Tuan/Puan, Apakah terjemahan "embryonic stem cell" dalam bahasa Melayu? Adakah semua di bawah ini boleh digunakan? 1) sel dasar embronik 2) sel tunjang embronik 3) sel induk embronik 4) sel stem embronik Terima kasih. | Untuk makluman, terdapat beberapa padanan bahasa Melayu untuk "stem cell", iaitu sel dasar, sel tunjang dan sel induk. Oleh itu, istilah bahasa Melayu yang betul ialah sel dasar embrionik, sel tunjang embrionik atau sel induk embrionik. | Istilah | 17.06.2013 |
Sekeping tisu sel otak yang bersaiz sebutir pasir mengandungi sebanyak 100,000 neuron dan 1 bilion sinapsis serta semua berkomunikasi antara satu sama lain. Apakah padanan yang sesuai untuk istilah "synapses"? | Padanan bahasa Melayu bagi perkataan synapse ialah sinaps. | Penyemakan dan penterjemahan | 26.12.2018 |
Abdul Rauf SEL 6.26 PTG Assalamualaikum, Saya Abdul Rauf ingin bertanyakan tentang laman web DBP, mengapa selalu ada masalah pelayan ketika saya ingin menggunakan fungsi kamus dalam talian? Ini kadang-kala merencatkan kerja saya membuat terjemahan. Terima kasih | Capaian kepada pelbagai data kini boleh diakses melalui laman web kami. Kami memohon maaf atas kesukaran yang tuan hadapi. | Lain-lain | 17.10.2017 |
SifuHerbs Resources SEL 10.33 PTG JAWAPAN DBP Untuk makluman tuan yang budiman, Khidmat Pengesahan Bahasa secara dalam talian diproses dalam tempoh tiga hari bekerja setelah transaksi bayaran selesai. Walau bagaimanapun pihak kami berusaha mempercepatkan permohonan sekadar kemampuan petugas Bahagian Penguatkuasaan demi keperluan pengguna dari seluruh negara. SOALAN macam mana nak buat bayaran tersebut & nak buktikan pembayaran? | Untuk makluman tuan, dalam senarai permohonan ada menu bayaran, sila klik nombor permohonan yang hendak dibuat bayaran (jika tuan menghantar lebih daripada satu permohonan, sila pilih nombor permohonan yang hendak dibuat bayaran) dan system akan meneruskan proses kepada menu bayaran. Jika masih terdapat sebarang kekeliruan, sila hubungi kami melalui talian 03-21479400. | Lain-lain | 17.10.2017 |
Kifli Bujang SEL 1.57 PTG Kifli Bujang Mohon bertanya... foodtruck diterjemah kepada perkataan Kendera Saji? Adakah itu benar? Saya mahu menggunakan perkataan ini secara rasmi bagi kementerian. | Padanan yang telah diterima pakai bagi food truck ialah trak makanan. | Istilah | 26.09.2017 |
Schajee Scha SEL 4.41 PTG Schajee Scha As salam tuan/puan Boleh sy dapatkan details keperluan dokumen utk membuat permohonan lesen pengiklanan mengantung bunting? | Permohonan pengesahan bahasa dalam iklan boleh dikemukakan secara dalam talian melalui portal DBP Sah Bahasa (http://dbpsahbahasa.my) atau melalui kaunter kami. Puan mestilah membawa dua salinan iklan dan mengisi borong yang disediakan. | Lain-lain | 26.09.2017 |
Faisol Fadzil SEL 12.33 PTG Faisol Fadzil Asalamualaikum dan salam sejahtera. Alaskan Saya terlalu berminat untuk dapatkan senaskah buku undang-undang Kedah untuk tujuan kajian dan pembacaan. Saya sangat berharap pihak dbp dapat bantu saya untuk dapatkan naskah ini. Saya telah cuba cari di kedai2 buku tapi gagal temui hingga hari ini. Faisol Fadzil 013-4768579 Terima kasih. | Terima kasih. Sila hubungi Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501 untuk pertanyaan tentang buku dan perkhidmatan yang berkaitan atau hubungi Ujana Buku di talian 03-4101 0023/0028/0025 untuk maklumat lebih lanjut. Terima kasih. | Lain-lain | 12.09.2017 |
Kelly Khiarafif SEL 12.04 PTG Hai selamat tengah hari. Saya cuba cari sebuah novel tulisan Lamia Aimal, tajuknya Martika. Terbitan DBP Jika ada stok, saya mahu beli. | Hai selamat pagi, Sila layari http://niaga.dbp.my/ untuk mencari novel yang diperlukan oleh pihak puan. Sekian terima kasih | Lain-lain | 13.07.2017 |
Firdaus Syah SEL 5.36 PAGI Salam, cuma mahu bertanya, Bahasa Melayu ni memang kolot dan teruk sangat ke sebab hampir semua perkataan datang atau pinjam daripada bahasa inggeris. Macam tak ada kualiti orang cakap. kalau sesetengah perkataan tak ada maksud dalam bahasa melayu. Memang faham la boleh pinjam. Sekarang macam semua guna bahasa inggeris yang ditukar. Kawan dari Kaum lain tanya kenapa bahasa melayu banyak bahasa inggeris?Mana yang Melayu? Susah jawab. Jadi saya harap DBP pantau dan tegurla media massa/ cetak atau mana2 yang guna bahasa melayu dengan salah. saya pun bukan arif sangat bahasa melayu, cuma kesian tengok bahasa sendiri pun dah hilang identiti. | Kami ambil maklum pandangan tuan. Walau bagaimanapun suka untuk kami berkongsi maklumat bahawa peminjaman bahasa sememangnya berlaku secara tabii apabila dua komuniti, bahkan juga dua komuniti dialek, bertemu antara satu sama lain. Ini bermakna akan berlaku pengambilan unsur bahasa daripada suatu bahasa lain ke dalam bahasa sendiri. Contohnya, perkataan fikir (bahasa Arab), ayu (dialek Jawa) dan almari (bahasa Portugis) telah lama diterima pakai dalam bahasa Melayu sehinggakan perkataan tersebut dianggap sebagai kata jati Melayu. Penggunaan kata pinjaman ini bergantung pada konteks penggunaan kata tersebut terutamanya penggunaan dalam bidang khusus (peristilahan). Kata serapan pula ialah kata daripada bahasa asing yang diambil masuk dengan hanya menyesuaikan bunyi dan ejaannya (jika perlu) supaya sesuai dengan bunyi dan ejaan Melayu. Peminjaman usur-unsur bahasa asing merupakan kelaziman atas beberapa alasan tertentu, iaitu: i. tiada perkataan dalam bahasa Melayu dan keperluan memberikan nama am atau khusus kepada benda atau perkara; ii. perkataan bahasa Melayu belum ada yang dapat menepati maksud semantik bahasa asing; dan iii. Perkataan asing sesuai dan kelihatan lebih bergaya berbanding dengan bahasa Melayu sedia ada yang mungkin sudah lapuk atau jarang-jarang digunakan, misalnya perkataan matematik menggantikan ilmu hisab. Dalam dunia tanpa sempadan, hakikat yang perlu diterima ialah peminjaman bahasa ini juga berlaku dalam semua bahasa dan semakin meluas. Bahasa Inggeris sendiri banyak meminjam bahasa daripada bahasa Latin, Greek dan Perancis. Berdasarkan semakan kami, perkataan bicycle itu sendiri merupakan gabungan daripada bi- (bahasa Inggeris) dan kuklos (bahasa Greek), diasimilasikan menjadi bicycle. Bahasa Arab juga meminjam perkataan bahasa Inggeris khususnya dalam bidang teknologi. Bahasa Melayu yang mempunyai ciri-ciri bahasa moden tidak dapat lari daripada fenomena sejagat ini. Penggunaan bahasa asing dalam bahasa Melayu juga dilihat semakin berleluasa dan tidak terkawal kerana sifat sesuatu bahasa itu sendiri yang sentiasa berkembang seiring dengan perubahan dari semasa ke semasa. DBP, melalui Jawatankuasa Istilah dan Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (Mabbim) hanya menerima perkataan asing sekiranya mematuhi proses peminjaman unsur asing ke dalam bahasa Melayu. | Lain-lain | 30.05.2017 |
Pei Ling SEL 2.04 PTG hi, good afternoon. im peiLing and i work for a signboard company in kuching. we would like to double check on ONE word for our signboard. WET RISER. in BM, is it PANCUR BASAH? thank you! | Selamat Sejahtera, Cadangan kami "Penaik Basah". | Lain-lain | 23.05.2017 |