Salam sejahtera. Mana satukah ayat yang betul? a. Sekeluarga Tina bercuti ke Tanah Tinggi Cameron. b. Tina sekeluarga bercuti ke Tanah Tinggi Cameron. Tina sekeluarga ATAU sekeluarga Tina, yang mana satukah betul? | Salam sejahtera, Ayat yang betul ialah Tina sekeluarga bercuti ke Tanah Tinggi Cameron. Tuan/puan juga boleh melayari www.prpm.dbp.gov.my untuk mengetahui lebih lanjut tentang bahasa Melayu. Sekian. | Pengembangan | 25.02.2020 |
Saya hendak mengutarakan satu soalan mengenai: 1. Saya sekeluarga pergi ke pasar. 2. Kami sekeluarga pergi ke pasar. Apakah perbezaan "Saya sekeluarga" dan "Kami sekeluarga"? Adakah ayat ini "kami dan sekeluarga saya pergi ke pasar" betul? Terima Kasih. | frasa yang betul ialah kami sekeluarga, kami ialah kata ganti nama diri pertama dalam bentuk jamak, manakala saya ialah kata ganti nama diri pertama dalam bentuk tunggal. | Tatabahasa | 28.04.2011 |
Kami sekeluarga atau saya sekeluarga | frasa yan betul ialah kami sekeluarga, kami ialah kata ganti nama diri pertama dalam bentuk jamak, manakala saya ialah kata ganti nama diri pertama dalam bentuk tunggal. | Tatabahasa | 27.02.2010 |
saya sekeluarga atau kami sekeluarga | Frasa yang betul ialah "kami sekeluarga" | Tatabahasa | 19.08.2020 |
Ucapan terima kasih diucapkan terlebih dahulu kerana telah menjawab banyak kemusykilan saya. Soalan saya seterusnya ialah, antara "Saya sekeluarga suka makan durian." dan "Sekeluarga saya suka makan durian." yang mana betul? "saya sekeluarga" tepat atau "sekeluarga saya" tepat? Terima kasih. | Yang betul ialah saya sekeluarga suka makan durian. | Tatabahasa | 17.01.2009 |
Pada hari esoknya, mereka melakukan aktiviti sukaneka sekeluarga. Adakah betul perkataan sekeluarga yang ditambah? | Ayat yang lebih tepat adalah seperti yang berikut: Pada keesokan harinya, mereka sekeluarga melakukan aktiviti sukaneka. | Lain-lain | 19.05.2020 |
"Saya sekeluarga berkelah di tepi sungai" Apakah fungsi/kelas perkataan 'sekeluarga' dalam ayat tersebut? Daripada bentuknya, 'sekeluarga' ialah kata bilangan. Tetapi, bukankah kata bilangan mesti ditempatkan di depan Kata Nama? Fungsi kata bilangan ini nampaknya berlainan dengan kata bilangan yang lain. Bolehkah saudara/saudari menjelaskan perbezaannya. Terima kasih | Sekeluarga dalam konteks ayat tersebut ialah Frasa Nama (Saya Sekeluarga). | Tatabahasa | 01.02.2017 |
"Kami sekeluarga" ialah kata ganti nama diri pertama atau ketiga? Sila berikan tunjuk ajar. Bagaimanakah pasifkan ayat berikut: Kami sekeluarga menyambut tetamu dengan tangan terbuka. A. Tetamu disambut oleh kami sekeluarga dengan tangan terbuka. atau B. Tetamu kami sekeluarga sambut dengan tangan terbuka. Terima kasih. | Kami merupakan kata ganti nama diri orang pertama. Ayat Pasif yang betul ialah "Tetamu disambut oleh kami sekeluarga dengan tangan terbuka"
| Tatabahasa | 13.08.2018 |
Kami sekeluarga atau saya sekeluarga? | Yen Peng, Kedua-dua ayat ini betul tetapi kita perlu ingat bahawa saya digunakan sekiranya hanya seorang yang bercakap, manakala kami merujuk lebih daripada seorang. Terima kasih | Makna | 25.03.2010 |
Saya Ingin mengetahui per exam penggunaan "Saya sekeluarga" dan "Kami sekeluarga". Adalah Kesha-duanya boleh digunakan? | Kedua-duanya boleh digunakan. | Tatabahasa | 05.04.2015 |