Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sék.sual] | سيکسوال

Definisi : (séksual) 1. bkn seks; 2. bkn per­se-tubuhan antara lelaki dgn perempuan; keseksualan 1. ciri (sifat) atau peranan seks; 2. dorongan seks. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sék.sual] | سيکسوال

Definisi : /séksual/ bkn seks; bkn per­setubuhan antara lelaki dgn perempuan: hubungan ~. keseksualan 1 ciri atau peranan seks. 2 dorongan seksual. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata seksual


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah maksud frasa amang seksual?Merujuk Kamus Dewan,amang membawa maksud mengamang, mengamang-amang, mengamangi menakuti (dgn meng­acu­kan senjata), mengancam, menggugat. Bagi frasa amang seksual yang tuan berikan, belum ada lagi dalam data DBP. Namun begitu boleh dicadangkan sebagai  ancaman seksual.Makna31.10.2017
"Gangguan Seksual: Tolak Normalisasi, Tegakkan Hormat"
Pertanyaan tuan tidak jelas. Sila nyatakan dengan lebih terperinci maksud pertanyaan tuan bagi membolehkan pihak 
kami membantu saudara dalam perkara ini.  
Tatabahasa03.10.2024
Mohon semakan kesesuaian bahasa: "Gangguan Seksual: Tolak Normalisasi, Tunjuk Hormat"Frasa yang betul ialah "Gangguan Seksual: Tolak Normalisasi, Jaga Batas Pergaulan".Tatabahasa08.10.2024
Apakah terjemahan untuk "Anti-Grooming Law" dan "child sexual grooming" dalam konteks penderaan seksual terhadap kanak-kanak? Saya dapati ada yang menterjemahannya sebagai "Undang-Undang Anti Dandanan" dan "dandanan seksual kanak-kanak". Adakah terjemahan ini betul? Terima kasihCadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah anti-grooming law secara umumnya ialah undang-undang antiantun dan istilah child sexual grooming ialah antun seksual kanak-kanak. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah23.01.2024
Apakah terjemahan untuk "Anti-Grooming Law" dan "child sexual grooming" dalam konteks penderaan seksual terhadap kanak-kanak? Saya dapati ada yang menterjemahannya sebagai "Undang-Undang Anti Dandanan" dan "dandanan seksual kanak-kanak". Adakah terjemahan ini betul? Terima kasihUntuk makluman, istilah "Anti-Grooming Law" dan "child sexual grooming" tidak terdapat dalam pangkalan data DBP. Pada pandangan kami,  "Undang-undang Antidandanan"  dan "dandanan seksual kanak-kanak" adalah salah. Untuk mendapatkan cadangan padanan bahasa Melayu yang sesuai, sila hubungi Bahagian  Perisitlahan dan Leksikologi melalui talian 21479158/21479155.Istilah08.09.2016
Apakah padanan baku bagi sexual harassment dalam bahasa Melayu? Pelecehan/gangguan/kekerasan/pencabulan seksual/batin?Padanan untuk "sexual harassment" ialah gangguan seksual.Istilah31.10.2018
Apakah terjemahan untuk "sexual grooming" dalam bahasa melayu?Terjemahan sexual grooming ialah antun seksual yang bermaksud aktiviti jenayah yang menjadikan kanak-kanak sebagai rakan, khususnya melalui Internet dengan tujuan untuk memujuk mereka supaya menjalinkan hubungan seksual.Istilah19.02.2018
Salam, maksud "sex killer" ialah pembunuh yang membuat serangan seksual atas mangsa. Memandangkan terjemahannya tiada dalam PRPM, bolehkah saya menggunakan istilah "pencabul-bunuh"? Jika tidak sesuai, boleh cadangkan istilah yang bersesuaian? Terima kasih. Salam.Cadangan kami untuk padanan istilah "sex killer" ialah pembunuh seksual.Istilah09.12.2020
APAKAH PENGERTIAN LESBIAN,GAY,TOMBOY DAN PONDAN DARI SUDUT BAHASA GENDER.Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, lesbian ialah perempuan yg mempunyai tarikan seksual terhadap kaum sejenisnya, perempuan homoseksual. Gay ialah lelaki yg mempunyai tarikan seksual terhadap kaum sejenisnya, lelaki homoseksual. Merujuk istilah, tomboy ialah ala lelaki. Pondan pula ialah laki-laki yg lebih bersifat keperempuanan, banci, kedi. Untuk mengetahui makna perkataan, sila rujuk Kamus Dewan.Makna26.08.2008
Salam, frasa 'pengantunan kanak-kanak' dan 'amang seksual' sudah masuk dalam perbendaharaan Melayu sejak 2017 melalui Akta 792. Sudah tiba masanya DBP mengemas kini PRPM dan memasukkan istilah tersebut supaya dapat dimasyarakatkan.Kami mengambil maklum cadangan tuan berkaitan frasa ‘pengantunan kanak-kanak’ dan ‘amang seksual’. Cadangan tuan akan dikemukakan kepada pihak yang berkenaan. Kami amat menghargai keprihatinan dan cadangan yang diberikan dalam usaha bersama-sama memartabatkan bahasa kebangsaan. Istilah15.03.2019
12

Kembali ke atas