apakah maksud sekularisme? | Sekularisme ialah fahaman yang menolak nilai-nilai keagamaan dalam kehidupan sosial manusia | Makna | 29.08.2006 |
APA MAKSUD PERKATAAN SEKULARISMA | Ejaan yang betul ialah sekularisme. Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud sekularisme ialah faham (doktrin, pendirian dsb) yg menolak nilai-nilai keagamaan dlm kehidupan sosial manusia. Untuk keterangan lanjut dan mengetahui makna perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 02.04.2009 |
Saya pelajar kelas dasar fatoni universiti ingin bertanya tentang makna dalam bahasa melayu, perkataan sekularisme | Merujuk kepada Kamus Dewan Edisi Keempat, "sekularisme" bermaksud faham (doktrin, pendirian, dsbnya) yang menolak nilai-nilai keagamaan dalam kehidupan sosial manusia. | Istilah | 07.04.2015 |