Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah maksud kerja secara bebas?Kerja bermaksud segala tugas atau urusan (yang telah ditentukan sebagai tanggungjawab) dan bebas bermaksud tidak dihalang atau tidak disekat-sekat melakukan sesuatu. Oleh yang demikian, kerja secara bebas bermaksud melakukan tugasan atau urusan yang tidak dihalang atau tidak disekat oleh seseorang/sesuatu.Makna22.02.2019
Salam sejahtera, baru-baru ini istilah "lockdown" sering digunakan dalam berita mahupun akhbar berkaitan dengan isu viris, namun, apakah padanan kata dlm bahasa Melayu bagi istilah "lockdown" dlm konteks ini? Sekian, terima kasih.Padanan cadangan bagi "lockdown" ialah sekat keluar masuk.Istilah15.03.2020
Apakah padanan yang sesuai bagi perkataan "lockdown"? Konteks penggunaan ialah sebagaimana situasi COVID-19 sekarang, yang merujuk kepada suatu keadaan apabila orang awam dikehendaki untuk berada di kediaman masing-masing dan tidak keluar ke tempat-tempat awam.Pihak kami mencadangkan padanan untuk perkataan "lockdown" ialah "sekat keluar masuk". Namun untuk keadaan semasa yang sedang dialami di negara kita sekarang, istilah yang diguna pakai ialah Perintah Kawalan Pergerakan,Makna16.03.2020
Hai, apakah terjemahan yang sesuai bagi "banned"? Sesuai kah ia diterjemahkan kepada "diharamkan"? Contoh ayat: You are banned from this website and unable to login for 10 min. Terima kasih.Untuk makluman terdapat beberapa istilah bahasa Melayu untuk ban, iaitu haram, halang, larang, sekat dan tahan. Berdasarkan konteks yang diberikan, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah dihalang atau disekat.Istilah16.10.2012
Tuan, 1. Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan 'sidentri'? 2. Frasa 'Dalam perkataan lain' atau 'Dengan perkataan lain'? 3. Apa beza 'secara leluasa' dan 'berleluasa'?1. Perkataan "sidentri" tidak ada dalam sumber rujukan kita.  2. Ungkapan yang betul ialah "dengan perkataan lain".  3. Secara leluasa bermaksud secara tidak terbatas atau tersekat-sekat (dari segi perbuatan, kelakuan dan sebagainya), manakala secara berleluasa bermaksud berbuat sesuatu dengan bebas atau sesuka hati). merujuk kedua-dua makna ini tidak ada perbezaan yang jelas antara kedua-dua ungkapan tersebut.Tatabahasa20.05.2009

Kembali ke atas