jiran sekeliling. jiran-jiran sekeliling. adakah kedua-duanya betul? terima kasih. | Frasa "jiran sekeliling" adalah betul kerana perkataan jiran bermaksud orang yang tinggal berhampiran dengan rumah sendiri dan membawa makna jamak. | Tatabahasa | 17.02.2012 |
Cikgu, penggunaan di bawah yang manakah baru betul? 1. prihatan terhadap persoalan yang berkaitan dengan alam sekeliling. 2. prihatin tentang persoalan yang berkaitan dengan alam sekeliling. 3. prihatin mengenai persoalan yang berkaitan dengan alam sekeliling. Kata nama "persoalan" bukankah kata nama tak hidup abstrak? Bukankah patut menggunakan kata sendi nama "tentang" atau "mengenai" sedangkan kedua-dua kata sendi nama ini sama maksudnya. | Ayat yang betul ialah "prihatin tentang persoalan yang berkaitan dengan alam sekeliling" dan "prihatin mengenai persoalan yang berkaitan dengan alam sekeliling".
| Tatabahasa | 13.05.2014 |
1)... alam sekitar ialah/adalah alam di sekeliling kita ... 2)... alam sekitar ialah/adalah anugerah Tuhan kepada kita ... | 1)... alam sekitar ialah/adalah alam di sekeliling kita ... 2)... alam sekitar ialah/adalah anugerah Tuhan kepada kita ... Kata pemeri ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala adalah menunjukkan huraian hadir di hadapan frasa adjektof dan frasa sendi nama. Ayat yang betul; ...alam sekitar ialah alam di sekeliling kita...; dan ...alam sekitar ialah anugerah Tuhan kepada kita.... | Tatabahasa | 10.05.2013 |
Saya keliru bahawa pengggunaan "berkaitan dengan" atau "berkait dengan" barulah betul. Contoh: 1. ......berkaitan dengan alam sekeliling 2. ......berkait dengan alam sekeliling Yang manakah betul dan kenapa? | Untuk melihat perbezaan penggunaan kedua-dua perkataan tersebut, tuan perlu melihat makna kedua-dua kata. Berkait bermaksud: i. mempunyai kait, bercangkuk hujungnya; ii. tersangkut (pada); dan iii. berkaitan (bersangkutan, berhubungan, berkenaan). Oleh itu, untuk situasi yang membawa maksud bersangkutan atau berhubungan kata berkait dan berkaitan boleh digunakan, manakala untuk situasi yang lain kata berkait sahaja yang digunakan. | Tatabahasa | 13.05.2014 |
Cikgu, saya keliru bahawa penggunaan "berkaitan dengan" dan "berkait dengan" yang manakah baru betul. Contoh: 1. berkaitan dengan alam sekeliling 2. berkait dengan alam sekeliling Yang manakah barulah betul dan kenapa? | Untuk melihat perbezaan penggunaan kedua-dua perkataan tersebut, saudara perlu melihat makna kedua-dua kata. Berkait bermaksud: i. mempunyai kait, bercangkuk hujungnya; ii. tersangkut (pada); dan iii. berkaitan (bersangkutan, berhubungan, berkenaan). Oleh itu, untuk situasi yang membawa maksud bersangkutan atau berhubungan kata berkait dan berkaitan boleh digunakan, manakala untuk situasi yang lain kata berkait sahaja yang digunakan. | Tatabahasa | 13.05.2014 |
salam, apakah istilah atau perkataan bagi pita yang dipasang di sekeliling kawasan kejadian kemalangan/kebakaran/jenayah?terima kasih. | Istilah bagi pita yang dipasang di sekeliling kawasan kejadian kemalangan, kebakaran, atau jenayah iala pita sekatan keselamatan. | Tatabahasa | 18.02.2014 |
Apakah perbezaan antara alam sekitar dengan persekitaran? Terima kasih. | Merujuk Kamus Pelajar Edisi Kedua alam sekitar ialah keadaan alam sekeliling, manakala Persekitaran pula ialah kawasan di sekeliling sesuatu tempat atau kawasan sekitar. | Makna | 26.09.2018 |
Ayat manakah yang betul. Susun semula perkataan-perkataan di bawah supaya menjadi ayat yang betul. atau Susun perkatan-perkataan di bawah semula supaya menjadi ayat yang betul. sana, dalam, situ, sini, antara merupakan kata nama arah. adakah 'sekeliling' juga tergolong dalam kata nama arah. contohnya : di dalam kotak, di luar kotak, di sekeliling kotak. Minta penjelasan daripada pihak DBP. Terima kasih. | Yang betul ialah susun semula perkataan-perkataan di bawah supaya menjadi ayat yang betul. Perkataan di sekeliling merujuk tempat yang bermaksud kawasan persekitaran. | Tatabahasa | 12.07.2010 |
saya nak tanya apakah perbezaan perkataan sekitaran dan persekitaran? (jika boleh sila berikan contoh ayat) terima kasih. | Maksud Persekitaran: kawasan di sekeliling sesuatu tempat, kawasan sekitar: Ayat: Tiba-tiba sahaja muncul matahari dan menerangi persekitarannya. Maksud Sekitaran: keadaan di sekeliling (sesuatu), keadaan dan sebagainya yang menjadi seperti latar belakang (seseorang atau sesuatu) Ayat: 1. Kita tidak dapat mengelakkan daripada menimbangkan aspek bahasa seperti sekitaran dan latar belakang bahasa murid. 2. Sahsiah dan tingkah laku individu boleh menjadi negatif atau positif bergantung kepada keturunan dan suasana sekitaran keluarganya; | Makna | 11.03.2014 |
terdapat perkataan PSIKOTROFIK didalam peraturan - peraturan kualiti alam sekeliling (buangan Terjadual)2005 apakah maksud perkataan tersebut dan ayatnya seperti berikut:- Dadah terbuang yang mengandungi bahan PSIKOTROFIK atau yang mengandungi bahan yang bertoksik. | PSIKOTROFIK atau dalam bahasa Inggeris, psychotropic bermaksud bahan atau dadah yang boleh menjejaskan mental seseorang. | Makna | 07.06.2018 |