| Yang manakah betul? Sukan Sekolah-sekolah ASEAN atau Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN? | Sukan Sekolah-sekolah ASEAN. | Ejaan | 27.10.2014 |
| Manakah yang betul?: 1. Guru-guru di sekolah-sekolah rendah. 2. Guru di sekolah-sekolah rendah. 3. Guru-guru di sekolah rendah. | Frasa yang betul, "guru di sekolah-sekolah rendah" dan "guru-guru di sekolah rendah". | Tatabahasa | 09.12.2014 |
| Poster pendidikan ialah poster yang ada di sekolah-sekolah. atau Poster Pendidikan ialah poster..... | Jika soalan puan berkenaan perkataan lain yang boleh digunakan untuk menggantikan perkataan 'yang ada di sekolah-sekolah', boleh juga gunakan perkatan seperti yang berikut: Poster Pendidikan ialah poster yang terdapat di sekolah-sekolah... | Lain-lain | 21.09.2017 |
| .... mengatakan di sekolah-sekolah campuran, terutama dari / daripada usia 12 ke atas, pelajar perempuan kurang diberikan peluang.... | Dalam frasa di atas, penggunaan perkataan yang betul ialah daripada. | Tatabahasa | 01.11.2011 |
| Assalam "KEJOHANAN SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH" "KEJOHANAN SUKAN SEKOLAH MENENGAH" Mana satu yang betul? Terima kasih. | Frasa yang lebih tepat ialah KEJOHANAN SUKAN SEKOLAH MENENGAH. | Tatabahasa | 25.07.2017 |
| saya ingin bertanya mengenai sistem tulisan dan ejaan bahasa melayu terkini yang digunakan di sekolah-sekolah iaitu sistem tulisan yang paling terkini. dan bolehkan saya dapat maklumat serba sedikit mengenai sistem ejaan tersebut. | Sistem ejaan Rumi yang digunakan sekarang ialah Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Malaysia yang dirasmikan penggunaannya pada 16 Ogos 1972. Tuan boleh merujuk buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu, penyusun Encik Ismail Dahaman, terbitan DBP. Buku ini menghuraikan secara terperinci tentang pengenalan sistem ejaan bahasa Melayu pada Bahagian Satu Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu. | Tatabahasa | 16.05.2018 |
| Ejaan bagi perkataan penandaarasan. Di IAB, penandaarasan merupakan satu program yang dijalankan oleh peserta kursus di sekolah-sekolah yang terpilih. Oleh itu ia dinamakan program Penandaarasan. Kemusykilan saya adalah berhubung ejaan penandaarasan. bagaimanakah mengeja penandaarasan yang betul. Adakah Penanda Aras, Penandarasan atau Penandaarasan. Sekian, terima kasih. | Tanda aras ialah piawai untuk membandingkan prestasi sesebuah organisasi. Manakala penandaarasan ialah perihal menentukan tanda aras. | Ejaan | 28.12.2012 |
| contoh penggunaan ayat nazir. Terima kasih | Sebelum bersara pada bulan Julai 1953, beliau bertugas sebagai "nazir" sekolah-sekolah di Pulau Pinang selama lima tahun. | Lain-lain | 21.02.2022 |
| Salam sejahtera; Tuan; Bolehkah Tuan menjelaskan perbezaan antara membatang suku kata dengan sebutan sesuatu perkataan? Guru Bahasa Melayu di sekolah-sekolah rendah sering menimbulkan kekeliruan antar dua perkara ini? Perkataan contoh: 1. cuit 2. piano 3. berada 4. mengandungi 5. memasuki 6. pengunjung 7. berkenalan 8. berasaskan Harap Tuan menjelaskan perkara di atas dengan sepuhnya di samping memberikan petua atau teknik untuk membatang suku kata dan menyebut perkataan. Sekian terima. | Membatang perkataan adalah dengan membatang suku kata. Atau dengan kata yang lebih mudah, untuk mengeja perkataan (membatang perkataan) adalah dengan memenggalkan perkataan mengikut suku kata perkataan berkenaan. Kaedah mengeja sesuatu kata adalah berdasarkan pemenggalan suku kata. Kaedah mengeja kata harus dibezakan dengan kaedah sebutan iaitu berdasarkan pemenggalan suku kata dan pemecahan suku kata. Keterangan lanjut terdapat dalam buku Daftar Kata Bahasa Melayu (Rumi-Sebutan-Jawi) DBP, 2004. 1. cuit (cuit) 2. piano (pia.no) 3. berada (be.ra.da) 4. mengandungi (men.ngan.du.ngi) 5. memasuki (me.ma.su.ki) 6. pengunjung (pe.ngun.jung) 7. berkenalan (ber.ke.na.lan) 8. berasaskan (ber.a.sas.kan)/(be.ra.sas.kan) | Tatabahasa | 27.03.2013 |
| Salam Tuan. Mohon panduan istilah yang betul bagi menggantikan istilah "catchment area" bagi konteks berikut: Cabaran dalam perancangan pembangunan sekolah-sekolah yang terkeluar dari "catchment area"... Terima kasih. | Untuk makluman, istilah bahasa Melayu untuk "catchment area' ialah kawasan tumpuan. | Istilah | 21.03.2013 |