan terperinci tentang penterjemahan semantik lawan terjemahan komunikatif. | Ejaan | 04.12.2008 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya ingin bertanya tentang perkataan 'sekaligus'. Dalam daftar kata DBP, terdapat 'sekaligus' dan 'sekali gus'. Ia harus dijarakkan atau dirapatkan? Sekian, terima kasih. | Perkataan sekali gus dieja jarak. | Ejaan | 15.12.2014 |
Sekali gus menurut maklum balas DBP di bahagian khidmat nasihat (http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=sekali+gus&d=10) menyatakan yang ia dieja dengan jarak dan bukan 'sekaligus'. Tapi kenapa ada banyak penggunaan "sekaligus' jika dicari (http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=sekaligus) | Ejaan yang betul ialah "sekali gus". Setelah kami menyemak kamus hanya ejaan "sekali gus" yang terdapat dalam entri (bukan huraian) Kamus Dewan dan Kamus Pelajar . Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul dalam laman PRPM. | Ejaan | 08.02.2017 |
1. Tandatangan dieja sekaligus atau terpisah? w.apa beza lokasi dengan lokaliti? | 1. Tandatangan 2. Lokasi boleh memberi dua makna, 1. tempat di luar studio utk membuat penggambaraan; 2. letak atau kedudukan. Manakala, lokaliti membawa makna (prinsip) penempatan/(prinsip) lokaliti. | Makna | 29.09.2014 |
"Beliau berkata fasal tersebut sekaligus akan memberikan perlindungan bukan hanya kepada individu iaitu klien malah kepada pekerja sosial bagi memastikan mereka turut dilindungi dari tuduhan tidak munasabah atau fitnah semasa menjalankan tugasan." 1. Berdasarkan ayat di atas, adakah penggunaan kata "tugasan" betul? jika tidak, mengaoa? 2. Adakah terdapat apa apa kesalahan tatabahasa yang lain? | Ayat yang betul ialah “Beliau berkata fasal tersebut sekali gus akan memberikan perlindungan bukan hanya kepada pelanggan malah kepada pekerja sosial bagi memastikan mereka turut dilindungi daripada tuduhan yang tidak munasabah atau fitnah semasa menjalankan tugas.” | Tatabahasa | 20.04.2024 |
Salam. Saya masih keliru dengan penggunaan 3 imbuhan sekaligus. Cth: memperolehi- salah. Sbb 3 imbuhan. Kalau mempermainkan?? Memperincikan? | Apitan ini tidak begitu produktif dan kata-kata yang dapat bergabung dengan apitan ini tidak banyak. Apitan memper-...-i ini wujud untuk menyatakan makna khusus bagi sesuatu perbuatan kata kerja seperti memperingati dan memperkawani, tetapi tidak memperolehi. Kata memperolehi terbentuk daripada gabungan kata oleh dengan awalan memper- (bukan apitan memper-...-i). Perkataan memperincikan dan mempermainkan pula terbit daripada gabungan kata dasar dengan apitan memper-...-kan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk halaman 209 - 212, buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 17.04.2014 |
Assalamualaikum, boleh jelaskan sama ada ejaan mana yang betul. Sekaligus atau sekali gus? Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah sekali gus. | Ejaan | 07.09.2017 |
manakah yang tepat, pertama, sehubungan itu atau sehubungan dengan itu, sekaligus atau sekali gus, sejak kebelakangan ini atau sejak belakangan ini. | 1. Sehubungan dengan itu 2. sekali gus 3. sejak kebelakangan ini | Tatabahasa | 14.10.2014 |