Ada tiga soalan yang saya mahu tanyakan. a) Yang mana satukah ayat berikut yang betul? "Insiden rusuhan itu berlaku di tapak kedai dan juga kawasan sekitarnya." atau "Insiden rusuhan itu berlaku di tapak kedai dan juga di kawasan sekitarnya". Perlukah wujudkan perkataan "di" lagi untuk ayat tunggal kedua? b) Apakah terjemahan sesuai untuk istilah berikut "underlying disease/medical condition" dan "population centre"? c) Adakah 'anggota' sahaja sudah merupakan penjodoh bilangan? Cthnya, "Dua anggota polis terbunuh dalam kejadian tembak-menembak di kawasan itu." atau mesti menulis penjodoh bilangan orang di hadapan anggota seperti "Dua orang anggota polis..." Saya masih tidak jelas mengenai situasi ayat berkenaan. | 1. Ayat yang betul: Insiden rusuhan itu berlaku di tapak kedai dan juga kawasan sekitarnya. 2. Padanan yang betul ialah: underlying disease - penyakit tersirat, medical condition – keadaan perubatan dan population centre – Pusat penduduk. 3. Anggota bukan penjodoh bilangan, ayat yang betul ialah: Dua orang anggota polis terbunuh dalam kejadian tembak-menembak di kawasan itu. | Tatabahasa | 22.09.2020 |
BUKTI YANG MENUNJUKKAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA BESAR DUNIA. | Sdr.Mc, jika kita membaca dan melapangkan sedikit masa untuk melihat-lihat buku-buku sejarah tentang kerajaan awal Melaka dan kawasan sekitarnya pasti Sdr. dapat berasa bangga apabila melihat penggunaan bahasa Melayu yang begitu luas digunakan di seluruh kepulauan Melayu. Begitu juga Sdr. akan kagum melihat surat-surat yang dihantar oleh orang Inggeris yang ditulis dalam bahasa Melayu dan menggunakan ejaan jawi. ini adalah sedikit gambaran perasaan yang sangat membanggakan kita. Terima kasih. | Lain-lain | 21.09.2007 |
Bolehkah kita menggunakan bahasa melayu yang telah DBP seragamkan menjadi bahasa perantaraan di nusantara asia tenggara secara meluas sebagai bahasa percakapan dan standard bukan hanya di Malaysia malahan di Indonesia, Brunei dan kawasan sekitarnya? | Boleh. | Lain-lain | 07.10.2014 |
Salam sejahtera. Bolehkah saya dapatkan cadangan terjemahan bagi "ecoregion", istilah yang digunakan dalam bidang alam sekitar. Terima kasih. | Tidak ada maklumat tentang perkataan ecoregion dalam pangkalan data kami. Melalui carian di internet ecoregion membawa maksud kawasan yang ditakrifkan oleh keadaan alam sekitarnya, khususnya iklim, rupa bentuk bumi, dan ciri-ciri tanah. | Penyemakan dan penterjemahan | 10.03.2015 |
Apakah maksud bahasa melayu klasik? | Bahasa Melayu Klasik merujuk kepada bentuk bahasa Melayu yang digunakan pada zaman silam, terutamanya dari abad ke-13 hingga abad ke-19. Bahasa Melayu Klasik merupakan bahasa yang dipakai dalam penulisan dan percakapan di wilayah Nusantara, seperti Semenanjung Tanah Melayu, Sumatera, dan kawasan sekitarnya, sebelum bahasa Melayu moden berkembang. Berikut merupakan beberapa buku rujukan yang berkaitan dengan bahasa Melayu Klasik, sesuai untuk memahami sejarah, perkembangan, dan ciri-ciri bahasa tersebut: - "Sejarah Bahasa Melayu" oleh Asmah Haji Omar
- Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
- Buku ini memberikan gambaran menyeluruh tentang perkembangan bahasa Melayu, termasuk tempoh Bahasa Melayu Klasik.
-
- "Bahasa Melayu Klasik" oleh Abdullah Hassan
- Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
- Buku ini secara khusus membincangkan tentang ciri-ciri bahasa Melayu Klasik dan evolusinya hingga ke bahasa Melayu moden.
-
- "Kesenian Bahasa Melayu Klasik" oleh Abdul Hadi W.M.
- Penerbit: Penerbit Universiti Malaya
- Fokus kepada penggunaan seni bahasa dalam kesusasteraan Melayu Klasik seperti hikayat dan pantun.
| Penyelidikan | 09.09.2024 |
Salam sejahtera, mohon khidmat nasihat berkenaan ayat yang sesuai digunakan di kain rentang. yang manakah lebih sesuai digunakan. 1. Dilarang membuang sampah ke dalam sungai atau 2. Dilarang membuang sampah di kawasan sungai konteks ayat adalah sebagai larangan kepada orang awam untuk tidak membuang sampah di sungai. sekian dan terima kasih. | Kedua-dua ayat yang diberikan betul dan boleh digunakan untuk melarang orang awam daripada membuang sampai di dalam sungai dan kawasan di sekitarnya. | Tatabahasa | 06.04.2022 |