Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sekolah (kata nama)
Bersinonim dengan madrasah, perguruan, kolej, maktab, sekolah pondok;,
Kata Terbitan : bersekolah, menyekolahkan, persekolahan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang manakah betul? Kursus Transformasional Guru Penolong Kanan 1 Sekolah-sekolah (Sekolah-Sekolah) Kebangsaan Kulaijaya Pusat Latihan Guru dalam (Dalam) Perkhidmatan (PLGDP) Bandar Tenggara. Soalan saya, Adakah kata ganda jika digunakan sebagai tajuk mesti ditulis dengan huruf besar untuk setiap perkataan? Adakah kata hubung mesti ditulis dalam huruf besar jika di dalam tajuk (Kata Nama Khas)? Terima kasih. Rozita YusufAyat yang betul ialah Kursus Transformasi Guru Penolong Kanan 1 Sekolah-Sekolah Kebangsaan Kulaijaya Pusat Latihan Guru dalam Perkhidmatan (PLGDP) Bandar Tenggara. Penggunaan kata ganda dalam tajuk ditulis dengan huruf besar, manakala kata sendi ditulis dengan huruf kecil.Lain-lain12.07.2010
Manakah yang betul?: 1. Guru-guru di sekolah-sekolah rendah. 2. Guru di sekolah-sekolah rendah. 3. Guru-guru di sekolah rendah.Frasa yang betul, "guru di sekolah-sekolah rendah" dan "guru-guru di sekolah rendah".Tatabahasa09.12.2014
Selamat sejahtera, ayat di bawah adalah betul atau tidak? Karangan autobiografi (Aku sepasang kasut sekolah): 1. Aku telah berkenalan dengan banyak kawan baharu seperti Adidas, Nike dan lain-lain. 2. Aku telah berkenalan dengan banyak kawan baharu seperti Adidas, Nike dan sebagainya. Terima kasih.Kedua-dua ayat ini betul. kata banyak dalam ayat kedua ialah kata bilangan. Banyak bermaksud bukan sedikit atau tidak sedikit, dan banyak boleh digunakan untuk kata nama bukan manusia dan manusia. Contoh: banyak orang yang mempunyai cita-cita tinggi. Oleh itu, penggunaan "banyak kawan" adalah betul.

Tatabahasa29.04.2015
Assalamualaikum... info...buku terbit sendiri ( Buku Kerja Pelajar Sekolah ) 1. Kerja sama DBP dengan penulis? 2. Adakah bantuan/dana penggerak? Sekian.TQ.Untuk makluman, DBP tidak menerbitkan buku terbit sendiri. Bagi penerbitan buku kerja pelajar sekolah atau buku sokongan pendidikan, penerbitannya akan diuruskan oleh Bahagian Buku Kanak-kanak dan Remaja. Proses penerbitan dilakukan mengikut prosedur operasi standard yang telah ditetapkan. Dimaklumkan juga tiada dana galakan diberi kepada penulis.Lain-lain02.04.2020
salam tuan. Mohon pendapat tuan ttg ayat2 di bawah: 1-a) Zamri menunggang basikal ke sekolah. 1-b) Zamri ke sekolah menunggang basikal. 1-c) Zamri ke sekolah menaiki bas. 2-a) Mereka makan di kantin pada waktu rehat. 2-b) Mereka makan pada waktu rehat di kantin. B/mana pndpt tuan ayat nombor 1 dr segi struktur dll. Boleh diterima sbg betul atau tdk tepat? Bagi saya, ayat 2 tidak salah. Bezanya hanya pada peluasan predikat shj. T/kasih.

Semua ayat tersebut adalah betul, perbezaan hanyalah predikatnya sahaja sama ada Frasa Kerja atau Frasa Sendi Nama.

Tatabahasa23.05.2011
Ayat mana yang betul ? 1) Ali ke sekolah menaiki bas sekolah. 2) Ali ke sekolah dengan menaiki bas sekolah. 3) Ali pergi ke sekolah dengan menaiki bas sekolah. 4) Ali menaiki bas sekolah ke sekolah.

Yang betul ialah ayat ketiga dan ayat keempat, iaitu Ali pergi ke sekolah dengan menaiki bas sekolah dan Ali menaiki bas sekolah ke sekolah.

Tatabahasa13.07.2009
Salam sejahtera. Ayat yang berikut betul? (1) Sekolah saya ada 43 buah bilik darjah. (2) Di sekolah saya ada 43 buah bilik darjah. (3) Di sekolah saya terdapat 43 buah bilik darjah. ( 4) Terdapat 43 buah bilik darjah di sekolah saya. (5) Sekolah saya mempunyai 43 buah bilik darjah.Semua ayat betul.Tatabahasa16.06.2016
Situasi : Perasmian 18 buah dewan sekolah dalam Parlimen Pagoh Untuk menulis bena ,antara berikut manakah yang betul? 1. Majlis Perasmian Dewan-dewan Sekolah Parlimen Pagoh 2. Majlis Perasmian Dewan Sekolah-sekolah Parlimen Pagoh.1. Majlis Perasmian Dewan Sekolah Parlimen Pagoh. Tidak perlu dijamakkan perkataan dewan atau sekolah kerana Parlimen Pagoh di situ boleh menandakan tunggal atau jamak. Tatabahasa29.03.2012
yang mana satukah yg lebih baik di anatara berikut: 1. sekolah saya ada pelbagai kemudahan. (atau) 2. sekolah saya ada pelbagai jenis kemudahan. bolehkah sekiranya saya tidak meletakkan "jenis" di dalam ayat di atas?Kedua-dua ayat yang diberikan betul. Walau bagaimanapun, ayat yang lebih gramatis ialah, sekolah saya ada pelbagai jenis kemudahan.Tatabahasa19.09.2017
Makna Untuk 1. Bangku SekolahBangku sekolah ialah 1. zaman/masih dalam persekolahan, 2. tempat duduk di sekolah.Makna04.01.2010
12345678910...

Kembali ke atas