Yang manakah betul? Sukan Sekolah-sekolah ASEAN atau Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN? | Sukan Sekolah-sekolah ASEAN. | Ejaan | 27.10.2014 |
Manakah yang betul?: 1. Guru-guru di sekolah-sekolah rendah. 2. Guru di sekolah-sekolah rendah. 3. Guru-guru di sekolah rendah. | Frasa yang betul, "guru di sekolah-sekolah rendah" dan "guru-guru di sekolah rendah". | Tatabahasa | 09.12.2014 |
Poster pendidikan ialah poster yang ada di sekolah-sekolah. atau Poster Pendidikan ialah poster..... | Jika soalan puan berkenaan perkataan lain yang boleh digunakan untuk menggantikan perkataan 'yang ada di sekolah-sekolah', boleh juga gunakan perkatan seperti yang berikut: Poster Pendidikan ialah poster yang terdapat di sekolah-sekolah... | Lain-lain | 21.09.2017 |
Assalam "KEJOHANAN SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH" "KEJOHANAN SUKAN SEKOLAH MENENGAH" Mana satu yang betul? Terima kasih. | Frasa yang lebih tepat ialah KEJOHANAN SUKAN SEKOLAH MENENGAH. | Tatabahasa | 25.07.2017 |
.... mengatakan di sekolah-sekolah campuran, terutama dari / daripada usia 12 ke atas, pelajar perempuan kurang diberikan peluang.... | Dalam frasa di atas, penggunaan perkataan yang betul ialah daripada. | Tatabahasa | 01.11.2011 |
Situasi : Perasmian 18 buah dewan sekolah dalam Parlimen Pagoh Untuk menulis bena ,antara berikut manakah yang betul? 1. Majlis Perasmian Dewan-dewan Sekolah Parlimen Pagoh 2. Majlis Perasmian Dewan Sekolah-sekolah Parlimen Pagoh. | 1. Majlis Perasmian Dewan Sekolah Parlimen Pagoh. Tidak perlu dijamakkan perkataan dewan atau sekolah kerana Parlimen Pagoh di situ boleh menandakan tunggal atau jamak. | Tatabahasa | 29.03.2012 |
Saya guru di SM Teknik. Kami mengadakan program penerangan di sekolah-sekolah berhampiran tentang SM Teknik yang kami istilahkan sebagai Outreach. Apakah istilah bahasa Melayu yang tepat untuk perkataan "outreach" | Puan, Program "outreach" boleh diterjemahkan menjadi program khidmat masyarakat. Dalam program tersebut boleh diadakan pelbagai aktiviti seperti sesi taklimat, ceramah dsb. | Istilah | 28.11.2010 |
saya ingin bertanya mengenai sistem tulisan dan ejaan bahasa melayu terkini yang digunakan di sekolah-sekolah iaitu sistem tulisan yang paling terkini. dan bolehkan saya dapat maklumat serba sedikit mengenai sistem ejaan tersebut. | Sistem ejaan Rumi yang digunakan sekarang ialah Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Malaysia yang dirasmikan penggunaannya pada 16 Ogos 1972. Tuan boleh merujuk buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu, penyusun Encik Ismail Dahaman, terbitan DBP. Buku ini menghuraikan secara terperinci tentang pengenalan sistem ejaan bahasa Melayu pada Bahagian Satu Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu. | Tatabahasa | 16.05.2018 |
saya memerlukan bahan rujukan yang melibatkan penulisan rencana berkaitan dengan kompetensi bahasa Melayu di sekolah-sekolah. Bolehkah pihak DBP membantu saya mencarikan saya tajuk-tajuk yang berkaitan tentang perkara ini? Terima kasih. | Terima kasih atas soalan anda. Anda boleh datang membuat rujukan dan penyelidikan di Pusat Dokumentasi Melayu, Menara DBP. Anda boleh merujuk koleksi bahan kertas kerja, tesis dan artikel majalah tajuk berkaitan. | Lain-lain | 22.10.2010 |
Ejaan bagi perkataan penandaarasan. Di IAB, penandaarasan merupakan satu program yang dijalankan oleh peserta kursus di sekolah-sekolah yang terpilih. Oleh itu ia dinamakan program Penandaarasan. Kemusykilan saya adalah berhubung ejaan penandaarasan. bagaimanakah mengeja penandaarasan yang betul. Adakah Penanda Aras, Penandarasan atau Penandaarasan. Sekian, terima kasih. | Tanda aras ialah piawai untuk membandingkan prestasi sesebuah organisasi. Manakala penandaarasan ialah perihal menentukan tanda aras. | Ejaan | 28.12.2012 |