Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sék.ré.ta.riat] | سيکريتاريات

Definisi : (sékrétariat) 1. jawatan setia­usaha; 2. pejabat setiausaha; 3. pegawai-pegawai atau jabatan yg diamanahkan utk menjaga rekod dan melaksanakan tugas-tugas kesetiausahaan, urus setia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sék.ré.ta.riat] | سيکريتاريات

Definisi : /sékretariat/ urus setia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sekretariat


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Fathul Khair Mohd Dahlan Assalamualaikum. Tuan, mengapa borang pencalonan Asean Young Writers Award tidak boleh dicapai di laman sesawang DBP?Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan dengan anugerah ini, tuan boleh menghubungi Sekretariat Tetap S.E.A. Write Award (Malaysia), Bahagian Promosi dan Pengiktirafan, Aras 25 Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur, atau melalui talian03-21479123 atau melalui e-mel: seawriteawards@dbp.gov.myLain-lain03.07.2014
Apakah kesalahan ejaan dan kesalahan penggunaan imbuhan dalam ayat di bawah ? 1)Senarai kemasukkan murid ke sekolah berasrama penuh lazimnya akan diketahui pada bulan Febuari. 2) Sesaorang yang mempunyai kadar kolesterol yang melebihi, berisiko tinggi menghadapi penyakit jantung. 3)Dalam persidangan tersebut, semua ketua deligasi telah bersetuju untuk penubuhan sebuah sekretariat bagi menangani isu-isu hak asasi manusia.1) Senarai kemasukkan murid ke sekolah berasrama penuh lazimnya akan diketahui pada bulan Febuari. Perkataan yang betul ialah kemasukan, iaitu perkataan masuk menerima apitan ke-...-an bukannya apitan ke-...-kan.
2) Sesaorang yang mempunyai kadar kolesterol yang melebihi, berisiko tinggi menghadapi penyakit jantung. Perkataan yang betul ialah berlebihan.
3) Dalam persidangan tersebut, semua ketua deligasi telah bersetuju untuk penubuhan sebuah sekretariat bagi menangani isu-isu hak asasi manusia. Perkataan yang betul ialah delegasi dan menubuhkan.
Tatabahasa27.03.2014
Atie Atiya Jul 4th, 12:19pm assalamualaikum.. saya ada satu soalan.. kenapa borang ASEAN Young Writers Award tidak dapat dibuka.. sy dah cuba banyak web, tapi masih tak dapat dibuka.. harap maklum.. terima kasih..Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan dengan anugerah ini, puan boleh menghubungi Sekretariat Tetap S.E.A. Write Award (Malaysia), Bahagian Promosi dan Pengiktirafan, Aras 25 Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur, atau melalui talian03-21479123 atau melalui e-mel: seawriteawards@dbp.gov.myLain-lain04.07.2014
MeLissa CN Jul 3rd, 7:45pm salam..boleh saya tahu bagaimana cara untuk menghantar cerpen saya untuk menyertai peraduan penulisan cerpen penulis muda asia tenggara 2014..perlukah saya mengeposkannya atau saya boleh menghantar e-mel?Salam, Puan boleh melayari laman web DBP untuk keterangan lanjut. Semua penyertaan hendaklah dialamatkan kepada: Sekretariat Tetap ASEAN Young Writers Award (Malaysia) Bahagian Promosi dan Pengiktirafan, Aras 25 Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Tel.: 03-21479123 Faks: 03-21479610 E-mel: seawriteawards@dbp.gov.my (Borang penyertaan boleh diperoleh dengan melayari laman web: www.dbp.gov.my) Tarikh tutup pencalonan : 21 Julai 2014Lain-lain03.07.2014

Kembali ke atas