| salam sejahtera: adakah sesuai jika saya menggunakan kosa kata yang baru dikeluarkan untuk disematkan dalam teks forum pasukan sekolah kami? untuk makluman tuan, pasukan kami telah menjuarai pertandingan forum remaja peringkat bahagian dan saya mendapati bahawa masih ada kekurangan dalam teks yang saya olah...tajuk: keruntuhan akhlak dalam kalangan pelajar dan remaja,di mana penyelesaiannya? saya ingin mendapatkan tips daripada tuan dan saya berharap ada tips yang berguna untuk kami supaya dapat menjuarai sekali lagi pertandingan forum remaja peringkat negeri sarawak pada tahun ini.. salam hormat, frederick.. | Pihak panel penilai semasa mengadili pertandingan sentiasa mematuhi peraturan pemarkahan dari setiap aspek yang ditetapkan pihak penganjur. Penggunaan kosa kata yang betul semasa bertanding akan diambil kira dalam pemberian markah. Pihak tuan digalakkkan banyak merujuk Kamus Dewan dan buku Tatabahasa Dewan untuk memastikan ketepatan sesuatu perkataan dan ayat. | Istilah | 29.04.2009 |
| Selamat Pagi. Saya ingin tahun sama ada "OKU" bermaksud orang kurang upaya atau orang kelainan upaya ? Biasanya kita terima OKU ialah orang kurang upaya, tapi baru-baru ini saya dapati buku rujukan budak sekolah guna 'orang kelainan upaya'. Terima Kasih. Dprd. Yap | Istilah yang ada dalam pangkalan data kami ialah "Orang Kurang Upaya" atau ringkasnya OKU. Kami maklum dengan perkembangan terkini, iaitu penggunaan "Orang Kelainan Upaya" yang seolah-olah menggantikan istilah OKU sebelum ini. Walau bagaimanapun, belum ada sebarang perubahan dan penggunaan "Orang Kurang Upaya" masih dikekalkan. | Istilah | 09.01.2014 |
| Saya Ada keraguan dalam penggunaan “daripada “dan “kepada “ dalam ayat berikut :- Saya meminta maaf kepada kawan . Saya meminta maaf daripada kawan. Adakah kedua -dua ayat ini betul ?dan membawa maksud yg sama ? Saya Ada keraguan ini disebabkan cikgu sekolah kata ayat kedua ini yg pakai “ daripada “ Membawa maksud berikut :- "Saya akan meminta maaf daripada kawan saya." (Ini memberi maksud seolah-olah kawan itu yang perlu meminta maaf kepada kamu.) | Ayat yang betul ialah “Saya meminta maaf kepada kawan.” Kata sendi nama “kepada” dalam ayat tersebut digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, DBP 2014, halaman 272 - 273. | Tatabahasa | 11.07.2025 |
| Selamat petang. Terima kasih atas jawapan yang diberikan pada semua soalan saya. Namun begitu, saya inginkan penjelasan tentang penggunaan "Bahasa Melayu" dan "Bahasa Malaysia". Bukankah Bahasa Melayu itu lebih sesuai diguna pakai untuk merujuk pada mata pelajaran, sebab jika Bahasa Malaysia yang digunakan dari segi maksudnya, pada saya ia kurang sesuai kerana Bahasa Malaysia ini seolah-olah melambangkan semua bahasa yang ada di Negara Malaysia?. Jika Bahasa Malaysia yang diguna pakai, kenapa ia tidak selaras? Maksud saya, kertas soalan Peperiksaan PMR, SPM dan STPM masih menggunakan istilah atau rangkai kata "Bahasa Melayu" di bahagian muka hadapan kertas soalan tersebut? 2. Apakah jawapan yang paling meyakinkan murid jika mereka bertanya tentang penggunaan istilah atau rangkai kata tersebut. Contoh soalan; Cikgu, mana satukah yang betul antara Bahasa Melayu dengan Bahasa Malaysia? Atau, "Semua panitia Bahasa Melayu atau semua panitia Bahasa Malaysia? Sekian. Terima kasih. | Mengikut Perlembagaan Malaysia istilah yang betul ialah bahasa Melayu. Walau bagaimanapun kabinet Malaysia telah mengeluarkan arahan agar istilah bahasa Malaysia digunakan menggantikan istilah bahasa Melayu bagi tujuan perpaduan. Dalam hal ini kami berpendapat penggunaan bahasa Melayu atau bahasa Malaysia perlu disesuaikan mengikut konteks penggunaannya. Tuan boleh merujuk kepada pihak pengurusan dan dalam hal ini ialah pihak sekolah atau jabatan pelajaran negeri atau Kementerian Pelajaran Malaysia. | Tatabahasa | 04.09.2013 |