| apakah penjodoh bilangan yang sesuai untuk mancis? batang atau bilah mancis api? | Tiada penjodoh bilangan yang khusus bagi mancis tetapi ia boleh disesuaikan mengikut ayat sama ada sebatang mancis atau sekotak mancis. | Lain-lain | 05.09.2015 |
| Mohon penjelasan tentang kata penguat Yang manakah jawapan yang tepat dan alasannya 1. Puan Rosmaizan __________ semasa menerima hadiah daripada anak-anaknya bersempena dengan Hari Ibu semalam. A. gembira nian B. gembira benar C. amat gembira sangat D. paling gembira sekali 2. Puan Sarimah _________ anaknya yang menuntut di sebuah universiti di Jordan sekotak biskut sempena sambutan Hari Raya Puasa. A. mengirimi B. mengirimkan 3. Bagaimanakah kaedah terbaik untuk menerangkan kepada murid sekolah rendah tentang penggunaan me...i dan men...kan. 4. Bagaimanakah pula cara menerangkan cara mudah penggunaan kata penguat dalam sesuatu ayat iaitu kesalahan dalam menggunakan kata penguat dalam ayat | 1. Puan Rosmaizan gembira nian semasa menerima hadiah daripada anak-anaknya bersempena dengan Hari Ibu semalam. 2. Puan Sarimah mengirimi anaknya yang menuntut di sebuah universiti di Jordan sekotak biskut sempena sambutan Hari Raya Puasa. 3. Perbezaan penggunaan meN-... -kan dan meN-...-i adalah dari segi jenis objek tepat yang boleh mengikutinya, iaitu apitan meN-...-kan lazimnya menerima objek yang tidak bernyawa, seperti Ayah menghadiahkan sebuah basikal kepada adik; dan apitan meN-...-i menerima objek bernyawa., seperti Ayah menghadiahi adik sebuah basikal 4. Kata penguat ialah perkataan yang mendahului atau mengikuti frasa atau kata adjektif dan berfungsi menguatkan maksud yang terkandung dalam frasa atau frasa adjektif. Terdapat tiga jenis kata penguat, iaitu i. kata penguat hadapan ii. kata penguat belakang iii. kata penguat bebas. Oleh itu, penggunaan yang betul ialah sungguh cantik, cantik sungguh, cantik amat, amat cantik. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan. | Tatabahasa | 21.04.2015 |
| Penggunaan 'per' atau 'par' Yang mana satukah yang betul: 1) Beratnya 50 kg per kotak atau Beratnya 50 kg par kotak? 2) Harga percutian ialah RM300 per pax atau par pax? | Untuk makluman perkataan "per" tidak digunakan dalam konteks ini. 1. Ayat yang dicadangkan ialah Berat satu kotak ialah 50 kg atau Berat sekotak ialah 50kg 2. Harga percutian ialah RM300 seorang. | Penyemakan dan penterjemahan | 18.03.2016 |
| Salam 1Malaysia, Tuan, 1. Apakah penjodoh bilangan bagi klip kertas besi atau plastik? 2. Bagaimanakah cara untuk membezakan 'kata akar' dan 'kata dasar'? 3. Apakah yang dimaksudkan dengan kata majmuk? 4. Harap tuan dapat memberikan contoh kata majmuk. Terima kasih. | 1. Penjodoh bilangan yang paling hampir untuk digandingkan dengan klip kertas ialah keping. Walau bagaimanapun lazimnya klip kertas dikira dalam bentuk unit, iaitu satu, dua dan tiga atau dalam jumlah yang lebih besar sekotak klip. 2. Kata akar ialah kata yang belum diberi apa-apa imbuhan, contohnya ajar yang boleh menerima awalan beR- menjadi belajar. Kata dasar ialah kata akar atau kata terbitan yang dapat diberi imbuhan, contohnya belajar yang boleh menerima apitan peN-...-an menjadi pembelajaran. 3. Kata majmuk ialah perkataan yang terdiri daripada dua perkataan atau lebih dan mempunyai satu makna, contohnya gambar rajah, alat tulis dan rumah sakit. | Tatabahasa | 29.03.2012 |
| Salam Ramadan, 1. Apakah golongan kata bagi: a) atas? b) di atas? 2. Dalam buku Tatabahasa Dewan, kata 'atas' merujuk kepada kata arah sedangkan ada Munsyi Dewan yang mengatakan bahawa 'atas' ialah KATA SENDI NAMA manakala frasa 'di atas' ialah KATA ARAH. Apakah pendapat tuan dalam hal ini? 3. Apakah penjodoh bilangan bagi klip kertas atau klip besi? 4. Mengapakah perkataan memperolehi, mempersetujui, memperbaiki, memperdalami dan memperhalusi dianggap tidak gramatis dalam bahasa Melayu? 5. Apakah bedanya kata 'meningkatkan' dan 'mempertingkatkan'? 6. Ayat: Malangnya, kini, pemimpin-pemimpin negara khasnya pemimpin Melayu seolah-olah menganggap perjuangan mendaulatkan bahasa Melayu sudah sampai ke penghujungnya. Betul atau salah rangkai kata 'sudah sampai ke penghujungnya'? Terima kasih. | 1 dan 2. Atas ialah kata arah dan kata arah lazimnya hadir sebelum frasa nama atau sesudah kata sendi nama untuk menunjukkan hala atau jurusan. Perkataan "di" merupakan kata sendi nama. Oleh itu frasa di atas ialah frasa sendi nama. 3. Apakah penjodoh bilangan bagi klip kertas atau klip besi? Penjodoh bilangan yang paling hampir untuk digandingkan dengan klip kertas ialah keping. Walau bagaimanapun lazimnya klip kertas dikira dalam bentuk unit, iaitu satu, dua dan tiga atau dalam jumlah yang lebih besar sekotak klip. 4. Mengapakah perkataan memperolehi, mempersetujui, memperbaiki, memperdalami dan memperhalusi dianggap tidak gramatis dalam bahasa Melayu? Apitan memper.....i wujud hasil daripada perkembangan bahasa, iaitu keperluan menyatakan makna khusus bagi sesuatu perbuatan kata kerja, yang sebelum ini tidak terungkap dalam bahasa Melayu. Setakat ini hanya bentuk yang berikut sahaja yang wajar dianggap sebagai jenis kata kerja yang terbentuk dengan apitan memper.....i iaitu: memperingati, memperkawani, mempersuami, dan memperisteri sebenarnya berbentuk mempersuamii dan memperisterii tetapi telah berlaku pengguguran satu huruf i dalam kedua-dua perkataan ini Bentuk yang lazim digunakan merupakan bentuk terbitan yang lewah dan sepatutnya dieja seperti yang berikut: memperolehi seharusnya memperolehmemperbaiki seharusnya memperbaikmemperkuasai seharusnya menguasaimemperdalami seharusnya mendalami memperakui seharusnya mengakui/ memperakukan mempersetujui seharusnya menyetujui memperhalusi seharusnya menghalusi. 5. Apakah bedanya kata 'meningkatkan' dan 'mempertingkatkan'? Meningkatkan ialah meninggikan kedudukan (taraf dll), membesarkan (pengeluaran dll), memperhebat: daya usaha ini akan ~ kemungkinan pertumbuhan ekonomi; kerjasama antara parti-parti komponen BN perlu ditingkatkan lagi; ~ diri Mempertingkatkan ialah menjadikan lebih tinggi atau lebih besar lagi (kedudukan, taraf, mutu, hasil pengeluaran, dll), menjadikan lebih hebat (giat, erat, dll), memperhebat: peranan ~ mutu bahasa Melayu tidak terletak di bahu pengkaji dan peminat bahasa sahaja; sikap kejam Soviet itu telah menambah keazaman Mujahideen utk ~ perjuangan mereka; 6. Ayat: Malangnya, kini, pemimpin-pemimpin negara khasnya pemimpin Melayu seolah-olah menganggap perjuangan mendaulatkan bahasa Melayu sudah sampai ke penghujungnya. Ayat tersebut betul. | Tatabahasa | 19.07.2013 |