Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.kuat] | سقوات

Definisi : 1. sama kuat dgn (dlm pelbagai erti): Ali tidak ~ abangnya; barisan pertahanan pasukan ini tidak ~ tahun lalu; 2. = sekuat-kuat seboleh-boleh, sepenuh daya (tenaga): perempuan itu berteriak ~ hatinya; dia bekerja dgn ~ tenaganya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.kuat] | سقوات

Definisi : 1 sama kuatnya dgn: Kassim tidak ~ abangnya. 2 = sekuat-kuat dgn sedaya upaya; dgn sepenuh tenaga: Budak itu menjerit ~ hatinya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sekuat

Peribahasa

Pasangan jerat sembilan mata,
     pelanduk terjerat terkial-kial,
mata satu (pisau) penyudahnya.

Bermaksud :

Bergotong-royong mengerjakan sesuatu usaha yang berat tetapi yang mendapat faedahnya hanya seorang saja. terkial-kial = bergerak sekuat-kuatnya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
dengan sekuat-kuatnya atau sekuat-kuatnya? seberkas sayur atau seikat sayur? dengan maklumat yang diberi oleh dbp, seberkas sinonim dengan seikat.

dengan sekuat-kuatnya atau sekuat-kuatnya – kedua-duanya boleh digunakan mengikut kesesuaian ayat.

Seberkas sayur atau seikat - Kedua-dua istilah ini adalah sinonim dan boleh digunakan.

Tatabahasa01.08.2019
1)Akmal menendang sekuat hati bola itu.2)Nisa menyuap dengan tertib makanan itu. 3)dengan bersukan , badan menjadi sihat. 4)Pak Mail memukul ular itu dengan sebatang kayu.Ayat pertama dan kedua salah kerana memisahkan kata kerja transitif dengan objeknya. Ayat kedua dan keempat betul kerana mengikut rumus tatabahasa bahasa Melayu.Tatabahasa10.03.2011
Apakah status "cuba" dan "terus" dalam contoh ayat dibawah? 1. Ibu cuba menolak pintu itu dengan sekuat hati. 2. Adik terus berlari mendapatkan ayah yang pulang dari Bali. Adakah ia adalah kata adverba?Sekiranya adverba, adakah ia tergolong Kata Adverba Jati? Terima kasih.Kata cuba dan terus dalam kedua-dua ayat tersebut merupakan kata adverba jati yang menerangkan kata kerja dan frasa kerja.Tatabahasa07.04.2008
apakah perbezaan "berupaya" dan "berkeupayaan"

“Berupaya” bermaksud berkebolehan atau mampu untuk membuat sesuatu, berusaha dengan sekuat daya, tenaga dan sebagainya manakala “berkeupayaan” bermaksud mempunyai keupayaan untuk membuat sesuatu.

Makna02.11.2021
Bagaimana penggunaan imbuhan ber- ke atas kata kerja membawa perubahan apa kepada makna asal kata dasar tersebut? dan mengapa perlu menggunakan imbuhan ber- ke atas kata kerja? contoh seperti kata dasar kata kerja: tindik, tari, mandi Contohnya: Lari ialah sejenis kata kerja. Bagaimana imbuhan ber- membawa pengaruh kepada maksudnya? Contoh ayat: Dia lari sekuat-kuat hati kerana dikejar anjing. Dia berlari sekuat-kuat hati kerana dikejar anjing.Awalan beR- diterangkan dengan jelas dalam buku Tatabahasa Dewan, halaman 161 - 170: Pada dasarnya perkataan yang berawalan beR- ialah kata kerja yang membawa pengertian berlakunya sesuatu mengikut makna yang terkandung dalam kata dasar. Namun begitu, terdapat juga pengertian khusus, bergantung pada golongan perkataan tertentu. Perbincangan tentang aspek makna pada perkataan yang berwalan beR- akan dibuat mengikut jenis golongan kata bagi kata dasar yang bergabung dengannya, iaitu sama ada kata kerja, kata nama atau kata adjektif. Contohnya, beR- yang memberi makna melakukan perbuatan dengan maksud seperti yang terkandung dalam kata dasar, tukar - bertukar, pekerja itu sudah bertukar ke Ipoh. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk halaman berkenaan.Tatabahasa06.11.2014
Salam. Adakah ayat di bawah ini ayat pasif? Kenapa? 1. Asmah bekerja sebagai kerani di sayarikat penerbangan itu. 2. Pertandingan selama dua hari itu sudah tamat. 3. Cermin belakang kereta itu sudah pecah. 4. Perempuan itu menjerit dengan sekuat hati.Keempat-empat ayat tersebut bukan ayat pasif. untuk makluman tuan, ayat pasif ialah yang mengutamakan objek dan perbuatannya. Ayat ini mengandungi kata kerja tanpa awalan atau kata kerja berawalan di- dengan kata sendi nama oleh. Contohnya "semua kerja sekolah telah saya siapkan" dan "bola disepak oleh Ali".Tatabahasa29.08.2014
Cikgu, saya tidak faham akan nota yang diberikan di dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga Terbitan DBP pada halaman 449. Perkataan "keluar" dalam ayat "Keluarlah dari bilik ini" bukankah Kata Kerja Tidak Transitif? Mengapakah Kata Kerja Tidak Transitif dalam ayat suruhan mesti dikekalkan imbuhan "meN-"? seperti: 100. Menangislah sepuas-puas hatimu. (Menangis= Kata Kerja Tak Transitif?) 101. Menjeritlah sekuat-kuatnya. (Menjerit= Kata Kerja Tidak Transitif?) Dan contoh-contoh seterusnya. Tolong berikan penerangan. Thank you! :DUntuk makluman tuan, "keluar" ialah kata kerja tak transitif. Ayat suruhan dengan kata kerja tak transitif boleh mengandungi awalan meN- atau tanpa awalan meN-. Seperti yang dijelaskan dalam halaman tersebut, ayat perintah yang mengandungi kata kerja tak transitif dan menerima awalan, awalan tersebut tidak boleh digugurkan, seperti contoh ayat 100-105; dan satu lagi bentuk kata kerja tak transitif ialah tanpa awalan seperti "Keluarlah dari bilik ini".Tatabahasa04.05.2014
Salam sejahtera dan selamat berpuasa, Pertama, saya mengharapkan penjelasan daripada tuan mengenai fungsi 'dapat' dan 'boleh'. Kedua, saya ingin tahu perbezaan dan fungsi 'berburu / memburu' dan 'berbuat / membuat' Terima kasih atas informasi.

Cikgu Suhaimi terima kasih kerana menghubungi KNBDBP

Penjelasan bagi perkataan yang ditanyakan dapat dilihat daripada penggunaan imbuhannya di asmping makna yang disampaikan melalui ayat yang ditulis. Terima kasih.

dapat - boleh (melakukan sesuatu), berupaya, mampu: dia sedang mencari orang yg ~ menyelesaikan kerja itu dgn sempurna; ubat yg ~ menghilangkan rasa gatal-gatal pd kulit; 2. bp beroleh, menerima (wang, hadiah, keuntungan, surat, dll), menanggung, ditimpa (sesuatu yg tidak baik spt malu dll); 3. bertemu, bersua, menemui: cari dia sampai ~; tidak juga dia ~ barang yg hilang itu; anak ~ anak yg diambil (dipungut) di jalan; 4. berjaya, berhasil, tercapai (sesuatu yg dikehendaki): dgn kemenangan ini dia ~ memasuki pertandingan akhir; 5. faham (sesuatu yg diajarkan, dipelajari, dsb): Nadiah rajin mengaji, lekas ~, dan pandai pula mengambil hati; ~ angin mendengar risik-risik (desas-desus); ~ durian runtuh = ~ harta karun = ~ harta timbul prb mendapat keuntungan dgn tidak bersusah payah atau dgn tidak disangka-sangka; lepas putih hitam tak ~ prb apa yg diharapkan tidak dapat, sedangkan yg ada pula hilang; ~ terpijak memperoleh sesuatu dgn mudah atau dgn tidak perlu berusaha;

boleh - dapat, mampu (berkeupayaan): dgn wang sebanyak itu, mereka ~ hidup senang; ~ dikatakan dapat dikatakan, tidak salah kalau dikatakan; apa ~ buat apa yg hendak dibuat (tidak ada jalan lain); 2. tidak disekat atau dilarang (drpd berbuat atau melakukan sesuatu), dibenarkan, diizinkan: sesudah makan mereka ~ bermain-main; tak ~ jadi tidak mungkin, mustahil; ~ juga a) dapat juga, mungkin juga; b) bp agak baik juga; (tak) ~ niaga (tidak) boleh bertukar hak milik, (tidak) boleh diterima bayarannya oleh orang atau pihak lain drpd yg dinyatakan (bkn cek yg dikeluarkan dsb); ~ tahan a) dapat tahan; b) ki agak baik, tidak buruk;

berburu - mengejar utk menangkap (membunuh) binatang liar: apabila mereka tidak berlauk dan penat bekerja, mereka ~ ke hutan;

 memburu- mengejar atau menyusul utk menangkap sesuatu (orang, binatang, dll): ~ binatang; ~ pencuri; 2. meluru atau bergegas utk mendapatkan sesuatu: ia menanggalkan kasut terus ~ ke dlm; 3. berikhtiar sekuat tenaga utk mencapai sesuatu: aku tidak akan ~ dan berlumba-lumba utk mencapai kedudukan yg tinggi; ~ kekayaan (pangkat, wang) berikhtiar mendapat kekayaan dll; ~ selamat berikhtiar agar selamat; ~ masa (waktu) berikhtiar agar jangan terlambat; 4. = memburu-buru, memburu-burukan menggesakan, mempercepat: tak usah diburu-buru, masih banyak masa lagi;

berbuat - mengerjakan (melakukan) se suatu: ~ baik (jahat, salah, dll); ia tidak ~ apa-apa; 2. sl = membuat: maka Sultan Mansor Shah memberi titah pd Bendahara Paduka Raja menyuruh ~ istana; maka baginda ~ sebuah negeri terlalu besar; ~ baik berpada-pada, ~ jahat jangan sekali prb berbuat baik hendaknya berhad (jangan berlebih-lebihan), pekerjaan jahat jangan sekali-kali dibuat; ~ kerja spt Mak Jujai prb orang yg selalu meninggalkan pekerjaan terbengkalai;

membuat - memperbuat membikin, membentuk, mencipta: ~ rumah; ~ surat; 2. mengerjakan, melaksanakan, melakukan, menjalankan: apa yg hendak dibuat, nasi telah menjadi bubur; 3. menyebabkan, menimbulkan, menerbitkan, mendatangkan, menjadikan: ~ bagus; ~ buruk; ~ malu; ~ marah; ~ takut; ~ bodoh a) membodohkan; b) berpura-pura bodoh; 4. memperlakukan (orang dll): saya tak tahan melihatkan Narto dibuat begitu; 5. menggunakan utk, memakai utk: janganlah kain itu dibuat baju; 6. = membuat-buat berpura-pura, berlaku pura-pura, berbuat seakan-akan: senyuman yg dibuat-buat; ~ mahu, menuras tidak prb orang yg mencuba hendak membuat sesuatu pekerjaan, tetapi malas mempelajarinya;

Makna02.09.2009

Kembali ke atas