saya nak tanya apakah perbezaan perkataan sekitaran dan persekitaran? (jika boleh sila berikan contoh ayat) terima kasih. | Maksud Persekitaran: kawasan di sekeliling sesuatu tempat, kawasan sekitar: Ayat: Tiba-tiba sahaja muncul matahari dan menerangi persekitarannya. Maksud Sekitaran: keadaan di sekeliling (sesuatu), keadaan dan sebagainya yang menjadi seperti latar belakang (seseorang atau sesuatu) Ayat: 1. Kita tidak dapat mengelakkan daripada menimbangkan aspek bahasa seperti sekitaran dan latar belakang bahasa murid. 2. Sahsiah dan tingkah laku individu boleh menjadi negatif atau positif bergantung kepada keturunan dan suasana sekitaran keluarganya; | Makna | 11.03.2014 |
Mohon semak ayat yang mana lebih tepat dan sesuai bagi penggunaan tema berikut: "Kelestarian Komoditi Menjamin Masa Depan" atau "Kelestarian Komoditi Untuk Masa Depan Yang Lebih Terjamin | Untuk makluman saudara lestari bermaksud kekal dan lazimnya digunakan dalam konteks alam sekitar dan perhutanan. Namun begitu penggunaan perkataan lestari boleh diperluaskan kepada bidang yang lain selagi bertepatan dengan maksud "kekal"nya itu. Dalam hal ini kami berpandangan frasa kelestarian komoditi tidak sesuai kerana komoditi sesebuah negara mesti ditingkatkan atau bertambah dari semasa ke semasa dan bukannya dikekalkan. Sila gantikan dengan perkataan lain yang lebih tepat maknanya. Dalam konteks perkataan yang lain tema yang pertama lebih sesuai kerana lebih ringkas dan mudah diingati
| Tatabahasa | 26.02.2013 |