Assalam "KEJOHANAN SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH" "KEJOHANAN SUKAN SEKOLAH MENENGAH" Mana satu yang betul? Terima kasih. | Frasa yang lebih tepat ialah KEJOHANAN SUKAN SEKOLAH MENENGAH. | Tatabahasa | 25.07.2017 |
Assalamualaikum. Sekiranya majlis yang tiada perasmian misalnya Pesta Pantun Sekolah Menengah, sesuaikah digunakan ungkapan Majlis Penangguhan Pesta Pantun Sekolah Menengah atau Majlis Penutupan Pesta Pantun Sekolah Menengah. Bolehkah penggunaan ungkapan Majlis penangguhan digunakan untuk menutup sesuatu majlis dengan alasan majlis tersebut akan diadakan lagi pada setiap tahun? Mohon pencerahan daripada pihak tuan kerana penggunaan ungkapan majlis penangguhan seringkali digunakan dalam menutup sesuatu majlis. Terima kasih. | Majlis Penangguhan Pesta Pantun Sekolah Menengah atau Majlis Penutupan Pesta Pantun Sekolah Menengah, kedua-dua frasa ini boleh digunakan. | Tatabahasa | 09.03.2015 |
Salam, 1. Saya ingin bertanya tentang skop penerbitan novel remaja peringkat sekolah menengah. Apakah kriteria-kriteria yang perlu untuk menghasilkan manuskrip novel remaja peringkat sekolah menengah. Aspek lain seperti ketebalan manuskrip dan perkara-perkara yang perlu dielakkan dalam penulisan novel remaja peringkat sekolah menengah. Terima kasih. | Salam. Remaja terbahagi kepada dua iaitu remaja awal (13-15 tahun) dan remaja akhir (16-21 tahun). Sebenarnya tiada batasan dalam skop penerbitan novel remaja, sama ada peringkat sekolah menengah atau peringkat yang lebih tinggi, yang penting adalah mesej yang hendak saudara sampaikan kepada khalayak saudara, iaitu para remaja. Setiap mesej yang hendak disampaikan perlulah mempunyai nilai-nilai murni yang wajib diterapkan ke dalam jiwa setiap remaja. Manuskrip pula janganlah terlalu tebal, maksudnya lebih kurang dalam 200 - 250 halaman untuk remaja awal, kerana bagi setiap 100 halaman kertas kuarto, novel tersebut akan menjadi 200 halaman. Bagi remaja akhir pula, lebih kurang 300 - 350 halaman, paling tebal pun 400 halaman, iaitu lebih kurang 200 halaman kertas kuarto. Setiap karya yang ditulis hendaknya janganlah menyentuh sensitiviti kaum, agama dan adat resam serta budaya sesuatu kaum. Pena itu lebih tajam daripada sebilah pedang, kerana itu apa sahaja yang hendak ditulis perlulah berhati-hati. Saudara juga mesti membuat penyelidikan tentang apa yang hendak saudara tulis, supaya tidak berlaku bercanggah atau kelihatan tidak masuk akal atau mengarut, setiap fakta mesti dengan disokong dengan bukti. Karya juga hendaklah sesuai dengan pembaca sasaran. | Lain-lain | 18.11.2009 |
Pengertian Kesusasteraan Melayu dalm konteks pembelajaran sekolah menengah atas? | Subjek Kesusasteraan Melayu ditawarkan di sekolah menengah atas adalah untuk membina negara bangsa yang merangkumi jati diri bangsa, tamadun bangsa, nilai-nilai murni, elemen perpaduan antara ras dan etnik, dan sebagainya. Hal ini demikian kerana dalam karya kesusasteraan tedapat unsur-unsur seperti hiburan, falsafah, ilmu pengetahuan, keindahan, nilai-nilai murni dan sebagainya. Justeru, untuk mengetahui lebih lanjut tentang topik pembinaan negara bangsa, saudara disarankan supaya membaca Dasar Pendidikan kebangsaan, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010, Pelan Integriti Nasional (PIN) dan Dasar Pembangunan Wawasan. | Lain-lain | 13.04.2008 |
apakah syarat2 pertandingan menulis cerpen sekolah menengah? | Terima kasih atas pertanyaan sdr. Syarat-syarat pertandingan menulis cerpen sekolah menengah pada kebiasaannya bergantung kepada beberapa faktor antaranya: tujuan pihak penganjur yang mengadakan pertandingan, tema yang ditentukan, skop pertandingan (tidak terbuka kepada umum), jumlah perkataan yang ditentukan dan lain-lain. Mudah-mudahan jawapan ini dapat memenuhi kepada pertanyaan sdr. Sekian dan salam. | Lain-lain | 07.12.2008 |
Bilakah keputusan peraduan menulis cerpen dan puisi sekolah menengah 2009 akan diumumkan? | Keputusan peraduan menulis cerpen dan puisi sekolah menengah 2009 mungkin akan dikeluarkan pada bulan Mei 2010, buat masa ini pihak panel hakim masih dalam proses penilaian/penghakiman. Mudah-mudahan karya saudara dipilih sebagai salah satu karya yang memenangi hadiah. | Lain-lain | 12.03.2010 |
Salam 1Malaysia, saya memohon bantuan membina ayat yang paling sesuai untuk pernyataan dibawah: Berikutnya, min kekerapan menjadi guru ganti dalam setahun bagi guru sekolah rendah dan guru sekolah menengah adalah M=25.81 dan M=21.32 masing-masing. Ini bermakna, guru sekolah rendah lebih kerap menjadi guru pengganti berbanding guru sekolah menengah. Namun demikian, dari segi tempoh masa dalam kiraan minit, guru sekolah menengah menunjukkan tempoh mengganti guru lain yang lebih lama berbanding guru sekolah rendah. Selanjutnya, min kekerapan menyediakan nota, soalan latihan dan kembaran kerja rumah murid dalam setahun bagi guru sekolah rendah dan guru sekolah menengah adalah masing-masing M=180.68 dan M=142.87. Manakala purata masa satu kali menyelesaikan tugas menyediakan nota, soalan latihan dan kembaran kerja rumah murid bagi guru sekolah rendah dan guru sekolah menengah adalah masing- masing M=100.85 dan M=92.95. Ini bermakana, guru sekolah rendah lebih kerap serta menggunakan masa yang lebih lama untuk menyediakan nota, soalan latihan dan kembaran kerja rumah murid. terima kasih | Berikutnya, minimum kekerapan menjadi guru ganti dalam setahun bagi guru sekolah rendah dan guru sekolah menengah ialah masing-masing 25.81 dan 21.32. Ini bermakna, guru sekolah rendah lebih kerap menjadi guru pengganti berbanding guru sekolah menengah. Namun demikian, dari segi tempoh masa dalam kiraan minit, guru sekolah menengah menunjukkan tempoh mengganti guru lain yang lebih lama berbanding guru sekolah rendah. Selanjutnya, minimum kekerapan menyediakan nota, soalan latihan dan kembaran kerja rumah murid dalam setahun bagi guru sekolah rendah dan guru sekolah menengah ialah masing-masing 180.68 142.87. Manakala purata masa satu kali menyelesaikan tugas menyediakan nota, soalan latihan dan kembaran kerja rumah murid bagi guru sekolah rendah dan guru sekolah menengah ialah masing-masing 100.85 dan 92.95. Ini bermakana, guru sekolah rendah lebih kerap serta menggunakan masa yang lebih lama untuk menyediakan nota, soalan latihan dan kembaran kerja rumah murid. | Tatabahasa | 14.02.2015 |
Saya maksudkan keputusan peraduan menulis cerpen dan puisi sekolah menengah 2009. | Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami. Peraduan Menulis Cerpen dan Puisi Sekolah Menengah 2009 masih di peringkat penilaian. Keputusan akan dimaklumkan kepada pemenang melalui surat dan e-mel. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 08.06.2010 |
Jika boleh rujukan teks sastera baharu yang baru digunakan di sekolah-sekolah menengah diperbanyakkan. Ruangan laman web khas untuk guru-guru sastera diwujudkan supaya sastera akan kekal di sekolah kerana subjek kian dipinggirkan. Harap usaha ini boleh dipertimbangkan. "Perjuangan Belum Selesai..." | Pihak kami sedang mengusahakan buku sokongan yang dapat menjadi rujukan pelajar selain daripada buku teks baharu yang telah diterbitkan. | Lain-lain | 09.03.2010 |
Syafieqah Qafiesya Dec 15th, 4:33pm Assalamualaikum, Bilakah keputusan pemenang untuk Peraduan Menulis Cerpen Sekolah Menengah 2014 akan diumumkan? Terima kasih. | Keputusan Peraduan Menulis Cerpen Sekolah Menengah 2014 telah disiarkan dalam laman web DBP. Layari http://eseminar.dbp.gov.my/dokumen/keputusanmenulis.pdf untuk maklumat lanjut. | Lain-lain | 15.12.2014 |