1. Saya ingin tahu apakah perbezaan antara 'sehelai" dan "sekeping"? 2. Adakah penggunaan "sekeping tanah" betul? Bagaimana pula dengan "sebidang tanah"? 3. Apakah perbezaan antara "sekeping tanah" dan "sebidang tanah"? Terima kasih. | 1. Menurut data kami, perkataan sehelai bermaksud satu helai manakala sekeping bermaksud satu keping. 2. Penjodoh bilangan yang betul ialah sebidang tanah. 3. Penggunaan penjodoh bilangan yang tepat ialah sebidang tanah. | Tatabahasa | 10.10.2017 |
1) Sehelai atau sekeping kertas? 2) Sekeping atau sehelai wang kertas? 3) Doktor Aminah menjalani pemeriksaan berkala ke atas nenek saya. (Gramatis?) 4) Melancong ke Taman Tema Disneyland merupakan salah satu kenangan manis bagi saya. (Gramatis?) | Jawapan soalan (1) dan (2) Penjodoh bilangan yang betul ialah sehelai kertas dan sekeping kertas. Ayat yang betul ialah (3) Doktor Aminah menjalani pemeriksaan berkala terhadap nenek saya. Jawapan soalan (4) Melancong ke Taman Tema Disneyland merupakan salah satu kenangan manis bagi saya. (ayat yang gramatis). | Tatabahasa | 22.02.2019 |
Sekeping tisu sel otak yang bersaiz sebutir pasir mengandungi sebanyak 100,000 neuron dan 1 bilion sinapsis serta semua berkomunikasi antara satu sama lain. Apakah padanan yang sesuai untuk istilah "synapses"? | Padanan bahasa Melayu bagi perkataan synapse ialah sinaps. | Penyemakan dan penterjemahan | 26.12.2018 |
Sila rujuk lampiran fail. Terima kasih. soalan (1) dan (2) Penjodoh bilangan yang betul ialah sehelai kertas dan sekeping kertas. Bolehkah saya tahu mengapa sekeping wang kertas dan bukannya sehelai wang kertas; sedangkan penjodoh bilangan bagi kertas ialah sehelai? Ayat yang betul ialah (3) Doktor Aminah menjalani pemeriksaan berkala terhadap nenek saya. Adakah ayat-ayat berikut gramatis? - Doktor Aminah menjalankan pemeriksaan berkala terhadap nenek saya. - Nenek saya menjalani pemeriksaan berkala di hospital kerajaan. | - Penjodoh bilangan untuk wang kertas ialah sekeping. Ini kerana wang kertas berbentuk nipis atau pipih. Sedangkan penjodoh bilangan sehelai sesuai digunakan untuk benda yang nipis dan lebar.
- Kedua-dua ayat yang dinyatakan adalah betul dari segi penggunaan tatabahasanya.
| Tatabahasa | 27.02.2019 |
Salam, saya ingin bertanya tentang ayat ini, adakah ia "sebuah atau sekeping untuk syiling? Terima kasih | Penjodoh bilangan yang sesuai ialah "sekeping syiling". | Tatabahasa | 31.05.2015 |
Salam sejahtera. Ayat berikut yang manakah betul penggunaan kata sendinya. Ayat (1): Swee Ling menulis alamat rumah di atas sekeping poskad untuk dikirimkan kepada rakannya. Ayat (2): Swee Ling menulis alamat rumah pada sekeping poskad untuk dikirimkan kepada rakannya. Ayat 3: Menteri Besar Johor menurunkan tandatangan di atas batu asas sempena projek lebuh raya di Desaru. Ayat (4): Menteri Besar Johor menurunkan tandatangan pada batu asas sempena projek lebuh raya di Desaru. | Penggunaan kata sendi yang betul ialah “di atas”, iaitu (1); Swee Ling menulis alamat rumah di atas sekeping poskad untuk dikirimkan kepada rakannya dan Menteri Besar Johor menurunkan tandatangan di atas batu asas sempena projek lebuh raya di Desaru. Kata sendi “di” digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Manakala “pada” digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat, dan digunakan dalam ungkapan ada pada. Contohnya: ...pada pukul tujuh pagi; Wang itu ada pada ibu dan kaki lembu itu disangkutkan pada cangkuk besi. Rujuk Tatabahasa Dewan halaman 265-266 dan 274-275. | Tatabahasa | 20.02.2014 |
Salam mesra. Saya Mei Ling. Saya ingin tanya sama ada terjemahan untuk 'a bar of chocolate' ialah 'sepapan coklat' atau 'sekeping coklat'. Terima kasih. | Cadangan kami ialah Sekeping Coklat. | Penyemakan dan penterjemahan | 03.10.2019 |
1) Mohon tanya penjodoh bilangan bagi cek. `Sekeping' cek atau `sehelai' cek. 2)Adakah semua kosa kata/perbendaharaan kata yang tersenarai di dalam Kamus Dewan, DBP boleh digunakan dalam penulisan? Terima kasih. Izani Hj. Daud | 1. Penjodoh bilangan betul ialah "sekeping cek". 2. Tidak semua kata yang terakam dalam Kamus Dewan boleh digunakan dalam situasi rasmi. Kamus merakamkan kata yang hendak dihuraikan maknanya. Perkataan yang ditanda "bp" merujuk kepada bahasa percakapan dan kata ini tidak sesuai digunakan dalam situasi rasmi. | Tatabahasa | 17.07.2011 |
Apakah penjodoh bilangan untuk, 'bidai'? Encik Nazharul menggantungkan _______ bidai di hadapan kedainys bagi menahan pancaran terik matahari. A sehelai B sebidang C sekeping D sekajang | Saudara Shevir, Penjodoh bilangan yang sesuai ialah sekeping bidai. Walau bagaimanapun penggunaan penjodoh bilangan bergantung pada bentuk sesuatu benda, iaitu sekiranya bergulung bolehlah menggunakan segulung bidai. | Tatabahasa | 03.08.2009 |
Saya Nurul Salwa binti Abdul Muluk, pengarang untuk novel "Epilog Sekeping Hati" .Mohon pihak Dewan Bahasa dan Pustaka dapat mengemaskini maklumat saya. (Nurul Salwa binti Abdul Muluk, No 25 Jalan Hijau 6/3, Bandar Tasik Puteri, 48000 Rawang Selangor). Pihak DBP boleh menghubungi saya di talian: 019-2057591/ 0326107768/nurul.salwa83@yahoo.com) Ini bagi memudahkan untuk menghubungi sekiranya berkaitan dengan royalti mahupun apa-apa yang berkaitan dengan karya "Epilog Sekeping Hati". terima kasih | Assalamualaikum, Puan Nurul. Pihak kami di Bahagian Harta Intelek mengambil perhatian ini. Maklumat puan sudah saya serahkan kepada pegawai yang berkenaan untuk dikemas kini. | Lain-lain | 10.04.2014 |